CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 May 2012

Soalan Ulangkaji PKK

BAHAGIAN A

1. Fitrah manusia merujuk kepada
(A) kesempurnaan kendiri
(B) kemampuan intelek, rohani dan jasmani
(C) menyelesaikan segala rintangan yang dihadapi
(D) perkembangan kognitif, fizikal dan emosi kendiri

2. Faktor-faktor biologi dan persekitaran memainkan peranan yang signifikan dalam menentukan perbezaan individu. Manakah anatara pernyataan berikut tidak berkaitan?
(A) Individu boleh mengawal proses kematangan.
(B) Individu mencapai tahap kematangan pada kadar yang berbeza.
(C) Faktor persekitaran akan semakin mempengaruhi kanak-kanak apabila usia mereka meningkat.
(D) Faktor baka mempengaruhi sebahagian besar proses perkembangan kanak-kanak.

3. Kenyataan manakah yang berikut menerangkan perkembangan motor kanak-kanak?
(A) Perkembangan motor dikuasai oleh perkembangan neurologikal.
(B) Perkembangan kognitif mendahului perkembangan motor.
(C) Penguasaan kemahiran motor disebabkan oleh kombinasi perkembangan fizikal, pembelajaran dan motivasi.
(D) Perkembangan motor dikuasai oleh pengalaman seperti latihan jasmani merangsang pembentukan litar neural dalam otak.

4. Sistem mikro, meso dan makro adalah bahagian-bahagian yang terdapat dalam salah satu daripada teori yang berikut.
(A) Teori Psikoanalitik Erikson
(B) Teori Pembelajaran Sosial Bandura
(C) Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky
(D) Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner

5.    

  • Memberi respons apabila namanya dipanggil
  • Menggerakkan kepala dan mata apabila mendengar suara
  • Mengeluarkan bunyi (babbling) apabila melihat orang lain

Tujuan utama bayi bertindak sedemikian adalah kerana
(A) sensitif dengan persekitaran.
(B) melatih menyebut perkataan.
(C) menarik perhatian orang lain.
(D) ingin memenuhi keperluan fisiologi.

6. Perkembangan sosio-emosi kanak-kanak dianggap prasyarat kepada perkembangan kognitif. Perkara penting dalam perkembangan sosio-emosi kanak-kanak adalah
                        I.          pandangan kendiri
                        II.         kebolehan menaakul
                        III.        pengawalan perasaannya
                        IV.       perhubungan antara kanak-kanak itu sendiri
                        V.        perhubungan antara kanak-kanak dengan orang dewasa
(A) I, II dan III sahaja
(B) II, III dan IV sahaja
(C) I, II, IV dan V sahaja
(D) I, III, IV dan V sahaja

7. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang individu ialah
                        I.          pemakanan
                        II.         pengaruh sekolah
                        III.        hobi dan kegemaran
                        IV.       suasana fizikal dalam bilik darjah
                        V.        suasana harmoni dalam keluarga
(A) I, II dan III sahaja
(B) I, II dan V sahaja
(C) I, III dan V sahaja
(D) II, IV dan V sahaja

8.         Konsep “keperluan khas” merujuk kepada kanak-kanak yang
                        I.          boleh dididik jika mereka mampu mengurus diri sendiri
                        II.         memerlukan program pendidkan yang dirancang khas untuk mereka
                        III.        memerlukan rancangan pengajaran berkumpulan yang disediakan oleh guru
                        IV.       dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal
                        V.       cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid normal
(A) I, III dan IV sahaja
(B) I, II, IV dan V sahaja
(C) II, III, IV dan V sahaja
(D) I, II, III dan V sahaja

9. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang boleh dididik di sekolah    normal adalah seperti berikut kecuali kanak-kanak dalam kategori
(A) lembam dan hiperaktif
(B) Sindrom Down dan autistik
(C) masalah pertuturan dan terencat akal minima
(D) palsi serebral dan terencat akal yang serius
         
Semasa di tahun satu, Fifi telah mula diajar dengan kemahiran membaca. Guru kelas Fifi mendapati Fifi mengalami kesukaran menguasai kemahiran tersebut. Secara fizikalnya, Fifi merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak memperllihatkan kesukaran dalam aktiviti hariannya. Masalah Fifi ini berterusan hingga Fifi memasuki tahun dua dan dia masih tidak dapat menguasai bunyi perkataan, mengeja, membaca atau menulis.

10. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa Fifi adalah seorang kanak-kanak berkeperluan khas dalam golongan
            (A)       spastik
            (B)       hiperaktif
            (C)       disleksia
            (D)       terencat akal serius

11.       Ciri utama fitrah manusia ialah
            (A)       bersemangat, estetika, kebendaan
            (B)       ingin tahu, malu, takut dan berpotensi
            (C)       ketuhanan, kebendaan dan kesedaran
            (D)       kewujudan, keajaiban dan keunggulan

12.       Kanak-kanak adalah berbeza daripada segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan psikomotor. Guru boleh melayani perbezaan individu dengan mengambil langkah-langkah berikut:
                        I.          aktiviti pengayaan dan pemulihan
                        II.         menyediakan set induksi yang menarik dan berkesan
                        III.        memberi perhatian dan layanan individu yang sama rata
                        IV.       berempati dengan pelajar dan berusaha untuk membantu mereka
                        V.        memastikan ada keseragaman dalam menggunakan jenis penilaian
            (A)       I dan IV sahaja
            (B)       IV dan V sahaja
            (C)       I, II dan IV sahaja
            (D)       I, III dan IV sahaja

13.       Amin berusia 11 tahun dan berkebolehan untuk bermain alat muzik dengan baik.  Ibu bapanya menyedari bahawa minat dan kebolehannya dalam bidang ini amat memberangsangkan kerana pada peringkat ini
            (A)       perkembangan potensinya berkembang
            (B)       koordinasi pendengaran dan psikomotornya bertambah baik
            (C)       kematangan otot dan fizikalnya telah mencapai tahap yang maksimum
            (D)       pendengarannya bertambah baik dan dia boleh membezakan bunyi-bunyi yang berlainan

14.       Pertumbuhan dan perkembangan manusia berlaku mengikut prinsip-prinsip berikut kecuali
            (A)       kepala ke kaki
            (B)       kadar yang sama
            (C)       konkrit ke abstrak
            (D)       arah tangan ke tepi

