1. (a) Dari perspektif Islam, Al-Ghazali menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia, iaitu
i.
___________________________________________________
ii.
___________________________________________________
(b) Nyatakan tiga cara
bagaimana seseorang guru dapat membantu semasa proses pertumbuhan dan
perkembangan sosial muridnya.
i.
___________________________________________________
ii.
___________________________________________________
iii.
___________________________________________________
(c) Perkembangan
konsep kendiri kanak-kanak kelihatan dalam aktiviti sosialisasi kanak-kanak
seperti
i.
___________________________________________________
ii.
___________________________________________________
iii.
___________________________________________________
2. (a) “Murid
bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif
(kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat
manfaat pendidikan formal.”
(Sumber :
Kementerian Pelajaran Malaysia)
Nyatakan enam kategori masalah pembelajaran.
i.
___________________________________________________
ii.
___________________________________________________
iii.
___________________________________________________
iv.
___________________________________________________
v.
___________________________________________________
vi.
___________________________________________________
(b) Nyatakan lima perwatakan
fizikal kanak-kanak Sindrom Down.
i.
___________________________________________________
ii.
___________________________________________________
iii.
___________________________________________________
iv.
___________________________________________________
v.
___________________________________________________
3. (a)
Perkembangan manusia meliputi aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial dan
rohani.
Nyatakan dua faktor
yang mempengaruhi perkembangan manusia.
- baka
- persekitaran
(b) Menurut Robert
Havighurst (1952) perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Nyatakan 3
faktor yang membentuk perkembangan kanak-kanak.
- budaya / persekitaran
- biologi
- sosial
(c) Anda mendapati
seorang murid mempunyai tanda-tanda konsep kendiri negatif, iaitu dia
memencilkan
diri daripada
rakan-rakannya, kurang yakin diri dan terlalu sensitif terhadap teguran.
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, jelaskan lima cara anda boleh membantu murid tersebut
membentuk konsep
kendiri positf.
- membina keyakinan diri : mukrid perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka. Murid lemah dalam sesuatu bidang adalah cemerlang dalam bidang lain.
- mengelola aktiviti pembelajaran yang sesuai : guru merancang aktiviti P&P yang sesuai dengan kebolehan dan minat mereka
- memberi motivasi dengan menggunakan ujian dan ganjaran : guru menggunakan pujian dan ganjaran bagi menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap hasil kerja murid.
- menganjurkan kem motivasi dan kem bina semangat : kem dikelolakan untuk murid lemah pencapaian akademik supaya dapat membentuk konsep kendiri positif.
- bekerjasama dalam kumpulan
4. (a) Dua ciri tingkah laku kanak-kanak autisme ialah:
- Perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung
- Sukar diajak bercakap
- Suka bersendirian
- Sensitif pada sentuhan
- Tidak suka bermain dengan rakan sebaya
- Berada dalam dunia mereka sendiri
(b) Huraikan empat cara bagaimana seseorang
guru boleh menggalakkan perkembangan sosio-emosi positif kanak-kanak dalam
bilik darjah.
- Gunakan cara belajar melalui bermain yang terancang untuk membolehkan pembelajaran yang meyeronokkan
- Mengajar kanak-kanak memahami hak-hak orang lain
- Guru memberikan pujian dan peneguhan positif untuk memotivasikan kewujudan sosio-emosi yang baik
- Guru menjadi “role model” dengan menunjukkan sikap prososial dan kemahiran beremosi semasa mengajar
5. (a) Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang
bersifat kualitatif kerana ia tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku (Atan
Long, 1980).
Beri tiga sebab mengapa dikatakan perkembangan bersifat
kualitatif.
- Perkembangan perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seorang
- Perkembangan adalah hasil dari pembelajaran
- Perkembangan adalah hasil dari pengalaman dan kematangan
- Penyesuaian dirinya dengan persekitaran
- Bagaimana seseorang berubah mengikut peredaran masa
- Perkembangan melibatkan personaliti, sosial, kognitif serta bahasa
(b) Cikgu Alif seorang guru yang ditugas menjalankan aktiviti kokurikulum di
sekolah rendah. Apakah tiga perkara yang Cikgu Alif perlu mengambil kira semasa
merancang untuk mengajar pelajar yang berbeza dari segi perkembangan fizikal?
