1. (a) Kajian Ainsworth (1973) tentang strange situation mendapati bahawa bayi tidak berasa senang dengan kehadiran orang yang tidak dikenali.
Huraikan prosedur kajian Ainsworth berdasarkan aspek-aspek seperti berikut:
- Situasi yang agak asing
- Kerisauan bila melihat orang yang tidak dikenali
- Kerisauan apabila dipisahkan daripada orang yang sering didampinginya
- Rujukan keselamatan (safe base)
(b) Dalam bilik darjah Cikgu Ismail terdapat dua orang pelajar yang bermasalah
pembelajaran. Mereka menonjolkan ciri-ciri seperti berikut:
Pelajar A :
- Kerap memulakan pergaduhan
- Berlari keliling bilik darjah apabila guru sibuk melayani pelajar lain
- Sentiasa bergerak (on the go) seolah-olah digerakkan oleh motor dalaman
Pelajar B :
- Artikulasi sebutan “nacik” untuk “nasi”, “be’ak” untuk “berak” dan “ammanimal” untuk “animal”
- Kelancaran : Gagap. Pelajar melakukan pengulangan dan pemanjangan sebuatan “baaapa” untuk “bapa”.
Merujuk kepada kes setiap pelajar di atas, huraikan satu punca
berlakunya masalah pembelajaran pelajar tersebut dan satu cadangan
bagaimana guru boleh mengatasi masalah pembelajaran bagi setiap murid di atas.
2. (a) Menurut Erik Erikson, lapan peringkat
perkembangan sosio-emosi kanak-kanak akan mempengaruhi tingkah laku semasa
dewasa.
Jelaskan mana-mana peringkat perkembangan sosio-emosi seseorang kanak-kanak dan cabaran yang dihadapinya pada setiap peringkat perkembangan tersebut.
Peringkat
Psikososial
|
Umur
|
Cabaran
|
Percaya lawan
tidak percaya
|
0-1 tahun
|
Perasaan bahawa
dunia adalah tempat yang selamat
|
Autonomi lawan
malu dan kurang percaya
|
1 – 3 tahun
|
Kesedaran bahawa
seseorang adalah bebas untuk membuat keputusan
|
Usaha lawan rasa
bersalah
|
3 – 6 tahun
|
Kerelaan utuk
mencuba benda baru dan keupayaan untuk menerima kegagalan
|
Kerajinan lawan
rasa rendah diri
|
6 – baligh
|
Mempelajari
kemahiran asas dan kerjasama dengan orang lain
|
Identiti lawan
kekeliruan
|
remaja
|
Mengembangkan
rasa keupayaan yang berkekalan
|
Kemesraan lawan
pengasingan
|
awal dewasa
|
Menunjukkan
hubungan mesra antara satu sama lain
|
Generativiti
lawan statik
|
pertengahan
dewasa
|
Memberi sumbangan
kepada masyarakat
|
Integriti lawan
kegagalan
|
tua
|
Menghargai
kehidupan diri
|
(b) Kanak-kanak pintar cerdas secara semula jadi menunjukkan ciri-ciri pembelajaran yang cemerlang. Senaraikan lima ciri pembelajaran cemerlang tersebut.
- Mereka mempunyai kuasa pemerhatian dan dapat mengesan maklumat secara terpeinci.
- Banyak membaca buku dan majalah yang sesuai kepada kanak-kanak yang lebih dewasa.
- Mereka menggemari aktiviti intelektual.
- Mereka mempunyai kuasa pengamatan, konsep dan sintesis yang berkembang baik.
- Mereka dapat mengaitkan hubungan kesan dan akibat.
- Mereka sering menanyakan soalan dan mendapatkan maklumat.
- Mereka kritis, dapat menilai dengan tepat dan dapat mengesan yang tidak konsisten.
- Mereka menyimpan maklumat yang banyak dan pelbagai topid dan dapat mengingat kembali dengan cepat.
- Mereka mudah menguasai prinsip-prinsip dan membuat generalisasi tentang sesuatu peristiwa, orang atau objek.
- Mereka cepat menanggap kesamaan, keserupaan, perbezaan dan anomili.
- Mereka sering menganalisis komponen yang kompleks secara sistematik.
(c) Sebagai seorang guru pendidikan khas cadangkan lima aktiviti untuk
pelajar pintar cerdas dalam bilik darjah.
- Kajian tambahan dalam sesuatu mata pelajaran – papan buletin, poster
- Mewujudkan bahan resos yang mudah diakses dalam bilik darjah.
- Mengingatkan pustakawan untuk menyediakan bahan-bahan yang pada aras yang tinggi mengikut minat pelajar.
- Beri bahan-bahan yang mencabar.
- Susun bahan supaya kanak-kanak dapat mengakses tanpa bantuan.
- Sediakan peluang untuk kanak-kanak mengakses maklumat melalui ICT.