15.       Guru sering kali menghadapi masalah murid-murid yang berbeza dari segi kognitif. Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan keupayaan kognitif ialah
                        I.          amalan pemakanan
                        II.         kecekapan berbahasa
                        III.        pengaruh sosio-ekonomi keluarga
                        IV.       baka yang diwarisi daripada ibu bapa
            (A)       I, II dan III sahaja
            (B)       I, II dan IV sahaja
            (C)       I, III dan IV sahaja
            (D)       II, III dan IV sahaja

16.       Menurut Erik Erikson, kanak-kanak melalui siri perkembangan sosio-emosi yang tertentu. Antara berikut, peringkat dan kategori umur manakah yang betul?
            (A)       Inisiatif lawan Perasaan Salah – 18 bulan hingga 3 tahun
            (B)       Industri lawan Perasaan Rendah – 3 tahun hingga 6 tahun
            (C)       Autonomi lawan Malu dan Keraguan – 6 tahun hingga 12 tahun
            (D)       Identiti lawan Perasaan Serba Salah – peringkat remaja

17.       Cikgu Jefri mempunyai personaliti yang sihat.  Apa maksud personaliti?
            (A)       Merangkumi aspek fizikal
            (B)       Membawa erti yang sama dengan watak
            (C)       Mewakili keseluruhan corak tingkah laku manusia
            (D)       Mewakili sesuatu yang kita warisi daripada ibu bapa

18.       Kanak-kanak berkeperluan khas bermaksud kanak-kanak yang
(A) cacat anggota sahaja
(B) hilang keupayaan mental
(C) tidak mempunyai risiko gagal dalam pelajaran
(D) kanak-kanak yang mempunyai kecacatan mengikut definisi akta atau undang-undang sesebuah negara

19.       Situasi manakah yang sesuai menjelaskan konsep kanak-kanak berkeperluan khas?
(A) Mei Ling tergolong dalam kategori disleksia.  Dia mengalami kecacatan neurologi tetapi mempunyai      
       kelebihan intelek yang luas dan mahir menyelesaikan jigsaw puzzle.
(B) Adi Putra tergolong dalam kategori pintar cerdas.  Dia menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik.
(C) Muthu tergolong dalam kategori autisme.  Dia mengalami kekeliruan memahami hala kiri dan kanan,
      bawah dan atas, kebalikan huruf atau nombor tertentu.
(D) Anne tergolong dalam kategori Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD).  Usia kronologinya
      tidak sama dengan usia mentalnya.

20.       Pelajar lembam didefinisikan sebagai pelajar yang gagal melaksanakan kerja normal sekolah.
            Manakah antara berikut menunjukkan guru gagal membantu pelajar lembam?
            (A)       Gunakan  bahasa mudah.
            (B)       Menyediakan bahan bacaan yang bersaiz besar
            (C)       Memberikan tugasan yang sesuai dengan tahap kognitif pelajar
            (D)       Menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif

21.       Pernyataan berikut yang manakah paling tepat menggambarkan fitrah kejadian manusia?
            (A)       Manusia adalah “Tuhan” bagi alam semesta
            (B)       Manusia mampu menyelesaikan segala masalah
            (C)       Manusia merupakan kejadian alam yang sempurna
            (D)       Manusia mempunyai sifat, tabiat, bakat dan pelbagai kecerdasan

22.       Proses perkembangan biologi seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh
            (A)       perubahan jasmani individu
            (B)       baka dan persekitaran kanak-kanak
            (C)       genetik keluarga dan sosial masyarakat
            (D)       genetik keluarga dan pertumbuhan otak kanak-kanak tersebut

23.       Dalam teori perkembangan kognitif Piaget, kanak-kanak sudah boleh menggunakan skema-skema fizikal yang mudah pada peringkat
            (A)       pra-operasi
            (B)       sensori motor / deria
            (C)       operasi formal
            (D)       operasi konkrit

Ahmad merupakan seorang murid tahun dua. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Ahmad sering kali tidak dapat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan dan sentiasa memerlukan penyeliaan daripada guru yang mengajar.

Selain itu, Ahmad juga sering mengganggu murid-murid lain dan menyatakan sesuatu tanpa  berfikir.  Malah kadang kala keterlaluan dalam pergerakan fizikal dan tidak boleh diam.

24   Kenyataan di atas menunjukkan bahawa Ahmad adalah seorang kanak-kanak   berkeperluan khas dalam golongan
            (A)       Disleksia
            (B)       Hiperaktif
            (C)       Attention-Deficit
            (D)       Strange-Situation

25.       Guru boleh membantu perkembangan bahasa pada peringkat kanak-kanak dengan
            (A)       menggunakan scaffolding
            (B)       menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri
            (C)       menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya soalan
            (D)       luangkan masa untuk mendengar percakapan kanak-kanak

26.     Menurut teori perkembangan moral Kohlberg penaakulan moral berkait rapat dengan perkembangan kognitif seseorang individu.
Kenyataan berikut adalah peringkat penaakulan moral Kohlberg kecuali
            (A)       Peringkat moral peribadi
            (B)       Peringkat moral heteronomus
            (C)       Peringkat moral transisi
            (D)       Peringkat moral autonomus

  • Cenderung untuk membuat tugas yang terbaik dan lebih sempurna
  • Berusaha memperbaiki kesilapan diri dan memuaskan kehendak diri
  • Mula memikirkan cara untuk berbakti kepada orang yang tidak berkemampuan

27. Berdasarkan Hierarki Keperluan Manusia Abraham Maslow (1970), ciri-ciri di atas terdapat dalam peringkat keperluan
            (A)       fisiologi
            (B)       keselamatan
            (C)       penghargaan kendiri
            (D)       penyempurnaan kendiri

28.       Menurut Piaget, proses pemikiran berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga mencapai kematangan.
            Antara berikut, yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu?
            (A)       Keseimbangan
            (B)       Kematangan fizikal
            (C)       Pengalaman sosial
            (D)       Interaksi individu dengan persekitaran

29.       Kecerdasan pemikiran dan tingkah laku individu terdiri daripada tiga aspek iaitu proses kognitif, pengetahuan sedia ada dan persekitaran kontekstual yang saling mempengaruhi antara satu sama lain.
            Ciri-ciri di atas adalah berdasarkan
            (A)       Teori Psikoanalitik Erikson
            (B)       Teori Kecerdasan Triarchic
            (C)       Teori Perkembangan Kognitif
            (D)       Teori Pembelajaran Sosial Bandura

  • Tahap 1 : Pra-Konvensional
  • Tahap 2 : Konvensional
  • Tahap 3 : Pos-Konvensional

30.  Tahap-tahap perkembangan moral seseorang individu seperti di atas merujuk kepada teori yang dikemukakan oleh
            (A)       Jean Piaget
            (B)       Erik H. Erikson
            (C)       Noam Chomsky
            (D)       Lawrence Kohlberg