- Jenis kemahiran sesuai mengikut unur dan tahap
- Guru perlu peka tentang proses perubahan yang mengikut peraturan semula jadi
- Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sesuai dengan keupayaan fizikal pelajar
- Aktiviti mesti berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada pelajar
- Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan fizikal kanak-kanak
(c) Nyatakan dua sebab mengapa pentingnya guru mengenali
personaliti murid.
- Merancang penggunaan strategi pembelajaran yang sesuai
- Mengenal pasti potensi murid yang berbeza
- Membina personaliti murid yang unggul
- Mengendalikan personaliti murid yang berbeza
6. (a) Terdapat pelajar yang bermasalah pembelajaran berada di kelas
normal. Bagaimanakah pelajar normal menyesuaikan diri mereka supaya boleh
berinteraksi dengan pelajar berkenaan?
- Elak menyebut perkara yang sensitif tentang kecacatan mereka. Contohnya : jangan guna perkataan yang menyentuh perasaan
- Menganggap pelajar berkenaan mempunyai hak yang sama seperti pelajar normal. Contohnya : dapat berkongsi penggunaan kemudahan bilik darjah
- Melibatkan diri dalam aktiviti sekolah tanpa mengira status. Contohnya : boleh memegang jawatan seperti pelajar normal
(b) Sebagai seorang kanak-kanak pintar cerdaas, kemukakan lima cadangan
bagaimana guru boleh membantu beliau mencapai objektif pembelajaran.
- Membantu mengadaptasi bahan kurikulum dan teknik mengajar untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas
- Mengubahsuai tugas untuk memenuhi keperluan murid
- Membantu memperkembangkan tingkah laku dan akademik murid
- Menyediakan sumber bahan pembelajaran yang relevan dengan tahap keintelektualannya
- Mengatur jadual pembelajaran yang fleksibel berorientasikan pencapaian akademik
- Mengwujudkan interaksi sosial yang sihat di antara pelajar pintar dengan pelajar normal
- Menggunakan model pengajaran bertumpukan potensi murid dalam mencapai pendidikan seimbang dan hasilan tingakh laku yang seimbang
7. (a) Senaraikan dua perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak.
- Pertumbuhan berbentuk kuantitatif. Perkembangan berbentuk kualitatif
- Pertumbuhan emosi bermaksud mempunyai emosi manakala perkembangan emosi bermaksud dapat mengurus emosi
(b) Nyatakan tiga cara persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak.
- Rakan sebaya boleh mempengaruhi minat kanak-kanak dalam pencapaian akademik
- Ibu bapa yang memukul anak mereka boleh mempengaruhi perkembangan personaliti yang ganas
- Peluang untuk menonton telivisyen mempengaruhi perkembangan bahasa
8. (a) Menurut Piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap
persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses
penting dalam pembinaan kefahaman terhadap persekitaran ialah organisasi dan
adaptasi. Jelaskan dua cara bagaimana adaptasi dilakukan.
- Asimilasi : menerap pengalaman baru dengan pengalaman lama
- Akomodasi : mengadaptasi keperluan situasi dan menyesuaikan dengan struktur kognitif supaya ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi
(b) Sebagai seorang guru sekolah rendah, anda haruslah tumpukan perhatian
terhadap pembelajaran kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit serta
memahami kebolehan mereka. Bagaimanakah anda dapat
membantu murid-murid dalam memahami konsep yang diajar dengan berkesan?
- Kaitkan dengan situasi sebenar
- Pengenalan konsep harus dikaitkan dengan contoh-contoh yang konkrit
- Libatkan pelajar secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran
9. (a) Carl Jung mengklasifikasikan personaliti kepada tiga jenis iaitu
ekstrovert, introvert dan ambivert. Jelaskan ketiga-tiga jenis
personaliti tersebut.