3. (a) Teori Sosio-Emosi Bowlby (1989) menekankan teori Ethology (The of Attachment).
i. Secara ringkas terangkan tiga aspek dalam Teori Perapatan (Theory of Attachment).
- Semua haiwan dan manusia dilahirkan dengan isyarat semula jadi yang mempengaruhi perkembangan tingkah laku sosial seperti merapatkan kepada orang yang didampingi.
- Hubungan perapatan yang erat mempengaruhi kehidupan sepanjang hayat individu seperti hubunga kuat antara ibu dengan anak.
- Perapatan yang terbentuk dari jalanan kasih sayang akan mengeratkan hubungan kuat antara dua orang.
ii. Cadangkan dua cara
bagaimana guru boleh mengeratkan hubungan dengan pelajar berdasarkan kepada
Teori Perapatan (Theory of Attachment).
- Menambahkan kekerapan interaksi dengan pelajar
- Menambahkan keyakinan perhubungan antara guru dan pelajar
- Memahami keperluan dan aspirasi pelajar
- Guru perlu lebih profesional dan menaruh kepercayaan kepada pelajar
- Interaksi antara guru dan murid perlu tekal / konsisten
- Guru berperanan sebagai pakar rujuk / mentor dan kaunselor
- Selalu mengambil berat masalah peribadi pelajar
(b) Amin menghadapi masalah pembelajaran
Matematik. Dia sukar mengingat makna untuk simbol atau sukar
menyelesaikan masalah matematik. Tambahan pula dia sukar ikut turutan
dalam menyelesaikan masalah.
i. Jelaskan empat simptom lain yang mungkin terdapat pada Amin.
- Kurang keupayaan mengumpul atau memproses makluat yang diterima dalam ingatan
- Keupayaan intelek pada tahap sederhana atau melebihi tahap sederhana
- Kesukaran memproses maklumat dari ingatanjangka pendek dan jangka panjang
- Kepayahan untuk memberi fokus kepada proses pembelajaran dalam kelas
- Sukar bercampur dan berkongsi maklumat atau pendapat dalam kumpulan
- Sukar menyuarakan pendapat dalam kerja kumpulan
- Lambat untuk membuat keputusan dan saling bergantung kepada rakan sebaya untuk bertindak
ii. Bagaimanakah guru boleh
membantu Amin yang dikategorikan sebagai kanak-kanak lembam dalam pelajarannya.
- Mengubah pengajaran yang abstrak kepada yang konkrit : kemahiran membaca
- Elak daripada membuat generalisasi – elak daripada menyuruh pelajar mengaplikasikan konsep kepada situasi baru dengan memberi arahan lengkap
- Pembentukan sub-skill – kanak-kanak boleh menggunakan kemahiran asas untuk perkembangan kemahiran lanjutan
- Pengajaran secara terus (direct instruction) – pelajar memberi maklumbalas secara terus dengan menggunakan strategi motivasi
- Rancangan pendidikan individu (RPI) – guru menyediakan RPI khas untuk keperluan pelajar iaitu strategi ABM dan aktiviti
4. (a) Jelaskan secara terpeinci ciri-ciri perkembangan kognitif peringkat operasi konkrit menurut pandangan J. Piaget yang boleh dimanfaatkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
- Kebolehan berfikir secara logik tetapi terikat dalam situasi yang konkrit
- Sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation)
- Sudah menguasai proses pengelasan
- Boleh menyusun mengikut siri atau secara bersiri; dan
- Mula bersosial semasa bermain atau membuat aktiviti bersama
(b) Huraikan implikasi perkembangan kognitif peringkat operasi konkrit oleh J.
Piaget tersebut terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam usaha untuk
meletakbetul (repositioning) tingkah laku murid dalam bilik darjah.
- Boleh terus menggunakan bahan yang konkrit untuk murid mempelajari sesuatu yang baru
- Memberi peluang kepada murid untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang digunakan dalam aktiviti dalam bilik darjah
- Memastikan bahawa aktiviti-aktiviti pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun
- Menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman sedia ada murid; dan
- Memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik
5. (a) Terangkan dengan terpeinci peranan-peranan guru untuk membentuk personaliti distintif iaitu merangkumi pemikiran dan emosi supaya murid-murid dapat mengadaptasikan diri dengan kehidupan mereka.
- Memastikan murid-murid mengambil bahagian secara aktif dalam pengajaran dan pembelajar
- Kaedah mengajar, aktiviti-aktiviti serta bahan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan kebolehan murid
- Mengadakan banyak aktiviti kumpulan dalam bilik darjah
- Menjalankan sesi kaunseling dengan murid introvert
- Mendedahkan murid dengan aktiviti luar
(b) Bincangkan cara-cara guru dapat membantu pembentukkan konsep kendiri dalam
kalangan murid-murid supaya mereka mempunyai pandangan yang positif untuk
menyesuaikan diri dengan orang lain dan persekitaran dengan mudah.