31. Helah Bela-Diri atau Defense Mechanism yang dikemukakan oleh Sigmund Freud adalah usaha secara kebiasaan atau tidak sedar dilakukan oleh individiu apabila berasa terancam.
Jenis-jenis helah bela diri yang dikemukakan oleh Sigmund Freud ialah
                        I.         resepsi
                        II.        projeksi
                        III.       kepasifan
                        IV.       rasionalisasi
                        V.        pemindahan
            (A)       I, II dan III sahaja
            (B)       I, III dan V sahaja
            (C)       II, IV dan V sahaja
            (D)       III, IV dan V sahaja

  • Lemah dalam ejaan
  • Masalah yang diwarisi
  • Membaca secara perlahan
  • Mencampur-adukkan perkataan yang berbunyi sama

32.        Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran di atas merupakan kanak-kanak daripada golongan yang bermasalah dari segi
            (A)       Disleksia
            (B)       Attention Deficit
            (C)       Masalah Pertuturan
            (D)       Muscular Dystrophy

33.       Konsep “Pendidikan Inklusif” merujuk kepada
(A)   pendidikan khas kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran di sekolah khas
(B)   kanak-kanak berkeperluan khas yang dimasukkan ke dalam pendidikan kanak-kanak biasa
(C) pendidikan yang diberi secara percuma kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan
(D)  kanak-kanak istimewa yang ditempatkan di dalam sekolah khas bagi tujuan pendidikan yang lebih baik

Siti pelajar tahun tiga di sebuah sekolah awam. Siti merupakan pelajar yang sentiasa menunjukkan keinginan untuk mengetahui sesuatu yang lebih daripada rakan-rakan dalam kelasnya. Selain itu, Siti juga mempunyai kebolehan yang tinggi dan cepat belajar jika     dibandingkan dengan rakan sebayanya.

34.       Program-program yang boleh diambil oleh guru-guru untuk membantu Siti dalam pembelajaran adalah seperti berikut kecuali
            (A)       pengayaan
            (B)       pemecutan
            (C)       pengasingan
            (D)       penggabungan

35.       Konsep “adaptasi”, “asimilasi” dan “akomodasi” ialah proses perkembangan kognitif individu yang dikemukakan oleh
            (A)       Jean Piaget
            (B)       Erik H. Erikson
            (C)       Naom Chomsky
            (D)       Lawrence Kohlberg

36.       Selain daripada di rumah, pembentukan personaliti dalam kalangan kanak-kanak di sekolah boleh berlaku melalui faktor-faktor berikut kecuali
            (A)       kurikulum tersembunyi
            (B)       pembimbing rakan sebaya
            (C)       budaya sekolah penyayang
            (D)       pembinaan modal insan


  • Ali berumur 8 tahun
  • Ali kanak-kanak lelaki
  • Ali aktif dalam kegiatan di luar bilik darjah
  • Ali lebih rendah berbading kanak-kanak perempuan yang sebayanya

37.         Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk dilaksanakan oleh guru untuk Ali ialah
            (A)       membaca  buku cerita yang menarik
            (B)       melaksanakan aktiviti ceramah dan kaunseling
            (C)       menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak di padang
            (D)       menjalankan aktiviti-aktiviti permainan untuk perkembangan otot halus

38.       Fasa pembenihan dalam peringkat pranatal menunjukkan ciri-ciri berikut kecuali
            (A)       proses mitosis berlaku
            (B)       zigot bergerak ke rahim
            (C)       organ utama bertambah saiz
            (D)       zigot membentuk 23 kromosom

Penglibatan ibu bapa di dalam aktiviti kanak-kanak di sekolah boleh memberi sokongan yang membantu kemajuan akademik kanak-kanak.

39.       Ciri Teori Sistem Ekologi oleh Urie Bronfenbrenner (1989) di atas adalah terkandung dalam
            (A)       ekosistem
            (B)       mikrosistem
            (C)       mesosistem
            (D)       makrosistem

40.       Pilih susunan peringkat-peringkat perkembangan fizikal individu yang tepat.
                        I.          bayi
                        II.         fetal
                        III.        zigot
                        IV.       embrio
                        V.        pembenihan
            (A)       II, IV, V, IV, III
            (B)       I, II, III, IV, V
            (C)       I, II, III, V, IV
            (D)       V, III, IV, II, I

41.       Pernyataan yang manakah di bawah ini yang paling tepat menggambarkan fitrah kejadian manusia.
            (A)       Manusia umpama “Tuhan” bagi semesta alam
            (B)       Manusia berupaya mengatasi semua masalah
            (C)       Manusia merupakan kejadian alam yang sempurna
            (D)       Manusia mempunyai sifat, tabiat, bakat dan pelbagai kecerdasan

42.       Proses perkembangan biologi seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh
            (A)       perubahan fizikal kanak-kanak
            (B)       baka dan persekitaran kanak-kanak
            (C)       genetik keluarga dan sosial masyarakat
            (D)       genetik keluarga dan pertumbuhan otak kanak-kanak tersebut

Interaksi antara kanak-kanak dengan ibu bapa, pihak sekolah dan jiran tetangga membantu perkembangan sosial kanak-kanak.

43.       Ciri Teori Sistem Ekologi oleh Urie Bronfenbrenner (1989) di atas adalah terkandung dalam
            (A)       ekosistem
            (B)       mikrosistem
            (C)       mesosistem
            (D)       makrosistem

44.       Suzana ialah kanak-kanak berusia 10 tahun dan mempunyai kebolehan bermain alat muzik dengan baik.  Ibu bapanya peka terhadap keupayaan Suzana ini kerana pada tahap ini
(A)       potensi beliau sedang berkembang
(B)       koordinasi kemahiran mendengar dan kebolehan psikomotor semakin baik
(C)       kebolehan mendengarnya telah bertambah tajam dan berupaya membezakan bunyi
(D)       beliau telah mencapai tahap perkembangan otot dan kematangan fizikal yang maksimum

Cikgu Z telah menjalankan aktiviti-aktiviti melukis dan bermain alat muzik dengan murid-murid di kelasnya.  Aktiviti-aktiviti ini dpat menambahbaikkan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.