- Ekstrovert : Merujuk kepada pelajar berkebolehan dan kecerdasan kognitif, suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersifat terbuka
- Introvert : Merujuk kepada personaliti yang tidak menyenangi bersama orang lain, lebih suka menyendiri, tidak suka dengan orang baru, tidak suka berbicara di depan umum, kurang percaya diri, pemalu dan pendiam
- Ambivert : Merujuk kepada pelajar yang mempunyai ciri gabungan ekstrovert dan introvert, seperti pelajar yang pintar aktif tetapi lebih cenderung belajar bersendirian daripada berkumpulan
(b) Huraikan bagaimana guru dapat menggunakan teori personaliti untuk
membantu mengatasi murid bermasalah.
- Beri perhatian kepada pelajar yang bermasalah supaya mereka dapat merasa diberi perhatian oleh guru sama seperti pelajar lain.
- Memahami masalah pelajar serta memberi bimbingan dan dorongan dalam mencapai matlamat hidup seperti cita-cita, keperluan, perasaan, kebolehan, kemahiran dan perancangan diri.
10. (a) Nyatakan empat ciri kanak-kanak yang mempunyai malasah
pengelihatan.
- Pengelihatan terbatas
- Buta
- Tahap pengelihatan berada di antara 20/70 atau 20/200 dengan penggunaan lensa
- Pengelihatan terhad kepada objek yang dekat
- Lebih bergantung kepada pendengaran dan sentuhan
- Kecerdasan normal
- Kadang-kadang mempunyai masalah pendengaran
- Perkembangan psikomotor agak terhad
- Mempunyai konsep kendiri rendah
(b) Cadangkan tiga cara guru membantu kanak-kanak masalah
pengelihatan dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz cetakan yang besar
- Menggunakan bahan audio untuk membantu pembelajaran
- Menyediakan bahan bacaan yang jelas
- Memberikan aktiviti “hands-on”
- Semasa menulis di papan putih, guru boleh menyebut secara lisan, bahan yang ditulis
11. (a) Senaraikan dua perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
Pertumbuhan
|
Perkembangan
|
Perubahan
bersifat kuantitatif
|
Perubahan
bersifat kualitatif
|
Jasmani – saiz,
berat, bilangan giri bertambah
|
Jasmani –
bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti motor halus / kasar,
merangkak, lari, lompat
|
Sosial – mula
berinteraksi dengan ahli di luar keluarga seperti jiran, rakan sebaya, guru
dll.
|
Mental –
perkembangan kemahiran menggunakan bahasa, angka, pemikiran,
penaakulan, bentuk konsep, ingatan
|
Emosi – tumbuh
perasaan suka, duka, marah, sayang, cemburu dll.
|
Sosial –
menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan, peranannya, disiplin
kumpulan, penyesuaian dengan rakan
|
Emosi – tumbuh
perasan suka, duka, marah, sayang, cemburu dll.
|
Emosi – berupaya
menguasai perasaan, mengawal perasaan ketika marah / cemburu dll.
|
(b) Cikgu Aini sedang merancang aktiviti untuk membantu perkembangan fizikal murid-muridnya yang berada pada peringkat umur 7–12 tahun. Cadangkan tiga aktiviti yang boleh Cikgu Aini jalankan.
- Bermain alat-alat muzik
- Melukis
- Bermain bola
- Aktiviti senaman
- Bermain
- Bersukan
- Menari
- Berenang
12. Jean Piaget membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap dan perlu
diambil kira oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(a) Huraikan tiga implikasi teori perkembangan Piaget terhadap perkembangan kognitif dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
(a) Huraikan tiga implikasi teori perkembangan Piaget terhadap perkembangan kognitif dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
- Memeringkatkan isi dari senang ke sukar, konkrit ke abstrak, yang diketahui kepada sesuatu yang baru
- Pengetahuan baru dan kompleks boleh digunakan untuk mengubah sruktur kognitif (skemata) untuk proses akomodasi dan asimilasi
- Perkembangan individu berlaku pada kadar yang berbeza, oleh itu guru perlu kenal pasti peringkat perkembangan murid
- Melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(b) Cadangkan dua aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh seorang guru bagi
memperkembangkan kanak-kanak di peringkat pra operasi.