- Hendaklah menerima murid seadanya
- Merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan murid-murid
- Hendaklan mengelakkan unsur-unsur diskriminasi dalam kalangan murid-murid
- Mengelak daripada mencetuskan suasana persaingan yang tidak positif dalam bilik darjah
- Menggalakkan penyertaan sercara menyeluruh dalam semua aktiviti yang dirancangkan atau dijalankan
6. (a) Huraikan ciri-ciri kanak-kanak yang
memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus dari aspek masalah fizikal.
- Mengalami ketidakupayaan fizikal seperti tubuh badan yang tidak seimbang dan menggigil
- Mengalami ketiakupayaan neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf rosak
- Mengalami kelukaan ortopedik sepert luka tulang, sendi dan otot
- Mengalami masalah sendi-sendi yang kaku
- Mengalami masalah koordinasi motor
(b) Huraikan implikasi-implikasi kanak-kanak bermasalah kecacatan fizikal terhadap
pengjaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
- Penggunaan pemegang buku untuk membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku
- Penggunaan buku teks elektronik
- Penggunaan komputer
- Penggunaan pen dan pensil khas yang tidak memerlukan tekanan yang kuat
- Guru perlu mengetahui prosedur untuk membantu kanak-kanak seperti penyakit sawan
7. Manusia memahami dunia luar atau persekitaran melalui proses berfikir.
Perkembangan intelek berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru
dengan mengaiktkannya kepada pengalaman lampau.
(a) Berikan empat faktor yang mempengaruhi perkembangan intelek kanak-kanak.
BAKA
- Kecacatan mental – rencatan mental oleh pewarisan gen yang resesif daripada ibu bapa. Contoh penyakit fenilketonuria
- Kecerdasan – mewarisi bentuk fisikal, kelenjar deria, otak dan bentuk lain yang penting untuk perkembangan kecerdasan. Contoh : Sindrom Down
- Kromosom yang lebih / kurang
INTELEK
- Pemakanan – ikan utuk perkembangan otak
- Keluarga / ibu bapa / adik beradik
- Rakan sebaya
- Sekolah
- Guru
- Sebaran am – TV pendidikan / media masa
- Tempat tinggal, kemudahan (bandar / luar bandar)
- Masyarakat
(b) Cadangkan lima cara seorang
guru boleh menggalakkan perkembangan
bahasa dalam kalangan kanak-kanak (7 – 12 tahun).
- Kaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman konkrit dan kontekstual
- Gunakan strategi P&P yang pelbagai seperti nyanyian, bercerita, permainan silang kata, perbincangan kumpulan
- Beri peluang dan ruang untuk kanak-kanak menggunakan bahasa seperti pertandingan pidato, berbahas, forum dll.
- Galakkan kanak-kanak membaca buku / majalah / internet dll. untuk mendapat maklumat dan tidak bergantung kepada maklumat daripada guru
- Gunakan ICT semasa mengajar bahasa – untuk menarik minat
- Adakan kempen budaya membaca
- Adakan pelbagai pertandingan bahasa supaya kanak-kanak mempunyai peluang utuk menunjukkan kemahiran berbahasa
8. Mei Lan mempunyai jenis personaliti yang introvert semasa di kelas.
(a) Berikan empat cara pelaksanaan seorang guru untuk mengelakkan Mei Lan daripada terus mengasingkan diri semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
- Jangan terlalu memberi beliau bergantung kepada guru kelasnya 100%
- Membimbing serta menggalakkan beliau untuk lebih aktif menyertai aktiviti dalam kumpulan
- Memberi motivasi konsep kendiri positif
- Merujuk pelajar berjumpa dengan kaunselor
- Beri pujian bila beliau berjaya
- Beri peluang yang lebih untuk beliau memberi pendapat / mengambil bahagian dalam aktiviti P&P
(b) Cadangkan lima cara bagaimana
rakan sebaya dapat menggalakkannya supaya Mei Lan aktif.
- Rakan sebaya perlu bergaul dengan beliau
- Mengajak Mei Lan menyertai aktiviti-aktivit pembentangan dalam kumpulan
- Jangan mentertawakan Mei Lan sekiranya beliau melakukan sebarang kesilapan dalam kumpulan
- Jangan mengasingkan beliau ketika dalam kumpulan
- Memuji kelebihan Mei Lan jika beliau melakukan sebarang kebaikan
9. Pelajar pintar cerdas menunjukkan kebolehan atau potensi dalam aktiviti intelek
serta bakat khas.
(a) Huraikan lima ciri pelajar pintar-cerdas.
- Keupayaan berfikiran kreatif
- Kebolehan intelek am
- Kebolehan akademik khas
- Berkebolehan dalam satu atau lebih kesenian
- Mudah membuat penyesuaian dari segi sosial dan emosi
- Berupaya memandang jauh ke hadapan
(b) Jelaskan lima implikasi
pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
- Perancangan bahan dan strategi pengajaran dan pembelajaran dan cara pelaksanaan hendaklah difikirkan bersama antara guru resos dan guru biasa
- Strategi yang berbeza
- Bahan pembelajaran hendaklah diindividukan
- Bahan pembelajaran yang lebih mudah atau mencabar mengikut keperluan pelajar
- Cara penilaian yang berbeza
- Ujian khas perlu disediakan untuk mengambil kira keperluan pelajar istimewa
- Usaha secara kolaboratif guru biasa dengan guru resos
10. Peringkat
perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh proses-proses biologi, kognitif dan sosio-emosi. Huraikan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkatnya.