45.       Pada peringkat perkembangan fizikal manakah aktiviti ini berlaku?
            (A)       Bayi (lahir hingga 2 tahun)
            (B)       Awal kanak-kanak (2 – 6 tahun)
            (C)       Kanak-kanak (7-12 tahun)
            (D)       Awal remaja (12 – 15 tahun)

46.       Mengikut kefahaman psikoanalisis Sigmund Freud (1961), peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan peringkat berikut kecuali
            (A)       Peringkat oral (lahir hingga setahun)
            (B)       Peringkat kubul (dua hingga tiga tahun)
            (C)       Peringkat latency (enam hingga baligh)
            (D)       Peringkat genital (selepas baligh hingga dewasa)

47.       Gopi merupakan murid yang paling rendah dalam kelasnya. Setiap kali diadakan pertandingan sukan dalam kalangan rakan-rakan sebaya, dia tidak pernah dipilih bermain.  Keadaan ini menimbulkan rasa kurang senang pada dirinya.  Sebagai guru, apakah tindakan yang paling wajar bagi menolongnya.
            (A)       membenarkannya menjauhi dirinya daripada ahli-ahli kumpulan sebaya itu    
            (B)       memujuknya mengambil bahagian dalam gerak kerja kumpulan
            (C)       menolongnya membina kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam kumpulan sebayanya
            (D)       menggalakkan bercampur gaul dengan rakan-rakan yang sama ketinggiannya

48.       Mengikut Naom Chomsky (1957), kanak-kanak kurang mampu belajar peraturan dan organisasi ayat secara langsung.  Mereka dilahirkan dengan Language Acquistion Deficit (LAD).
            Pernyataan berikut yang manakah benar mengenai teori Chomsky?
            (A)       Pengaruh ibu bapa dan guru penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak
            (B)       Keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh kuat ke atas kemahiran bahasa
            (C)       Ibu bapa dari golongan profesional menyediakan persekitaran untuk perkembangan bahasa
                        yang lebih baik
            (D)       Kanak-kanak mempunyai kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan penggunaan bahasa
                        secara semulajadi

49.       Teori Perkembangan Emosi Freud menyatakan bahawa
            (A)       personaliti manusia mempengaruhi perkembangan emosi manusia
            (B)       perkembangan emosi manusia tiada kaitan dengan perkembangan fizikal
            (C)       perkembangan emosi dan personaliti adalah mengikut pertambahan umur manusia
            (D)       perkembangan emosi manusia adalah berkaitan rapat dengan perkembangan fizikal

50.       Menurut Erik Erikson, kanak-kanak melalui peringkat-peringkat perkembangan psikososial mengikut tahap perkembangan umur.
            (A)       Identiti lawan Kekeliruan – 12 tahun hingga 18 tahun
            (B)       Autonomi lawan Keraguan – 6 tahun hingga 12 tahun
            (C)       Inisiatif lawan Rasa Bersalah – 1 tahun hingga 3 tahun
            (D)       Industri lawan Rasa Rendah Diri – 3 tahun hingga 6 tahun

51.       Apakah cara yang sesuai dilakukan oleh guru apabila berdepan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah ketidakpercayaan semenjak kecil?
            (A)       menetapkan rutin bilik darjah
            (B)       memenuhi keperluan fisiiologi kanak-kanak tersebut
            (C)       melantik kanak-kanak tersebut sebagai ketua darjah
            (D)       menggalak kanak-kanak tersebut bersaing dengan murid lain

52.       Berikut adalah implikasi pemkembangan sosio-emosi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
kecuali
            (A)       Guru meminta murid menerangkan perspektif orang lain terhadap sesuatu situasi
            (B)       Guru membantu pelajar menilai permasalahan yang sedang mereka hadapi dan yang akan
                         mereka hadapi
            (C)       Guru menggunakan strategi bercerita dan melakukan pembentangan di dalam kelas
                        menggalakkan mereka menggunakan bahasa dan berkomunikasi
            (D)       Guru mempastikan murid saling mendengar antara satu sama lain semasa aktiviti pengajaran
                        dan pembelajaran

53.       Seseorang yang mempunyai konsep kendiri positif akan sentiasa dalam   keadaan berikut kecuali
            (A)       berani mengingkari arahan guru
            (B)       menujukkan kreativiti yang maksima dalam sebarang daya usahanya
            (C)       mempunyai motivasi yang tinggi terhadap tugasan yang diberikan
            (D)       berani mencuba walaupun tidak pasti jawapannya yang sebenar

54.       Watak personaliti seseorang paling dipengaruhi oleh faktor berikut.
            (A)       pengaruh media
            (B)       pengaruh rakan sebaya
            (C)       kualiti asuhan sewaktu kecilnya
            (D)       pengaruh ibu bapa dan peranan guru khasnya di sekolah rendah

55.       Personaliti terdiri daripada dua aspek yang utama iaitu “watak” dan “trait”. Trait membawa maksud
            (A)       cara berfikir individu yang kritis dan kreatif
            (B)       tingkah laku individu yang kukuh dan stabil
            (C)       ciri-ciri individu seperti persepsi, nilai, kecerdasan dan motivasi
            (D)       ciri-ciri yang agak kukuh seperti personaliti introvert dan ekstrovert

56.       Cikgu Ahmad mendapati Budi mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Sangat mahir dalam matematik
  • Sering hidup dalam dunia sendiri
  • Kurang bercakap
 Budi mengalami masalah
            (A)       Autisme
            (B)       Disleksia
            (C)       Sindrom Down
            (D)       Cerebral Palsy

57.       Antara tingkah laku berikut, yang manakah menunjukkan ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran?
            (A)       suka bercakap      
            (B)       suka menconteng
            (C)       tumpuan perhatian singkat
            (D)       sering tidak hadir ke sekolah

58.       Punca berlakunya Sindrom Down ialah
            (A)       kecacatan neurologi
            (B)       kerosakan pada sistem saraf pusat
            (C)       kelebihan satu kromosom dalam sel
            (D)       kandungan biokimia berlebihan dalam badan

59.       Cikgu Hamid mengambil tindakan  berikut ke atas Mimi dalam kelas:

  • Tempatkan dia di sudut yang senyap dan berhampiran dengan tempat duduk guru
  • Sering menegur dan memberi motivasi kepadanya
  • Banyak memberi peluang kepadanya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kelas
  • Memberi tugasan yang mudah kepadanya

Mengapakah Cikgu Hamid bertindak demikian?
(A)       lembam
(B)       terencat akal
(C)       bermasalah pendengaran
(D)       ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)

60.       Tujuan utama pendidikan inklusif adalah untuk
            (A)       memberi peluang pendidikan yang menyeluruh kepada kanak-kanak
            (B)       memberi peluang kepada ibu bapa untuk bekerjasama dalam sistem  pendidikan kanak-
                        kanak biasa
            (C)       mewajibkan ibu bapa kanak-kanak bekeperluan khas memberi pendidikan menyeluruh
                        kepada anak mereka
            (D)       memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas mendapat pendidikan yang
                        menyeluruh seperti kanak-kanak biasa

61  Antara berikut yang manakah bukan aspek dalam potensi perkembangan manusia?
(A)       Perkembangan sosial
(B)       Perkembangan emosi
(C)       Perkembangan sahsiah
(D)       Perkembangan jasmani  
                                                                     
62.  Baka adalah salah satu faktor perkembangan kanak-kanak. Baka merujuk kepada
(A)  ciri-ciri fizikal pada seseorang individu.
(B)  ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibubapa kepada anak-anaknya.
(C) semua pengalaman seseorang individu akan hadapi di rumah, bersama jiran, sekolah dan masyarakat di
      mana dia berada.
(D) bidang yang mengkaji perkembangan fizikal dan persekitaran dalam perkembangan individu.

