CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

16 May 2012

Soalan & Jawapan BMM 3102 (2009)


BAHAGIAN B

1 (a) Teori Struktural dan Transformasi Generatif merupakan antara teori yang terdapat dalam Teori Huraian Bahasa. Nyatakan 2 ciri yang terdapat setiap teori tersebut. (8 markah)

Teori Struktural
  • Kajian tentang fonem dan morfem
  • Kaitan antara  fonem, morfem dan ayat
  • Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari dan untuk perhubungan
  • Mementingkan fakta yang dilihat
  • Menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis
  • Huraian bahasa dibuat secara induktif
  • Huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran
Teori Transformasi Generatif
  • Penutur jati boleh menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan
  • Bahasa adalah sistem lambang rumus-rumus bahasa
  • Ayat merupakan struktur dalaman dan luaran
  • Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena mental
  • Penutur dilahirkan dengan kecekapan semula jadi 
  • Bahasa bersifat sejagat dan kreatif
  • Penguasaan bahasa adalah berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu
  • Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran dan struktur dalaman
  • Binaan ayat mempunyai hubungan erat (antara elemen) dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu
   (b) Menurut Teori Struktural, bahasa adalah bersifat arbitrari. Apakah yang dimaksudkan dengan arbitrari?   (2 markah)

Arbitrari bermaksud boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menjelaskan sesuatu konsep. Misalnya kuda dalam bahasa Melayu, ma dalam bahasa Kantonis dan jison dalam bahasa Arab.

2 (a) Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid merupakan salah satu pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran bahasa. Senaraikan ciri pendekatan tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan. (6 markah)
  • Projek : pelajar-pelajar belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian luar dan lawatan. Dijalankan selepas pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.
  • Simulasi : rancang situasi yang bermasalah. Beri penerangan ringkas tentang masalah, peranan watak dan tempoh masa. Sediakan skrip lakonan. Sediakan peralatan sokongan.
  • Perbincangan : pelajar bertukar fikiran dan berkongsi maklumat. Guru sediakan topik. Pelajar digalakkan memainkan peranan yang aktif. Guru akan membimbing pelajar membuat rumusan.
  • Penyelesaian masalah : pelajar menggunakan prinsip atau teori yang telah mereka pelajari. Melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing pelajar-pelajar memahami ciri-ciri masalah, mengingati semula pengalaman lalu dan memilih strategi yang sesuai untuk aktiviti penyelesaian.
(b) Jelaskan kelebihan Pendekatan Berpusatkan Bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (4 m)
  • Guru akan menggunakan bahan sebagai bahan saluran untuk menyalurkan segala ilmu
  • Peranan bahan adalah membantu tugas-tugas guru
  • Peranan guru dapat dikurangkan. Tumpuan lebih kepada bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
3 (a) Jelaskan tiga kelebihan pembelajaran secara kontekstual. (6 markah)
  • Murid boleh mengaitkan pelajarannya dengan kehidupan seharian
  • Murid dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari
  • Murid dapat belajar sesuatu yang bermakna serta berguna
  • Murid dapat belajar melalui usaha sendiri
  • Murid dapat belajar secara bekerjasama
  • Murid dapat membina perhubungan antara diri dengan sekolah, masyarakat dan alam sekitar
(b) Jelaskan implikasi Teori Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. (4 m)
  • Guru lebih berperanan sebagai penolong, pemudah cara dan perancang, sedangkan pelajar memainkan peranan utama
  • Model pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan ialah secara koperatif dan kolaboratif. Kaedah tradisi seperti syarahan dan menghafaz tidak sesuai lagi digunakan 
  • Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu
  • Penilaian tradisi tidak sesuai lagi digunakan
4 (a) Nyatakan 2 objektif yang tersirat dalam permainan bahasa.
  • Merangsang interaksi verval pelajar
  • Menambah kefasihan dan keyakinan
  • Menyediakan konteks pembelajaran
  • Bertindak sebagai alat pemulihan, pengayaan dan pengukuhan
  • Bertindak sebagai alat yang dapat menghakis rasa bosan
(b) Teknik bercerita merupakan satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa. (6m)
  • Pilih cerita yang sesuai dengan umur dan minat pelajar
  • Sesuaikankan isi pelajaran yang hendak disampaikan 
  • Kaji cerita dan masukkan aspek-aspek bahasa
  • Hafaz frasa dan ayat-ayat penting
  • Membuat latihan sebelum berhadapan dengan pelajar
  • Bercerita dalam keadaan yang selesa
  • Boleh gunakan objek/ gambar
  • Sediakan kad perkataan/ frasa-frasa yang hendak disampaikan.
BAHAGIAN C