- Peringkat bayi iaitu individu berusia antara 0 hingga 2 tahun : Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Pada peringkat ini, sifat-sifat asas manusia seperti bahasa, kebolehan fizikal, kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan.
- Peringkat awal kanak-kanak iaitu individu berusia antara 3 hingga 8 tahun : Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, mula menggunaan otot-otot halus dan berkebolehan bersosial.
- Peringkat kanak-kanak iaitu individu berusia antara 9 hingga 11 tahun : Pada peringkat ini, kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mereka mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami boleh peraturan.
- Peringkat awal remaja iaitu individu berusia antara 12 hingga 15 tahun : Pada peringkat ini, mereka sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Mereka boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik.
- Peringkat remaja iaitu individu berusia antara 15 hingga 20 tahun : Pada peringkat ini mereka menjalinkan perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan untuk berdikari mula timbul.
11. Mengetahui perkembangan fizikal kanak-kanak (7-12tahun) dapat membantu guru dalam merangka pembelajaran dan pengajaran yang sesuai
diperingkat umur ini. Bincangkan implikasi kepada pengajaran
dan pembalajaran kanak-kanak (7-12tahun) di dalam kelas.
- Ajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis.
- Libatkan dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap
- Sediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki, misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya bola jaring
- Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian
12. Nyatakan
4 peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget dan jelaskan setiap
peringkat perkembangan tersebut.
Peringkat Sensorimotor
Peringkat Sensorimotor
- Peringkat Sensorimotor berlaku pada umur bayi dilahirkan hingga berumur 2 tahun
- Peringkat permulaan dalam perkembangan kognitif
- Bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya
- Bayi boleh mengkoordinasikan maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkah laku
- Merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap
- Piaget menyifatkan aktiviti ini sebagai permulaan proses menyelesai masalah dalam kehidupan
- Melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan
- Mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori
Peringkat Pra Operasi
- Berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 7 tahun
- Mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru
- Menggambarkan dan merancang pergerakan aktiviti dengan menggunakan minda untuk membentuk skema
- Dapat mewakili sesuatu dengan symbol mental
- Menceritakan pengalaman mereka dengan ayat-ayat yang mudah.
- Permainan membayangkan
- Bersifat intuitif
- Sikap egosentrik
Peringkat Operasi Konkrit
- Berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 11 tahun
- Berkebolehan berfikir secara logik
- Memahami proses transformasi,keterbalikan dan menaakul
- Menguasai 3 peringkat asas iaitu prinsip identiti ,ganti rugi, keterbalikan
- Juga menguasai proses pengelasan
- Berubah daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered
- Tidak boleh membuat hipotesis
- Tidak boleh menyelesaikan soalan abstrak
Peringkat Operasi Formal
- Berlaku pada kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan ke atas
- Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea
- Membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta
- Boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis
- Berfikir secara abstrak,sistematik dan boleh membuat hipotesis
- Tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri
- Susah menerima pandangan dan pendapat orang lain
13. Apakah implikasi perkembangan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
- Mengaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman yang konkrit. Contohnya, apabila kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti, suruh mereka ceritakan bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Semasa sesi membaca,beri tumpuan kepada perkataan yang susah. Terangkan makna perkataan dengan ayat yang mudah difahami.
- Gunakan strategi pengajaran yang pelbagai. Contohnya, dalam pengajaran bahasa kedua,pasangkan kanak-kanak dengan rakan sebaya yang lebih mahir dalam kedua-dua bahasa (bahasa ibunda dan bahasa kedua). Guru menggunakan strategi bercerita, simulasi, sumbangsaran, pembelajaran koperatif yang menonjolkan kemahiran berbahasa.
- Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan bahasa. Contohnya, dalam aktiviti berkumpulan,setiap ahli diberi peluang untuk menceritakan hasil kerja masing-masing. Galakkan pembentangan di dalam kelas. Beri peluang kepada kanak-kanak member maklum balas terhadap aktiviti yang dilakukan.
14. Nyatakan implikasi proses pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat pertama iaitu asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan
Apabila berdepan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah ketidakpercayaan, guru harus menetapkan rutin bilik darjah yang berkala dan tetap supaya timbul rasa percaya ke atas sesuatu rutin yang tetap dan tidak berubah-ubah. Kanak-kanak ini juga perlu dilayan dengan mesra dan diambil berat. Kasih sayang dan perhatian yang berterusan perlu diberi kepada mereka. Kanak-kanak ini juga boleh diletakkan dalam sistem rakan sebaya yang mana terdapat seorang rakan yang sesuai bertindak sebagai pembantu semasa P&P.