63.     Peringkat prenatal ialah selama 9 bulan dan terbahagi kepada tiga fasa.   Antara berikut yang manakah yang bukan  fasa-fasa prenatal?
(A)       Pembenihan                                  
(B)       Kelahiran                                                              
(C)       Embrio
(D)       Fetal

64.       Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu.
            Antara penyataan berikut, yang manakah pernyataan yang tepat berdasarkan kenyataan di atas?
I.          Keseimbangan
II.         Kematangan biologi
III.        Interaksi individu dengan persekitaran
IV.       Pengalaman sosial
(A)       I dan II
(B)       I, III, IV
(C)       I, III, IV
(D)       I, II, III dan IV

65.       Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut kecuali
(A)       setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama
(B)       perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu
(C)       kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjelaska perkembangan tahap yang
            berikutnya
(D)       individu bergantung pada diri sendiri tanpa bantuan orang lain

66.       Antara berikut, yang manakah contoh perkembangan emosi yang positif?
(A)       cinta , keyakinan , sanjungan , penghormatan, kebanggaan, kepuasan , bertanggungjawab
(B)       cinta, kepuasan belajar, kepuasan dalam bersukan
(C)       hormati diri sendiri, sanjungan kepada orang lain
(D)       bertanggungjawab kepada tugas dan keluarga

67.       Antara yang berikut manakah jenis personaliti menurut Carl Jung?
(A)       Ekstrovert, introvert dan ambivert
(B)       Ekstravaganza, introvert dan ambivia
(C)       Ekstrovett, introvett dan ambivia
(D)       Ekstravaganza, intonasi dan ambivert

68.       Kategori Kanak-Kanak Berkeperluan Khas kecuali
(A)       Masalah kecacatan fizikal
(B)       Masalah penglihatan
(C)       Masalah pendengaran
(D)       Masalah sakit mulut

Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek kognitif, fizikal dan emosi.

69.      Penyataan berikut menerangkan tentang
(A)      fitrah kejadian manusia mengikut perspektif agama
(B)      fitrah kejadian manusia mengikut perspektif biologi
(C)      fitrah kejadian manusia dan kaitannya dengan potensi
(D)      perkembangan rohani

70.      “Setiap individu berbeza dari segi biologi dan genetik.“  Teori tersebut dikemukakan oleh :
           (A)      Jean Piaget
           (B)      Vladimir Lenin
           (C)      Dobzhansky
           (D)      Bronfenbrenner

Dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial.

71.   Penyataan berikut menerangkan tentang
(A)       peringkat bayi
(B)       peringkat awal kanak-kanak
(C)       peringkat kanak-kanak
(D)       peringkat awal remaja


72.    BAYI

     Gambarajah di atas menerangkan
(A)       proses meiosis
(B)       proses mitosis
(C)       proses persenyawaan
(D)       proses pembentukan bayi

73.       Proses persenyawaan berlaku apabila
(A)       sperma bapa bersatu dengan ovum ibu
(B)       zigot membahagi dua dan setiap bahagian melalui pembahagian sel
(C)       setiap ovum mencapai tahap kematangan setiap 28 hari di dalam ovari
(D)       ovum ibu bergabung dengan sperma bapa di bahagian atas tiub falopio bersebelahan dengan ovari

74.       Pada peringkat awal kanak-kanak iaitu pada umur 2 – 6 tahun, pengajaran  dan pembelajaran di dalam kelas guru hendaklah seperti berikut.
(A)       Guru hendaklah membantu kanak-kanak setakat mana yang perlu dan elakkan daripada
            membanding antara kanak-kanak kerana mereka berkembang pada tahap yang berbeza
(B)       Guru boleh merancang aktiviti seperti ceramah dan kaunseling
(C)       Kanak-kanak hendaklah diberi kesedaran tentang gaya hidup sihat   terutamanya dari segi
            pemakanan, senaman, dan mengelakkan aktiviti negatif seperti merokok dan mengambil dadah
(D)       Guru hendaklah merancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan menjadikannya satu aktiviti
            sosial yang sihat

75.       Perspektif Nativis berasaskan kepada teori perkembangan otak yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Siapakah yang mempelopori perspektif ini?
(A)       Ivan Pavlov
(B)       Naom Chomsky
(C)       Skinner
(D)       Thorndike

76.       Pada peringkat ini, egosentrik kanak-kanak mula luput secara beransur-ansur. Peringkat apakah yang dimaksudkan dalam pernyataan ini?
(A)       Peringkat Operasi Formal
(B)       Peringkat sensori motor
(C)       Peringkat pra operasi
(D)       Peringkat Operasi Konkrit

77.       Emosi manusia adalah satu fenomena khas.
Ketawa menunjukkan kita gembira.  Ketawa boleh menghapuskan perasaan runsing, dengki, marah, hina atau rendah diri dan sebagainya.