- Pra-operasi (2 – 7 tahun) awal kanak-kanak
- Mula guna simbol – aktiviti mengenal huruf, perkataan yang mudah dan gambar atau isyarat
- Mula berbahasa – aktiviti membaca, bertutur, aktiviti menulis, aktiviti melukis
- Berinteraksi dan berkomunikasi – aktiviti bermain (pretend play), main peranan
- Boleh mengingat semula peristiwa – aktiviti bercerita
- Guna ABM konkrit
- Arahan yang jelas dan ringkas
- Galakkan aktiviti hands-on
- Pelbagaikan aktiviti
13. (a) Nyatakan empat ciri murid yang mempunyai
personaliti ekstrovert.
- Berani mencuba
- Pandangan terbuka
- Mudah bersosialisasi dengan orang lain
- Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain
- Suka aktiviti lasak
- Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri
(b) Berikan tiga cara bagaimana guru dapat membantu murid membentuk
konsep kendiri positif.
- Guru perlu peka dengan kebolehan dan minat setiap murid melalui komunikasi berkesan
- Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid
- Guru perlu memberi sokongan dan dorongan serta membimbing dan menasihati murid agar mereka berkebolehan dan berkeyakinan
- Guru perlu menyediakan aktiviti luar bilik darjah seperti gerak kerja kokurikulum, berkumpulan, kepimpinan dan sebagainya
- Memberi peneguhan yang bersesuaian
14. (a) Senaraikan empat ciri kanak-kanak yang bermasalah disleksia
- Tidak dapat membezakan, membuat interpretasi / ingat perkataan yang dilihat
- Sukar membaca / tersekat-sekat dalam bacaannya / tidak dapat membaca langsung
- Mempunyai kadar pengamatan yang lambat
- Cenderung kepada kebalikan huruf (b,d) atau songsangan huruf (spa , sap)
- Lemah dalam ejaan dan tulisan
- Kurang kesedaran dan minat terhadap buku
(b) Cadangkan tiga cara seseorang guru dapat menolong kanak-kanak
bermasalah disleksia dalam kelas yang normal.
- Gunakan perkataan mudah suai yang khas
- Gunakan “komputer bercakap” dalam P&P kanak-kanak tersebut
- Gunakan CD rom
- Gunakan pita rakaman untuk merakam maklumat
- Berikan masa lebih lama untuk menyelesaikan tugasannya
15. Persekitaran menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia. Berikan empat daripada lima aspek perbezaan individu berserta huraiannya.
- Latar belakang keluarga. Didikan dan asuhan ibubapa dengan cara yang betul seperti suasana isi rumah yang mesra dan penuh kasih sayang, serta makanan yang berzat dan seimbang.
- Pengaruh rakan sebaya seperti rakan yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasannya dapat membantu membentuk keperibadian positif.
- Sumber teknologi seperti maklumat yang diperoleh daripada bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, televisyen, radio dan internet.
- Guru dan sekolah. Guru yang penyayang, cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan murid yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
16. Pertumbuhan
ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringkat ke peringkat
yang lain. Nyatakan lima ciri pertumbuhan beserta
huraiannya.
- Petumbuhan manusia bersifat kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur.
- Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal.
- Saiz otak dan organ dalaman bertambah. Pertambahan saiz otak memberi kanak-kanak keupayaan yang lebih untuk menaakul dan mengingat. Oleh itu, pertumbuhan melibatkan aspek kognitif dan fizikal.
- Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibubapa dan persekitaran individu tersebut.
- Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan ia berlaku peringkat demi peringkat.
17. Nyatakan
peringkat-peringkat perkembangan fizikal .