15. Bincangkan cara bagaimana guru dapat membantu dalam pembentukan konsep kendiri positif pada kanak-kanak.
i. Menerusi Unit Bimbingan dan Kerjaya
i. Menerusi Unit Bimbingan dan Kerjaya
- Guru memahami masalah murid secara psikologi
- Memberi keyakinan kepada murid
- Guru sama-sama menyelesaikan masalah
ii. Menerusi
gerak kerja kokurikulum
- Membentuk sikap tolong menolong
- Sifat kepimpinan
- Bergaul dengan orang ramai
iii. Menerusi
mata pelajaran tertentu sepertiPendidikan Agama dan Moral
- Guru dapat membantu murid menjadi orang bergunakepada diri sendiri dan masyarakat
- Wujudnya nilai-nilai murni
iv. Menerusi
lawatan tertentu
- Persatuan ditubuhkan untuk membentuk personaliti positif di kalangan ahli. Contohnya Kelab Kembara,menjadikan ahli cergas, tabah, berani hadapi cabaran. Aktiviti-aktiviti kumpulan dan projek
v. Melatih
bekerja dalam kumpulan
- Berdikari
- Berdisiplin
16. Bincangkan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas menggunakan contoh-contoh
setiap satunya.
SINDROM DOWN
- Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat
- Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir
- Mata sentiasa berair dan merah
- Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata
- Bentuk muka yang kecil
SPASTIK
- Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan
- Tidak mencapai objek yang ditunjukkan
- Tidak berupaya mengangkut badan
- Tidak berupaya berpijak atau berdiri
- Tidak berupaya memegang objek
AUTISME
- Perlakuan yang bongkak
- Ketawa dengan tiba-tiba
- Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap
- Tidak mengenali bahaya
- Tidak merasai kesakitan
- Menangis dan marah tanpa sebab
- Permainan yang luar biasa
CACAT AKAL (RINGAN)
· Idiot
- Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri
· Imbersil
- Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih
· Moron
- Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas
- Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa
- Lambat berjalan dan lambat bercakap
· Lembab
- Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa
CACAT AKAL (BERAT)
- Kesukaran ketika makan dan selalu muntah
- Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya
- Air liur yang meleleh tanpa kawalan
- Sukar bernafa
- Sukar tidur dan terjaga waktu malam
- Selalu menangis
- Sukar bercakap dan memahami orang lain
HIPERAKTIF
- Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya
· Aktiviti
fizikal yang agresif dan berlebihan
· Tindakan
yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna
· Tidur
yang tidak tetap
· Terlalu
kerap menangis atau ketawa
HIPOAKTIF
· Suka
berkhayal
· Murang
dan menyendiri
· Aktiviti
fizikal yang pasif
· Tiada
respond pada persekitaran
· Suka
termenung
PINTAR CERDAS
· Kebolehan yang luar biasa
· Mempunyai
masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi
· Pergaulan
dengan kanak-kanak lain
· Perkembangan
bahasa yang lambat
17. (a) Terangkan peringkat operasi formal
kanak- kanak.
Pada
peringkat operasi formal, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas
idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta. Pemikiran mereka
tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit. Mereka sudah boleh
memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis. Kanak-kanak pada
peringkat ini boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan
membuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Antara ciri-ciri
pemikiran formal adalah berfikir secara abstrak. Kanak-kanak boleh berfikir
secara abstrak seperti menyelesaikan masalah-masalah matematik di mana
perwakilan abstrak. Mereka juga boleh berfikir secara sistematik untuk
memberi beberapa kemungkinan penyelesaian.
Selain itu, mereka juga boleh
membuat hipotesis dan mencari alternatif peneyelesaian masalah. Mereka boleh
menakul secra induktif dan deduktif. Penaakulan deduktif bermaksud
pemikiran daripada yang am kepada yang khusus. Melalui fakta-fakta yang
dipelajari seperti keperluan asas tumbuhan untuk membuat makanan, kanak-kanak
boleh memberi contoh keadaan-keadaan yang memungkinkan tumbuhan hidup dengan
subur. Manakala pemikiran induktif ialah berfikir aspek yang khusus
kepada aspek generalisasi yang lebih luas. Dengan mengkaji kesan
pencemaran alam sekarang mereka boleh membuat hipotesis tentang apa yang akan
terjadi kepada bandar- bandar besar yang mengalami pencemaran teruk pada 10
tahun akan datang. Kebolehan mereka memikirkan penyelesaian-penyelesaian
yang mungkin secara induktif atau deduktif memungkinkan kereka membuat kajian
dan menggunakan pemikiran saintifik.
(b) Terangkan
implikasi peringkat operasi formal kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.
- Guru bolehlah menggunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan 3D, model, carta rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks.