            Antara berikut, ketawa merupakan salah satu daripada emosi
(A)       terkawal
(B)       positif
(C)       gembira
(D)       riang

78.       Cinta, dendam, keyakinan, sanjungan, murung, penghormatan, kebanggaan,     kepuasan, bertanggungjawab dan sebagainya adalah sebahagian daripada emosi?
I.          negatif
II.         pasif
III.        aktif
IV.       positif
            (A)       I dan II sahaja
            (B)       II dan III sahaja
            (C)       I dan IV sahaja
            (D)       II, III dan IV

79.       Antara berikut yang manakah maksud introspeksi?
(A)       Emosi ini mempengaruhi kesihatan dan membawa perasaan pesimistik
(B)       Kaedah perubatan yang digunakan oleh pesakit mental
(C)       Penyakit yang selalu dialami orang dewasa
(D)       Satu cara untuk mengenalpasti emosi kendiri

80.       Antara berikut, yang manakah bukan merupakan peranan guru dalam membentuk perkembangan personaliti murid.
(A)       Selalu memarahi murid sekiranya membuat kesalahan
(B)       Menyerahkan bulat-bulat kepada ibu bapa untuk menentukan hala tuju anak-anak mereka
(C)       Sentiasa memahami tingkah laku murid-murid
(D)       Tidak mengambil perhatian kepada mereka


  • Kebakaan
  • Pengalaman awal individu
  • Latar belakang sekolah
  • Pengaruh keluarga
  • Peranan media
  • Pemakanan
  • Pengaruh sosiobudaya

81.      Penyataan di atas merupakan
(A)       faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan personaliti
(B)       peranan guru dalam membentuk personaliti murid
(C)       konsep kendiri seseorang
(D)       teori Behaviourisme

82.       Antara berikut, pilih faktor yang boleh menyebabkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif kepada kanak-kanak.
                        I.          kemerosotan nilai-nilai murni
                        II.         pengaruh persekitaran
                        III.        selalu meminta pertolongan
                        IV.       ibu bapa yang menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada anak-anak
(A)       I sahaja
(B)       I, II dan IV
(C)       I, II dan III
(D)       Semua di atas

83.       Epilepsi adalah
(A)       kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasi badan
(B)       penyakit sawan yang disebabkan oleh masalah neurologi yang menyebabkan  kanak-kanak
            mengeletar
(C)       kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada bahagian bawah badan
(D)       kanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna

84.       Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran, guru haruslah
(A)       bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau
            semasa mengajar
(B)       menjerit atau meninggikan suara kepada mereka sekiranya mereka tidak dengar
(C)       memberi perhatian kepada susunan bilik darjah
(D)       mengajar mereka di kawasan yang bising

85.       Pilih penyataan yang betul.
I.          Masalah pendengaran terbahagi kepada dua iaitu separa pekak dan pekak
II.         Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz cetakan yang besar dan sesuai
             bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan
III.        Kanak-kanak keperluan khas tidak boleh diberi persekolahan dan diajar kerana mereka
             menyusahkan guru-guru
IV.       Asthma adalah masalah pernafasan yang berlaku apabila tiub bronchial daripada saluran pernafasan
            kerongkong menjadi sempit
            (A)       I, II dan III
            (B)       I, III dan IV
            (C)       I, II dan IV
            (D)       II, III dan IV

  • Mulut sentiasa terbuka
  • Lidah yang tebal, kasar dan pendek
  • Mata sentiasa berair dan merah
  • Mata sepet dan bentuk muka yang kecil 
  • Berbadan gempal dan pendek
  • Badan yang agak bongkok
  • Suka bermanja
  • Suka bermain
  • Dapat bergaul dengan orang lain dengan baik

86.      Pernyataan di atas menerangkan
(A)       lembam
(B)       terencat akal
(C)       autisme
(D)       Sindrom Down

87.       Sebagai seorang guru, kita

(A)       sentiasa membuat perhitungan atau perbandingan antara kanak-kanak
(B)       hendaklah mempunyai sikap yang baik dan mempunyai   kemahiran bagi membantu kanak-kanak keperluan khas ini
(C)       boleh berputus asa apabila gagal mendidika kanak-kanak keperluan khas
(D)      menengking dan menjerit ke arah kanak-kanak apabila gagal mengawal mereka

88.       Komponen utama nitrogen dalam DNA adalah seperti berikut, kecuali
(A)       Adenina
(B)       Timina
(C)       Sitosina
(D)       Nukleotida

89.       Berikut merupakan prinsip dalam teori Havighurst,  kecuali
(A)       Pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai.
(B)       Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian kepada
            individu.
(C)       Perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu.
(D)       Perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nialai-nilai,    norma dan budaya
            masyarakat.

90.       Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh beberapa faktor.  Antaranya termasuklah faktor persekitaran. Apakah faktor yang lain selain daripada faktor tersebut?
(A)       Rakan sebaya
(B)       Baka
(C)       Penduduk
(D)       Iklim

91.       Menurut Carl Jung terdapat tiga jenis personaliti seseorang individu. Antara berikut, yang manakah bukan jenis personaliti seseorang individu yang   dinyatakan oleh Carl Jung?
(A)       Ekstrovert
(B)       Introvert
(C)       Id
(D)       Ambivet

92.       Perkembangan personaliti individu dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut kecuali
(A)       Latar belakang sekolah
(B)       Peranan media
(C)       Baka
(D)       Haiwan ternakan


93.       Potensi merujuk kepada keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju ke hadapan.
            Antara berikut, yang manakah tidak boleh menghuraikan potensi manusia?
(A)       Perkembangan intelek
(B)       Perkembangan rohani
(C)       Perkembangan kesihatan
(D)       Perkembangan jasmani

94.       Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan.
            Penyataan diatas menerangkan perkembangan kanak-kanak pada peringkat
(A)       Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun)
(B)       Peringkat kanak-kanak (9-11 tahun)
(C)       Peringkat awal remaja (12-15 tahun)
(D)       Peringkat remaja (15-20 tahun)

95.       Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget iaitu semasa berusia 7-11        tahun kanak-kanak mengalami suatu tahap yang dinamakan
            (A)       operasi formal
            (B)       pra operasi
            (C)       operasi konkrit
            (D)       operasi motor

96.       Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan yang dilihat?
            (A)       4-8 bulan
            (B)       8 bulan- 1 tahun
            (C)       1-1.5 tahun
            (D)       1.5- 2 tahun

97.       Umumnya, pada usia berapakah kanak-kanak tahu bagaimana untuk menggunakan perkataan?
            (A)       6 bulan
            (B)      15 bulan
            (C)       3 tahun
            (D)       5 tahun

98.       Antara yang berikut merupakan komponen yang terdapat dalam emosi kecuali
            (A)       komponen kognitif
            (B)       komponen fisiologikal
            (C)       komponen behavorial
            (D)       komponen psikomotor

99.       Apakah faktor yang mempengaruhi personaliti dalam perkembangan kendiri?
(A)       Rakan sebaya
(B)       Guru
(C)       Persekitaran
(D)       Makanan


  • penyakit sawan yang disebabkan masalah neurologi
  • menyebabkan kanak-kanak menggeletar.                                        

100.    Mengikut ciri-ciri di atas, apakah jenis penyakit  tersebut?
(A)       Spina bifida
(B)       Limb deficiencies
(C)       Cerebral palsy
(D)       Epilepsi

101.     Secara biologi, manusia diklasifikasikan sebagai Homo sapiens. Apakah yang dimaksudkan dengan Homo sapiens?
(A)       Beruk yang mempunyai keupayaan, pemikiran dan kecergasaan yang tinggi berbanding beruk jenis
            yang lain.
(B)       Binatang yang melalui proses pembesaran atau pertumbuhan yang luar biasa.
(C)       Sebuah spesies primate dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi.
(D)       Haiwan daripada golongan mamalia yang mempunyai kemampuan berfikir yang tinggi.