Jawab dua soalan sahaja

1. Jelaskan perbezaan antara pendekatan pengajaran bahasa induktif, deduktif, elektrik dan komunikatif dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. (20 m)

Pendekatan Induktif
  • Mendahulukan sesuatu pengajaran dengan contoh
  • Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan
  • Menggunakan perantara deria untuk memperoleh pengetahuan
  • Menekankan aspek lisan
  • Selaras dengan linguistik struktural
  • Guru dan murid digalakkan mengemukakan contoh
Pendekatan Deduktif
  • Memperlihatkan peraturan dan menganalisis hukum melalui contoh-contoh
  • Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif
  • Bersifat idealisme untuk mendapatkan pengetahuan
  • Menekankan aspek penulisan
  • Selaras dengan linguistik tradisional dan transfomasi generatif
  • Guru dan murid boleh mengemukakan contoh
2 (a) Jelaskan kelebihan Pendekatan Berpusatkan Murid dan Pendekatan Berpusatkan Bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. (10m)
  • Berupaya menarik perhatian dan menimbulkan minat sepanjang pengajaran guru
  • Dapat bertindak sebagai alat penyalur ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berkesan
  • Dapat bertindak sebagai alat pengalir deria yang terbaik untuk merangsang pembelajaran
  • Mampu memberi penjelasan pada masa yang sama dapat memudahkan pembelajaran
  • Mampu mencorakkan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah
  • Mampu meningkatkan kesan ingatan jangka panjang
  • Berupaya mencipta komunikasi dan interaksi bilik darjah yang berkesan
  • Membolehkan pelajar mencerna idea dan membina konsep-konsep dengan mudah
  • Mampu menghibur dan mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dan menggembirakan
(b) Nyatakan 5 ciri pendekatan lisan yang dicadangkan oleh Pendekatan Situasional. (10m)
  • Pengajaran lisan dimulakan dengan pertuturan. Bahan diajar secara lisan sebelum diperkenalkan dan dipersembahkan dalam bentuk tulisan
  • Bahasa sasaran ialah bahasa bilik darjah
  • Bacaan dan penulisan diperkenalkan sebaik sahaja asas leksikal dan tatabahasa telah dikuasai sepenuhnya.
  • Item-item tatabahasa dipertingkatkan mengikut prinsip-prinsip pengredan, iaitu bermula daripada bentuk yang mudah kepada yang lebih rumit
  • Aspek-aspek bahasa yang baharu diperkenalkan dan dilatih mengikut situasi
3 (a) Terangkan 5 tujuan pengajaran dan pembelajaran Kajian Masa Depan. (10m)
  • Membantu pelajar agar menyedari bahawa semua perkara kini akan berubah pada masa depan
  • Membantu pelajar menghadapi cabaran masa depan dengan penuh keyakinan
  • Membimbing pelajar merancang masa depan mereka secara santifik dan rasional
  • Membimbing pelajar merancang meramal perubahan pada masa depan dengan membuat persediaan yang sesuai
  • Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif agar mengambil tindakan yang sesuai untuk menghadapi cabaran masa depan
  • Membolehkan pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran kajian masa depan
  • Melatih pelajar membuat kajian masa depan secara santifik dengan metodologi yang berkesan
(b) Aras pemikiran boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk. Terangkan aras pemikiran yang berikut : 
  1. Aras khayalan
  2. Aras pemikiran rasa indah
  3. Aras pemikiran pemerolehan maklumat
  4. Aras pemikiran reflektif
  5. Aras pemikiran kreatif                                                                                                        (10m)
  • Aras khayalan : pemikiran paling rendah - lebih cenderung untuk melarikan diri daripada dunia sebenar ke dunia angan-angan
  • Aras pemikiran rasa indah : gerak balas mental mempunyai komponen2 emosi yang kuat - tertumpu pada penghargaan terhadap nilai-nilai seni
  • Aras pemerolehan maklumat : berupaya meresap dan mengingat kembali sesuatu kenyataan dan memperoleh pengalaman2 baru - kesalahan pemikiran dapat dielakkan dengan adanya maklumat yang cukup
  • Aras pemikiran reflektif : penggunaan pemikiran dalam penyelesaian masalah - pemikiran memberi pertimbanagan dan mengingat semula semua pengalaman yang berkaitan untuk menyelesaikan sesuatu kesulitan
  • Aras pemikiran kreatif : aras paling tinggi - pemikiran memberi pertimbangan terhadap aktiviti menyusun dan mengeluarkan pengalaman supaya idea2 baru timbul - menggalakkan pembentukan corak mental baru

0 comments:

Post a Comment