EDU 3105 (2 Ogos
2013)
(TMK – individu)
- Berdasarkan model ASSURE, jelaskan bagaimana anda merancang satu sesi pengajaran bagi satu topic mata pelajaran yang dipilih dengan melibatkan penggunaan media pengajaran yang sesuai (40%)
- Andaikan media yang dipilih adalah video, cadangkan bagaimana anda menghasilkan video yang berkesan dan berikan justifikasi setiap cadangan berkenaan (40%)
- Refleksi (20%)
WAJ 3107 (17 Ogos
2013)
(Seni dalam
Pendidikan – 1 kumpulan 12 orang)
- Membuat persembahan berkumpulan dengan menekankan kepada 3 komponen Seni Dalam Pendidikan serta penghubungkaitannya dengan pendekatan bertema. Persembahan mesti meliputi kepentingan imaginasi, emosi, ekspresi dan kreativiti agar dapat mewujudkan pembelajaran yang optima, bersepadu dan menyeronokkan. (Gabungjalin matapelajaran lain sangat dialu-alukan)
- Persembahan perlu kreatif dengan gubahan muzik, unsur seni dan pergerakan yang dicipta sendiri atau imitasi daripada sumber yang sesuai.
- Menurut teori Konstruktivisme, “murid membina sendiri pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada”. Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas. Persembahan perlu merangkumi ciri pembelajaran secara konstruktivisme.
- Masa persembahan: 15 – 20 minit
BMM 3108: 22 Ogos
2013
(Linguistik –
kumpulan 3/4 orang)
- Esei pendek (40%). Pilih seorang tokoh linguistic Barat yang mempelopori aliran-aliran pemikiran linguistic. Huraian anda mestilah berdasarkan kemantapan idea dan kepentingan ilmu dalam kajian linguistic bahasa Melayu. Analisis sumbangan beliau berdasarkan kepentingan linguistic masa kini. Tajuk 1 hendaklah dihantar dalam bentuk hardcopy
- Pembinaan Rancangan Mengajar Harian (20%). Berdasarkan teori yang dipelopori oleh tokoh linguistic tersebut, bina sebuah RPH selama 40-60 minit dengan menerapkan pendekatan, kaedah dan teknik kemahiran bahasa yang dipilih. Anda dikehendaki menggunakan teknik pengajaran power point.
- Pembinaan bahan bantu mengajar (20%). BBM hendaklah diinovasikan sebagai bahan ICT. Kedua-dua tajuk 2 dan 3 haruslah disiapkan dalam bentuk soft copy sahaja.
- Penulisan refleksi.
BMM 3107: 26 Ogos
2013
(Fonetik &
Fonologi – individu)
- Sediakan rakaman audio daripada laman sesawang Youtube bahasa Melayu yang bersesuaian. Analisis dialek dari sudut fonetik dan fonologi dialek bahasa Melayu. Transkipsikan dialog berdasarkan rakaman daripada Laman sesawang youtube tersebut. (40%)
- Menjelaskan teori fonetik dan fonologi bahasa Melayu di Malaysia (40%)
- Refleksi (20%)
0 comments:
Post a Comment