CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 May 2012

Soalan Perkembangan Kanak-kanak




BAHAGIAN B.. STRUKTUR..
1. a ) senaraikan 2 perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. ( 4 markah )

b ) nyatakan 3 cara bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. ( 6 markah )

2. a ) menurut piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui 4 tahap perkembangan kognitif. 2 proses penting dalam pembinaan kefahaman terhadap persekitaran ialah organisasi dan adaptasi.
jelaskan 2 cara bagaimana adaptasi berlaku. ( 4 markah )

b ) sebagai guru sekolah rendah, anda haruslah tumpukan perhatian terhadap pembelajaran kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit serta memahami kebolehan mereka. 
jelaskan 3 cara bagaimanakah anda dapat membantu murid dalam memahami konsep yang diajar dengan berkesan. ( 6 markah )

3. a ) carl jung mengklasifikasikan personaliti kepada 3 jenis iaitu ekstrovet, introvet dan ambivert. jelaskan secara ringkas ketiga-tiga jenis personaliti tersebut. ( 6 markah )

b ) jelaskan 2 cara bagaimana guru dapat membantu murid membentuk konsep kendiri. ( 4 markah )

4. a ) jelaskan 4 ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. ( 4 markah )

b ) terangkan 3 cara bagaimana guru membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan dalam pengajaran dan pembelajaran. ( 6 markah )

BAHAGIAN C

1. a ) jelaskan secara terperinci ciri-ciri perkembangan kognitif peringkat operasi konkrit menurut pandangan j.piaget yang boleh dimanfaatkan oleg guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. ( 10 markah )

b ) huraikan implikasi perkembangan kognitif peringkat operasi konkrit oleh j. piaget tersebut terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam usaha untuk meletakbetul ( repositioning ) tingkah laku murid dalam bilik darjah. ( 10 markah )

2. a ) terangkan dengan terperinci peranan-peranan guru untuk membentuk personaliti digtigtif iaitu yang merangkumi pemikiran dan emosi supaya murid-murid dapat mengadaptasikan diri dengan kehidupan mereka. ( 10 markah )

b ) bincangkan cara-cara guru dapat membantu pembentukan konsep kendiri dalam kalangan murid-murid supaya mereka mempunyai pandangan yang positif untuk menyesuaikan diri dengan orang lain dan persekitaran dengan mudah. ( 10 markah )

3. a) huraikan ciri-ciri kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus dari aspek masalah fizikal. ( 10 markah )

b ) huraikan implikasi-implikasi kanak-kanak bermasalah kecacatan fizikal terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. ( 10 markah )

0 comments:

Post a Comment