- Prenatal
- Bayi (lahir hingga 2 tahun )
- Awal kanak-kanak (2-6 tahun)
- Kanak-kanak (7-12 tahun)
- Awal remaja (12-15 tahun)
18. Nyatakan perkembangan kognitif kanak-kanak peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
- Mula menggambar dan merancang skema
- Mewakili sesuatu dengan symbol mental iaitu dengan bahasa, gambar atau isyarat
- Berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua peristiwa yang berlaku
- Permainan membayangkan (pretend play)
- Pemahaman kanak-kanak menganai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata
19. Bagaimanakah ibubapa boleh membantu perkembangan bahasa pada peringkat bayi?
- Berbual dengan bayi,dapat membantu meningkatkan perkembangan bahasa
- Bercakap dengan bayi,seolah-olah mereka memahami apa yang dicakapkan
- Gaya bahasa yang sesuai atau selesa untuk berkomunikasi dengan bayi
20. (a) Bagaimanakah ibu bapa boleh membantu
perkembangan bahasa pada peringkat kanak-kanak?
- Teruskan bercakap dan berbual dengan kanak-kanak
- Luangkan masa untuk mendengar percakapan kanak-kanak
- Elakkan mengejak kanak-kanak ketika bercakap
- Elakkan membandingkan kanak-kanak dengan rakan sebaya
(b) Nyatakan 3 kemahiran bahasa setelah kanak-kanak meningkat remaja?
- Memanipulasikan bahasa kepada bentuk peribahasa, perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya
- Kemahiran menulis berkembang
- Mencipta dialek mereka sendiri
21. (a) Berikan tiga daripada
lapan peringkat perkembangan psikososial Erikson.
- asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan
- autonomi lawan keragua
- inisiatif lawan rasa bersalah
- industri lawan rasa rendah diri
- identity lawan kekeliruan identiti
- keintiman lawan keasinga
- generativiti lawan kekakuan
- integriti lawan kekecewaan
(b) Masalah Kecacatan Fizikal
- Kanak-kanak mengalami ketidakupayaan fizikal
- Gaya tubuh badan yang tidak seimbang dan menggigil
- Boleh berbentuk neurologi -otak dan urat saraf
- Kelukaan ortopedik - luka pada tulang,sendi,otot
- Mengalami masalah sendi yang kaku dan tidak ada koordinasi
22. Pengertian konsep personaliti adalah ciri dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh individu secara unik.
(a) Nyatakan tiga jenis personaliti dan huraikan.
i. Ekstrovert
- Lebih kepada dunia luaran dari dalaman
- Aktif, rileks, mudah bercakap
ii. Introvert
- Menumpukan aspek dalaman
- Sifat pemalu, sensitif, pasif
iii. Ambivert
- Mempunyai ciri Ekstravert dan Introvert
(b) Nyatakan enam jenis pengelasan perkembangan personaliti oleh Eduard
Spranger.
- Kognitif – Seorang berintelek
- Berekonomi – Cenderung kepada aspek yang praktik
- Keindahan – Cenderung menghayati keindahan
- Bermasyarakat – Suka berkawan
- Berkuasa Politik – Kemahuan menguasai orang lain
- Beragama – Mencari perpaduan di antara alam dan manusia
23. (a) Nyatakan faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan personaliti individu.
- pola genetik pada persenyawaan
- Faktor Pengalaman Awal
- Latar belakang sekolah
- Pengaruh keluarga
- Peranan Media
- Pemakanan
- Pengaruh sosiobudaya
(b) Takrifkan konsep kendiri positif.
Konsep kendiri
positif bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara
lebih sihat,mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu
sensitif. Konsep kendiri positif juga meliputi sikapmenerima kritikan
orang lain dengan fikiran terbuka dan memberikan pandangan jika wujud keadaan
yang tidak baik dan tidak stabil.
24. (a) Terangkan faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan seseorang.
- Baka merujuk kepada ciri – ciri biologi atau gen- gen yang diperturunkan melalui ibubapa kepada anak – anak. Trait yang diwarisi daripada ibubapa terkandung dalam gen ini. Ia menguasai perkembangan manusia dan adlah unit bagi setiap individu. saiz, bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata adalah faktor baka yang individu warisi daripada ibubapa.
- Persekitaran merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu hadapi dirumah, jiran, sekolah dan masyarakat. Ini juga termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibubapa.
(b) Terangkan mengenai genetik tingkah
Genetik tingkah laku adalah bidang yang mengkaji peranan baka dan persekitaran dalam perkembangan individu. kajian keatas kembar seiras dan anak angkat menunjukkan faktor persekitaran memainkan peranan dalam perkembangan mereka pada peringkat awal tetapi pengaruh baka lebih menonjol apabila mereka meningkat dewasa.