- Guru mestilah memberi peluang kepada pelajar menyelesaikan masalah dengan sendiri
- Bimbing pelajar untuk membuat andaian–andaian penyelesaian dan membuat hipotesis. Dengan pendedahan yang diberikan pada peringkat sebelum ini, beri lebih banyak peluang untuk pelajar menyelesaikan masalah dengan sendiri
- Bimbing pelajar untuk membuat andaian–andaian penyelesaian.
- Galakkan pemikiran secra kristis dan kreatif
- Beri peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan
- Suruh pelajar bentangkan idea dan kritik idea yang dikemukan
- Kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta–fakta. Biarkan pelajar meneroka dan mangkaji sendiri konsep tersebut
- Terima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain
18. Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan
kebolehannya juga persepsi dirinya berbanding dengan orang lain di persekitaran. Nilai-nilai diri yang
dilihat adalah berkaitan dengan
pengalaman yang telah dilalui dan matlamat hidup jangka masa depan.
(a) Berikan dua ciri konsep kendiri positif dan huraikan bagaimana
individu tersebut apabila mengalami masalah.
- Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang
- Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran
- Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan
- Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka
- Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri
- Merasa bangga diri sendiri dan berani mencuba
- Mudah bersosialisasi dengan orang lain
- Mudah diterima oleh orang lain
(b) Berikan tiga faktor terbentuknya konsep kendiri negatif dan kaitkan dengan kehidupan
seharian.
- Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan
- Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah
- Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku
- Emosi mempengaruhi perasaan
- Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan
- Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya
- Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan aspirasi kumpulan sebaya atau gurunya
- Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan sahsiah sesesorang
19. Menurut Dasar Pendidikan Khas di Malaysia, murid-murid bekeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan
penglihatan. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungan Kementerian Pelajaran termasuklah sindrom down,
autisme ringan, attention deficit
hyperactive disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran
spesifik seperti disleksia.
(a) Berikan ciri-ciri kanak-kanak yang mengidap attention deficit hyperaktie disorder (ADHD).
- Tidak dapat mengekalkan perhatian
- Mudah mengalih perhatian
- Sukar menyiapkan satu tugasan
- Pelupa
- Sifat hiperaktif
- Pergerakan fizikal yang keterlaluan
(b) Sebagai seorang guru pemulihan, terdapat seorang daripada murid anda mengidap
penyakit ADHD. Bagaimanakah anda mengendalikan murid sepertinya?
- Kedudukan tempat duduk berhampiran dengan tempat duduk kguru agar senang diawasi tingkah lakunya
- Menggunakan prinsip peneguhan agar mereka diberi peneguhan positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang baik
- Peraturan dan prosedur di dalam bilik darjah dipaparkan dengan jelas dan nyata
- Objektif pembelajaran haruslah dinyatakan dengan ekspilit dan murid menjawab dengan segera
- Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan perlu diulang agar murid memahami dengan jelas
- Beri tugasan yang ringkas
- Beri peluang kepada murid untuk libatkan diri dalam aktiviti yang aktif
20. Huraikan
perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan dari aspek fizikal, kognitif,
emosi dan sosial.
Ciri-ciri
|
Pertumbuhan
|
Perkembangan
|
Fizikal
|
Peningkatan dalam
saiz seperti perubahan tinggi, berat badan dan gigi.
|
Proses individu
memperkembangkan kemahiran psikomotor. Kemahiran menggunakan anggota badan,
misalnya seorang bayi mula memusing badan, duduk kemudian merangkak, berdiri,
berjalan dan berlari.
|
Kognitif
|
Keupayaan
berfikir
|
Kemahiran
membaca, menulis, mengira,berfikir secara kreatif dan kritis.
|
Emosi
|
Perasaan gembira,
sayang, marah dan cemburu.
|
Kemahiran
mengurus dan mengawal emosi.
|
Sosial
|
Menjalin
perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan dan mereka di persekitaran
individu tersebut.
|
Kemahiran
menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai
mengikut norma-norma masyarakat.
|
21. Berikan peringkat-peringkat dalam perkembangan kanak-kanak serta ciri- cirinya.
- Peringkat bayi ( 0-2 tahun) iaitu pada peringkat ini kadar ciri-ciri pertumbuhan cepat seperti sifat-sifat asas manusia, bahasa, kebolehan fizikal dan kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan.
- Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun) iaiatu dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial.
- Peringkat kanak-kanak ( 9-11 tahun ) iaitu kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan.
- Peringkat awal remaja ( 12-15 tahun ) iaitu sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik.
- Peringkat remaja ( 15-20 tahun ) iaitu perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari.
22. Perkembangan
emosi berlaku daripada peringkat bayi sehingga remaja. Apakah implikasi
perkembangan emosi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran?
i. Bina asas kepercayaan di dalam bilik darjah
- Memberi layanan sama rata terhadap semua murid
- Elakkan daripada memberi hukuman/layanan berdasarkan khabar angin
ii. Bantu
murid menyedari emosi dan meluahkan perasaan.