102.     Berikut merupakan konsep perkembangan kanak-kanak kecuali
(A)       Perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang
            berlainan dari sifat yang lebih awal
(B)       Perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat
            percambahan sehingga ke akhir hayat
(C)       Perubahan yang bersifat kualitatif, tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula
            semenjak percambahan sel sehingga ke   akhir hayat organisma
(D)       Keadaan dimana manusia mengalami proses pembesaran dan pertumbuhan berdasarkan fitrah
            kejadian manusia

103.     Baka merupakan antara faktor-faktor perkembangan kanak-kanak.  Berikut merupakan penerangan bagi faktor baka kecuali
(A)       Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen.
(B)       Baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen.
(C)       Baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu
            kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi.
(D)       Baka menentukan segala proses pembesaran seoarang kanak-kanak.

104.    Penyataan berikut merupakan prinsip perkembangan kanak-kanak kecuali
(A)       Proses perkembangan kanak-kanak berlaku secara tertib atau teratur
(B)       Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada
            keadaan spesifik.
(C)       Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah satu proses yang berlaku secara berterusan.
(D)       Perkembangan kanak-kanak bergantung sepenuhnya kepada persekitaran kanak-kanak tersebut.

105.    Kenyataan berikut merupakan fakta prinsip-prinsip perkembangan fizikal kanak-kanak kecuali            
(A)       Perkembangan bermula dari kepala dan beransur ke kaki.
(B)       Arah perkembangan berlaku daripada luar badan dan berterusan ke tengah.
(C)       Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.
(D)       Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik.

106.    Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam perkara berikut  kecuali
(A)       ketinggian
(B)       berat badan
(C)       menjadi lebih kuat
(D)       pertambahan bilangan mata

107.    Antara perkara berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak.
I.    Baka dan keturunan
II.   Pemakanan
III.  Status sosio-ekonomi
IV. Cita-cita
(A)       I, II, III
(B)       I, II, IV
(C)       I, III, IV
(D)       II, III, IV

108.    Antara perkara berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak, kecuali
(A)       Persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah
(B)       sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya
(C)       pengaruh rakan sebaya
(D)       pemakanan

109.    Antara kenyataan berikut, yang manakah bukan ciri-ciri yang terdapat dalam perkembangan bahasa kanak-kanak pada peringkat 2- 6 tahun.
(A)       Berkembang kepada 3-5 patah perkataan.
(B)       Menggunakan gaya bahasa yang salah
(C)       Sifat egosentrik masih menguasai kanak-kanak pada peringkat ini.
(D)       Boleh bercakap dengan fasih tanpa kesalahan tatabahasa.

110.    Sejak dari lahir lagi bayi sudah mempunyai berbagai jenis emosi. Berikut merupakan emosi yang ada pada bayi pada enam bulan pertama, kecuali ..
(A)       Sedih
(B)       Gembira
(C)       Takut
(D)       Rasa bersalah

111.    Antara pernyataan berikut, yang manakah merujuk kepada senyuman bayi iaitu senyuman reflektif?
(A)       Seperti bayi yang tersenyum sewaktu tidur iaitu tanpa rangsangan luar.
(B)       Senyuman bayi apabila rasa selesa, selamat dan disayangi.
(C)       Senyuman bayi apabila diusik.
(D)       Seperti bayi yang tersenyum ketika dibelai.

112.    Yang manakah antara faktor-faktor yang mempengaruhi perlekatan dalam perkembangan sosio-emosi kanak-kanak?
I.          Peluang untuk perlekatan
II.         Situasi keluarga
III.        Pengalaman kanak-kanak
IV.       Kualiti asuhan
(A)       I, II, III
(B)       I, II, IV
(C)       I, III, IV
(D)       II, III, IV

113.    Berikut merupakan konsep kendiri yang diberikan oleh beberapa golongan yang terlibat aktif dalam Perkembangan Kanak-Kanak kecuali
(A)       Kendiri merupakan pengangan hidup seseorang berdasarkan cara pemikiran individu
(B)       Satu organisasi atau aturan persepsi yang konsisten yang dilihat   sebagai “aku”, “saya” atau “diri”
(C)       Seseorang individu tentang dirinya kepada orang lain secara sedar dengan menggunakan perkataan
            “saya” atau “aku”
(D)       Penerimaan orang lain terhadap dirinya dan bagaimana layanan yang diperolehi daripada
            keluarga, masyarakat dan persekitaran

114.    Setiap individu mempunyai konsep kendiri sama ada dari segi positif ataupun negatif bergantung kepada keperluan persekitarannya.  Bagaimanakah cara untuk mengenali konsep kendiri seseorang?
(A)       Gaya bercakap, cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara seseorang berinteraksi
            dengan persekitaran.
(B)       Gaya berjalan, kewangan dan kemewahan.
(C)       Cara bertindak, berfikiran waras, menerima teguran dan pendapat orang lain mengenai dirinya
            dengan baik.
(D)       Bertasusila, beradap.sopan santun bersesuaian dengan ciri-ciri masyarakat Timur, beretika dalam
            tugas dan mudah berkerjasama dengan kumpulan masyarakat.

115.    Carl Jung telah mengklasifikasikan  3 jenis personaliti.  Penyataan manakah yang tidak menerangkan personaliti jenis introvert.
(A)       Lebih menumpukan kepada aspek dalaman.
(B)       Introvet mempunyai ciri individu uan pasif, pemalu, sensitive, gemar berseorangan, cermat, reflekstif
            dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerja, boleh dipercayai dan bersedia
            menanggung risiko.
(C)       Suka bergaul, aktif, dan sentiasa bersosial dalam masyarakat
(D)       Golongan ini suka merancang perkara-perkara akan datang dan suka akan kehidupan yang teratur.