Genetik tingkah laku adalah bidang yang mengkaji peranan baka dan persekitaran dalam perkembangan individu. kajian keatas kembar seiras dan anak angkat menunjukkan faktor persekitaran memainkan peranan dalam perkembangan mereka pada peringkat awal tetapi pengaruh baka lebih menonjol apabila mereka meningkat dewasa.
25. Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit berkebolehan berfikir secara logik
walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit.
(a) Nyatakan tiga prinsip asas konsep pengekalan(conservation).
- Prinsip identiti – mereka tahu sekiranya tiada bilangan yanag ditambah atau dikurangkan, bilangan/amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah
- Prinsip ganti rugi - mereka tahu sesuatu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain
- Prinsip keterbalikan – pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula
(b) Senaraikan empat perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit.
- Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti
- Kanak-kanak menghampiri akil baligh
- Pertumbuhan dan perkembangan kemahiran – kemahiran psikomotor
- Psikomotor kasar lebih cekap. Psikomotor halus lebih baik
26. Pengalaman unik hanya diketahui oleh individu tersebut. Setiap individu
akan bertindak secara tersendiri terhadap tekanan sosial yang dihadapinya. Ini disebabkan oleh perbezaan kekuatan fizikal,
kepekaan dan ketahanan diri individu.
(a) Berikan empat jenis pengalaman awal bagi setiap individu.
- Latar belakang sekolah- amalan sekolah, aktiviti P&P, kokurikulum
- Pengaruh keluarga – suasana keluarga, kasih sayang, latar belakang keluarga
- Peranan media – cara maklumat disampaikan
- Pemakanan – jenis makanan
- Pengaruh sosiobudaya – pendidikan, agama, gaya hidup
27. Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap gigi atau kerusi roda. Senaraikan empat jenis kecacatan fizikal dan ciri-cirinya.
- Cerebral palsy – kesukaran untuk bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasikan badan
- Epilepsi – penyakit sawan yang menyebabkan kanak-kanak menggeletar
- Spina bifida – kecacatan tulang belakang, lumpuh pada bahagian bawah badan
- Muscular dystrophy – kemerosotan kekuatan otot, memerlukan kerusi roda
- Limb deficiencies – anggota badan tidak sempurna
- Asthma – masalah pernafasan
- Diabetes – kencing manis. Pancreas tidak dapat mengawal peningkatan gula dalam darah
- Leukemia – peningkatan sel darah putih secara mendadak
28. 22 pasang kromosom pertama dipanggil ____________. (autosom)
29. Nyatakan dua jenis
teori perkembangan kanak-kanak beserta huraiannya.
i. Teori Perkembangan Arnold Gesell
kanak-kanak perlu
diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa
melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.
ii.Teori Perkembangan Jean Piaget
Perkembangan
kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sensorimotor (lahir hingga 2
tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11
tahun) dan operasi formal (11 tahun ke atas).
30. Nyatakan lima aspek perbezaan dalam seseorang individu
- Sosial
- Kognitif
- Emosi
- Fizikal
- Rohani
31. Konsep kendiri meliputi keseluruhan perkembangan personaliti seseorang individu. Apakah ciri konsep
kendiri positif?
- Bertanggungjawab
- Boleh bertolak ansur dengan kekecewaan
- Pemurah
- Menghadapi cabaran dengan penuh semangat
- Menghargai
32. Potensi
manusia boleh dihuraikan melalui lima aspek. Senaraikan aspek-aspek tersebut.