- Galakkan murid menulis jurnal untuk luahan emosi.
- Jelaskan dan ceritakan emosi anda sendiri dalam situasi-situasi tertentu.
iii. Bantu
pelajar mengenali emosi orang lain
- Dalam aktiviti berkumpulan,suruh pelajar meneka emosi rakan pada sesuatu situasi.
- Semasa murid menonton filem atau mebaca cerita, minta mereka kenal pasti emosi karektor-karektor dalam situasi tersebut.
iv. Bincangkan
strategi-strategi mengawal emosi
- Beri alternatif yang boleh digunakan untuk mengawal emosi seperti berhenti sejenak atau membuat rasionalisasi.
- Ceritakan pengalaman anda sendiri bagaimana untuk mengawal perasaan marah, kecewa dan gelisah.
23. Helah diri bermaksud usaha yang dilakukan secara kebiasaan sama ada secara sedar
atau tidak sedar oleh seseorang bagi mempertahankan ego, ancaman dan kebimbangannya. Nyatakan jenis-jenis helah bela diri beserta huraian dan contoh yang lengkap.
i. Rasionalisasi
i. Rasionalisasi
Memberi penerangan
atau alasan yang munasabah terhadap sesuatu tingkahlaku untuk melindungi motif
yang sebenar dan mepertahankan ego. Contohnya seorang murid yang gagal
dalam peperiksaan akan memberi alasan bahawa dia gagal kerana guru bersikap
pilih kasih.
ii. Projeksi
Satu tindakan yang dilakukan oleh individu untuk membalikkan konflik yang terdapat dalam dirinya kepada orang lain. Contohnya seorang abang yang dimarahi oleh ayahnya memindahkan kemarahannya kepada adik-adiknya.
Satu tindakan yang dilakukan oleh individu untuk membalikkan konflik yang terdapat dalam dirinya kepada orang lain. Contohnya seorang abang yang dimarahi oleh ayahnya memindahkan kemarahannya kepada adik-adiknya.
iii. Fantasi
Seseorang cuba mengurangkan ketegangan dengan cara berkhayal dan membentuk situasi yang lebih selesa daripada keadaan sebenar. Contohnya seorang yang miskin berfantasi untuk menjadi kaya.
iv. Identifikasi
Seseorang
yang cuba menutup kelemahan diri dengan menyifatkan
dirinya sama seperti orang lain yang mempunyai kuasa
atau kelebihan. Contohnya seorang remaja menyatakan beliau
rapat dengan kumpulan sorak sekolah untuk mengidentifikasikan
dirinya sebagai seorang yang popular.
24. Terangkan ciri-ciri kanak-kanak peringkat praoperasi dan operasi konkrit.
TAHAP PRAOPERASI
(2-7 TAHUN)
Menurut Piaget,
perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.
Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam
permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas
lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di
tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran
kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat
hanya dari perspektif mereka sahaja.
Piaget juga mengatakan
bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi
tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
- Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.
- Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
- Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.
Selain itu, Piaget
juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena
mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan
merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap
sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan,
pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala,
bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya
pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.
Bagi tahap ini,
Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
- Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
- Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Di tahap
pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau
lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun
penerangan yang ada dalam pemikiran.
Kecerdasan di tahap
ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat
kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa
yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini
iaitu ‘egocentrism’, ‘konsep sebab-akibat’, ‘peningkatan perolehan bahasa’ dan
‘pembentukan identiti diri’.
Satu lagi
kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan
bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal
sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu
bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila
bentuk dan susunannya berubah.
TAHAP OPERASI
KONKRIT (7-11 TAHUN)
Tahap ketiga Piaget
dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia
7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara
egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu
menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang
menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat
inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.
Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang
sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.
Satu lagi perubahan
yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami
unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat,
susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda
atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum
memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep
kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep
yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
Dengan itu,
Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh
melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi
ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.
25. Terangkan
perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difaham oleh kanak-kanak pada
tahap Operasi Konkrit.
- Kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi.
- Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
- Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain
- Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.
- Kanak-kanak mula memahami unsur-unsur pemikiran logik
- Kanak-kanak faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Cthnya Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya
- Kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup.
26. Berdasarkan teori Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat bahagian.
Senaraikan dan huraikan kesemua bahagian-bahagian tersebut.
27. Di dalam perkembangan kanak-kanak, perkembangan bahasa mereka adalah sangat penting. Terdapat beberapa komponen di dalam perkembangan bahasa. Senaraikan dan
jelaskan kelima-lima komponen tersebut.
28. Jelaskan bagainakah cara guru membantu murid dalam menguruskan emosi diri mereka?
i. Amalkan sikap kepimpinan demokratik
- Wujudkan interaksi dua hala guru dan murid
- Dorong murid berinteraksi sesame mereka
ii. Mengelolakan
banyak aktiviti kumpulan
- Dapat memberi peluang kepada murid untuk interaksi sesama mereka.