116.    Berikut adalah masalah-masalah pembelajaran akademik kecuali :
(A)       Membaca                                                    
(B)       Menaakul                                      
(C)       Menulis
(D)       Mengira

117.    Manakah antara berikut bukan langkah/ kaedah menangani kanak-kanak bermasalah tingkah laku :
(A)       Hukuman ringan                                    
(B)       Mengajar tingkah laku yang
(C)       Peneguhan positif
(D)       Tidak peduli

118.    Berikut adalah ciri-ciri kanak-kanak keperluan khas kecuali :
(A)       Kecacatan fizikal                          
(B)       Deria bau                                                  
(C)       Penglihatan
(D)       Pertuturan

119.    Kanak-kanak sindrom down mempunyai tahap IQ yang rendah. Manakah antara berikut adalah tahap IQ kanak-kanak sindrom down :
            (A)       10-50                                  
(B)       20-60                                              
(C)       30-80
(D)       40-90

120.    Manakah antara berikut bukan kecacatan fizikal?
(A)       Epilepsi                                                      
(B)       Limb deficiencies                          
(C)       Muscular dystrophy
(D)       Sense of smell disability


121.    "Merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada".  Hal ini menerangkan
(A)       skema
(B)       asimilasi
(C)       akomodasi
(D)       adaptasi

122.    Terdapat ............... tahap perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget.
            (A)       1
            (B)       2
            (C)       3
            (D)       4

123.    Tahap sensori motor dikenali juga sebagai
            (A)       tahap praoperasi
            (B)       tahap deria motor
            (C)       tahap operasi konkrit
            (D)       tahap operasi formal

124.     Yang mana satu bukan sebahagian daripada superego?
(A)       Hati nurani (conscience)
(B)       Prinsip keseronokan (pleasure principle)
(C)       Keunggulan ego (ego ideal)
(D)       Kesempurnaan kendiri (Self Actualization)

125.    Bahagian manakah yang menyebabkan kanak-kanak dapat menahan masalah anal sehingga mereka sampai ke tandas?
            (A)       Id
            (B)       Ego
            (C)      Superego

126.    Pada tahap manakah naluri seks menjadi dominan?
(A)       Latency
(B)       Phallic
(C)       Genital

127.    Pada tahap manakah kanak-kanak mula bergaul dengan rakan sama jantina dan hubungan dengan ibu bapa menjadi stabil?
(A)       Latency
(B)       Phallic
(C)       Genital

128.   Apakah kecenderungan dalam kajian Sigmund Freud?
(A)       Kesedaran manusia
(B)       Keseparuhan kesedaran manusia
(C)       Ketidaksedaran manusia

129.   Pada stuktur personaliti yang mana satukah merupakan bahagian tidak sedar?
(A)       Id
(B)       Ego
(C)       Superego

130.    Menurut Freud, semua tingkah laku adalah didorong oleh
(A)       Id
(B)       Ego
(C)       Superego

131.    Mengikut teori Sigmund Freud,  personaliti dewasa manusia terbentuk pada umur berapa tahun?
(A)    3
(B)    5
(C)    7

132.   Jika seseorang remaja tidak menjaga kebersihan bilik tidurnya, mengikut Freud pada tahap perkembangan manakah tidak dipuaskan?
(A)       Oral
(B)       Anal
(C)       Phallic

133.   Yang mana satukah bukan merupakan contoh personaliti penahanan anal?
(A)        Kedekut
(B)        Terlalu kemas
(C)       Suka bercakap

134.    Apakah ciri-ciri yang dikatakan seseorang telah mencapai tahap yang terakhir iaitu tahap genital?
I.          Tubuh badan mengalami kematangan
II.         Pemikiran sedang berkembang secara tidak anjal
III.        Tidak mengalami kecelaruan
(A)       I dan II
(B)       II dan III
(C)       I dan III

135.    Pada peringkat yang manakah manusia itu akan mempunyai kepuasan daripada mulut?
(A)       Tahap Anal
(B)       Tahap Oral
(C)       Tahap Latency

136.  Kompleks oedipus berlaku pada ..............apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada .................nya.
(A)         (A)    kanak-kanak perempuan, bapa
(B)         (B)    kanak-kanak lelaki, bapa
(C)        (C)     kanak-kanak lelaki, ibu

137.   Kompleks elektra berlaku pada .............  apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada    ...............nya.
(A)         kanak-kanak perempuan, bapa
(B)         kanak-kanak lelaki, bapa
(C)        kanak-kanak lelaki, ibu

138.   Peringkat falik yang paling kritikal ini akan menentukan kepesatan  .................. yang berkembang dalam diri seorang individu.
(A)        Mulut
(B)        Otak
(C)       Seksual

139.    Menurut teori psikologi perkembangan Freud,  pada peringkat manakah individu mula dengan peranan sosialisasi, pelaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan persediaan perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional?
(A)        tahap genital
(B)        tahap dewasa
(C)        tahap phallic

140.    Pada peringkat manakah manusia itu harus dijaga dengan baik supaya dia tidak termakan bahan yang merbahaya?
(A)       tahap oral
(B)       tahap anal
(C)       tahap latency

141.    Pada peringkat manakah kes merogol paling mungkin berlaku?
(A)        tahap phallic
(B)        tahap latency
(C)       tahap genital

142.    Dalam perkembangan deria motor, berapakah tahap yang didasarkan pembahagian mengikut umur?
(A)       2
(B)       4
(C)       6
(D)       8

143.    Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan yang dilihat?
(A)       4 – 8 bulan
(B)       8 bulan – 1 tahun
(C)       1 – 1.5 tahun
(D)       1.5 – 2 tahun

144.    Pernyataan manakah yang salah?
(A)       Pada umur 1-4 bulan, bayi mula bertindak balas dengan menggerakkan kepala dan mata pada
            sumber bayi.
(B)       Pada umur 8-12 bulan, bayi mengalami proses cuba jaya yang mudah.
(C)       Sejak lahir hingga 1 bulan, bayi masih tidak mampu melakukan      gerakan.
(D)       Kanak-kanak belum berkeupayaan untuk memahami aktiviti permainan    pada umur 19 bulan.

145.  Apakah yang berlaku pada kanak-kanak berumur 1 tahun 5 bulan?
(A)      berlakunya proses peniruan
(B)      mengalami proses cuba jaya yang mudah
(C)      hanya mampu melakukan genggaman
(D)      mula memahami fungsi individu dalam rumahtangga

146.    Apakah unsur-unsur yang ada pada tahap deria motor?
I.          pemahaman tentang akibat dan ruang
II.         dapat membuat keputusan
III.        konsep tentang objek
IV.       kebolehan mengira
(A)       I dan II
(B)       II dan III
(C)       III dan IV
(D)       I dan III

0 comments:

Post a Comment