- Perkembangan intelek. (Daya pemikiran, cara berfikir, mereka cipta dan menaakul)
- Perkembangan rohani (Kepercayaan beragama.nilai dan norma masyarakat serta pelakuan peribadi individu)
- Perkembangan sosial (Hubungan individu dengan orang lain)
- Perkembangan emosi (Keadaan dimana seseorang dapat memahami perasaan diri sendiri dan orang lain)
- Perkembagan jasmani (Merujuk kepada kebolehan atau keupayaan fizikal dalam aktiviti permainan dan bersukan)
33. Terdapat empat aspek perbezaan dalam seseorang individu. Nyatakan dan huraikan.
- Kognitif : kebolehan menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir secara logik, menaakul dan mengira
- Emosi : kebolehan, mengenali, mengawal, dan megurus perasaan serta sikap sabar dan toleransi terhadap orang lain
- Sosial : kemahiran interaksi, bergantung samada individu tersebut bersifat introvert atau ekstrovet
- Fizikal : perbezaan dari segi jantina,paras rupa, berat, ketinggian, jenis, dan warna rambut dan mata
34. Nyatakan dua konsep penting berserta huraian yang diutarakan
oleh Jean Piaget dalam teori kognitif.
i. Skema
Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan
pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang,
mencapai, merasa,memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.
ii. Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji
epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema
yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut
akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".
iii. Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasikan (menyesuaikan)
persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai satu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan
objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet
itu.
iv. Adaptasi
Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan
asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan
kehendak persekitaran.
35. Terdapat beberapa komponen di dalam perkembangan bahasa. Senaraikan kesemua komponen-komponen tersebut.
36. Nyatakan kepentingan kecerdasan emosi dalam membentuk perkembangan sosio-emosi.
- memahami emosi diri sendiri
- mengurus emosi
- memanfaatkan emosi
- membaca emosi
- mengurus hubungan
37. Jelaskan dua cara guru membantu murid dalam membentuk perkembangan konsep kendiri.
- Memberi peluang kepada murid untuk meneroka kebolehan sendiri menggunakan bakat yang ada dalam diri murid tersebut. Beri peluang kepada murid bermasalah agar mereka tidak rasa dipinggirkan dan disisihkan
- Peka dengan kebolehan dan minat murid. Komunikasi dan interaksi yang baik antara guru dan murid amat penting untuk kenalpasti kebolehan mereka. Dengan ini guru menggunakan kebolehan murid untuk tingkatkan konsep kendiri. Memahami masalah murid serta member bimbingan dan dorongan dalam mencapai matlamat hidup
- Rancang aktiviti berpusatkan murid. Beri peluang kepada murid untuk menonjolkan kebolehan di dalam bilik darjah di samping membimbing yang ketinggalan bina konsep kendiri yang baik
38. Nyatakan empat ciri kanak-kanak masalah pengelihatan
- mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan
- menggosok mata tanpa sebab, dan menyebabkan mata merah dan membengkak
- kanak-kanak sering mengadu sakit mata dan loya
- kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau jauh ketika membaca untuk mengimbangi penglihatan
39. (a) Secara umumnya terdapat beberapa
prinsip perkembangan kanak-kanak. Berikan dua contoh prinsip
perkembangan kanak-kanak dan huraikan.
- Berlaku secara mengikut aturan-perubahan dalam pertumbuhan.
- Perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik-pertumbuhan.
- Perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan- corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusai berbeza-perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran.
(b) Berikan faktor perkembangan kanak-kanak
dan huraikan secara ringkas.
BAKA
- Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak.
- Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen.
- Baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen.
- Baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi
- Baka terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan.
PERSEKITARAN
- Merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak.
- Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir.
- Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu.
- Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran dunia.
Mengikut teori
Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak
merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem
ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem merujuk
kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa
dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu.
Mesosistem pula
merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem.
Ekosistem merupakan
pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara
langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi
kesan kepada kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula
adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat.
Kronosistem pula
melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.
40. Perkembangan bahasa dan sosio-emosi kanak-kanak merupakan aspek yang penting
selain daripada perkembangan fizikal dan kognitif bayi. Banyak pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perkembangan bahasa dan sosio-emosi
kanak-kanak berjalan dengan lancar.
(a) Berkenaan dengan pernyataan di atas,
bagaimanakah ibubapa boleh membantu
perkembangan bahasa pada peringkat bayi.
- Berikan rangsangan-rangsangan bunyi dan perkataan yang sesuai untuk bayi.
- Bercakap dengan bayi seolah-olah mereka memahami apa yang dicakapkan.
- Gunakan bahasa yang mudah tetapi jelas dadn betul gaya bahasanya.
- Gunakan intonasi, memek muka dan emosi yang sesuai dengan bayi.
(b) Berkenaan dengan pernyataan di atas, bagaimanakah ibubapa boleh membantu perkembangan
sosio-emosi pada peringkat kanak-kanak.
- Teruskan bercakap dan berbual dengan kanak-kanak.
- Gunakan bahasa yang mudah dan betul.
- Elakkan daripada membandingkan mereka dengan rakan sebaya yang lain.
- Cuba untuk tidak memotong percakapan kanak-kanak atau menolong memberi idea kepada percakapan mereka.
(c) Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang
berada di peringkat awal
kanak-kanak yang mula memahami emosi?
- mempunyai peningkatan dalam perbendaharaan emosi
- boleh melabel emosi dengan tepat terhadap dirinya dan emosi orang lain.
- boleh bercakap tentang akibat sesuatu emosi dan boleh mengenalpasti kaitan emosi dengan situasi tertentu.
- menggunakan bahasa emosi semasa bermain.
41. (a) Nyatakan konsep kendiri dan huraikan.
Konsep kendiri
merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang
dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang
juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang
diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang
kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Carl Rogers (1950),
mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang
ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang
lain dan persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara
memahami konsep kendiri.
Dari segi psikologi,
Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep
kendiri boleh dilihat dalam 2 cara-iaitu tanggapan diri seseorang
individu-proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.
Syarifah Alawiah
(1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi
seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan
persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku
perasaan dan fikiran.
(b) Berikan 2 jenis personaliti dan huraikan yang digariskan oleh Carl Gustav Jung.
- Ekstrovert - lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan orang lain, peramah, tidak mudah risau, tidak mudah malu, berminat sukan, mudah menyesuaikan diri, sangat aktif dan suka bersosial, tidak suka berlajar atau bekerja secara berseorangan.
- Introvert - menumpukan kepada aspek dalaman-introvert bermakna mengambil berat tentang diri sendiri, individu yang pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, cermat, bersedia menanggung risiko, tidak mudah marah, tidak bercita-cita tinggi.
- Ambivert - mempunyai kedua-dua ciri diatas, penggabungan kedua-dua ciri di atas, bersikap aktif, sensiitf, optimatik dan gemar berseorangan.
(c) Nyatakan pengertian personaliti.
Bahasa
Latin-Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud
topeng muka - Topeng muka ini di gunakan oleh pelakon–pelakon Yunani di atas
pentas untuk berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan
watak mereka yang hendak dipersembahkan.
Pembentukan
Psikologi - Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu
secara kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti perangai, kecerdasan,
sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita, nilai-nilai, personaliti
seseorang individu dibayangkan oleh kecenderungannya untuk bertingkah laku mengikut
suatu cara tertentu.
MISHEL (1968)-Pada
pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang
individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing-Ini bermaksud
segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan
personaliti mereka yang sebenar.
ALLPORT (1961) pula
mendefinisikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal
pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang
khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam
kualiti tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi
bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling
berkait. Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai,
kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi
tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan.
HANS EYSENCK (1981)
mendefinisikan personaliti sebagai organisasi watak, perangai, intelek, bentuk
badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap
persekitarannya.
KAGEN,J &
SEGAL,J (1988) mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan seseorang
individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa,
bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.
WATSON (1919)
berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan
behaviorisme.
42. (a) Nyatakan lima masalah
tingkah laku dalaman.
- Kebimbangan,
- sedih,
- bersikap apatetik,
- menyendiri,
- perasaan serba salah,
- perasaan rendah diri,
- terlalu sensitif,
- keasyikan memikiran tentang sesuatu perkara.
(b) Nyatakan lima masalah tingkah laku luaran.
- Mengingkar,
- menentang,
- agresif,
- argumentatif,
- cenderung menyalahkan orang lain,
- destruktif,
- menipu,
- sukar mengawal diri.
0 comments:
Post a Comment