- Perlu rancang aktiviti yang sesuai dengan tahap mereka.
iii. Menggunakan teknik menyoal
- Untuk dpatkan tindak bals dan respon dari murid
- Dapat libatkan diri secara aktif
iv. Menggunakan
percakapan yang sesuai
- Galakkan murid mengemukakan pendapat dan idea mereka
- Teknik memuji dan sokongan bagi membakar semangat
v. Menggunakan
strategi memusatkan murid
- Kaedah perbincangan kumpulan bagi mengumpul murid dalam satu kumpulan
- Libatkan diri secara langsung
29. Terangkan
dan huraikan 3 ciri konsep kendiri positif.
i. Bebas membuat pilihan dan keputusan sendiri
Individu
yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan sentiasa merasa bebas untuk membuat pilihan dan keputusan. Jarang berdepan
dengan dilema atau kekeliruan dalam membuat sebarang keputusan atau
pilihan. Mereka tidak teragak-agak dalam membuat keputusan dan boleh
membuat pilihan tanpa terikat dengan pengaruh rakan serta desakan keluarga
ii. Selalu
merasa gembira
Individu yang
mempunyai konsep kendiri yang positif akan selalu kelihatan riang dan
gembira. Walaupun mereka mempunyai masalah, mereka pandai menyembunyikan
masalah tersebut. Mereka tidak pernah mengeluh dan menganggap masalah tersebut
sebagai satu cabaran yang perlu diatasi. Tahap kegembiraan mereka akan
bertambah sekiranya masalah tersebut dapat diatasi. Sekiranya tidak,
mereka akan merujuk kepada orang yang boelh dipercayai dan memahami diri
mereka untuk bantuan nasihat.
iii. Mudah
berkawan
Individu
yang mempunyai konsep kendiri yang positif didapati senang membuat kawan dan disenangi oleh orang persekitaran. Sikap mereka yang
tidak sombong dan pandai menghargai rakan serta sentiasa membantu menyebabkan
rakan suka mendampingi mereka.
30. Bincangkan implikasi kanak-kanak masalah kecacatan fizikal kepada proses
pengajaran dan pembelajaran.
- Guru perlu berpengatahuan tentang masalah yang dihadapi muridnya. Misalnya mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang kanak-kanak yang diserang sawan atau asma
- Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang-kadang tidak memahami penyakit yang mereka alami dan menghadapi masalah penyesuaian
- Guru perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral palsy boleh menggunakan computer atau pen serta pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya menulis
- Penggunaan pemegang buku ‘book holders’ atau buku teks elektronik dapat membantu kanak-kanak kurang upaya memegang buku
- Guru haruslah member sokongan dan dorongan kepada kanak-kanak ini untuk meningkatkan keyakinan diri mereka supaya mereka merasa boleh serta berkeyakinan menguruskan diri sendiri dengan baik
- Guru juga haruslah memberi perhatian terhadap susunan bilik darjah. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak dna memberikan mereka akses yang mudah kepada bahan-bahan pembelajaran
31. Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak merupakan aspek yang penting
untuk proses perkembangan kanak-kanak. Banyak pihak yang bertanggungjawab bagi
memastikan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak berjalan dengan
lancar. Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak juga dipengaruhi
oleh pelbagai faktor.
(a) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah
faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak?
Perkembangan
seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor
persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa
oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz
fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui
gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan
fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan
mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.
Di samping
faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan
dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula
mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.
Institusi keluarga
merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi
keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan,
asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum,
perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan
perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Misalnya :
- Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.
- Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.
- Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna
Status
sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek
dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi
makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna
kepada anak-anak mereka.
(b) Berdasarkan pernyataan di atas,
apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan kognitif kanak-kanak?
Pengaruh rakan
sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan
intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan
sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke
tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang
bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.
Perkembangan
kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkunginya,
seperti rumah dan sekolah Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia.
Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya:
- Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu.
- Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia.
- Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna.
- Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan.
- Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman.
Perkembangan
individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang
terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada
maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti
suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti
yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang
sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya.
Sebaliknya, kanak- kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur
keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan
personaliti yang tidak diingini.
Guru
dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan
pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang
dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan
melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif
serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan
membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.
Guru
dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988.
32. (a) Persatuan Terencat Akal
Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang
dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkahlaku penyesuaian seperti
komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran social yang amat terhad. Nyatakan
kategori kanak-kanak yang tergolong dalam terencat akal berserta huraiannya.
(b) Masalah kecacatan fizikal adalah salah satu daripada ciri-ciri kanak-kanak
kerperluan khas. Nyatakan lima kecacatan fizikal beserta huraiannya.
Sindrom down
- Kecacatan kromosom yang ke-21
- Berlaku dalam satu per lapan lapan ratus kelahiran
- Ciri seperti mulut terbuka, lidah tebal dan pendek, mata berair dan merah, mata sepet dan muka yang kiecil, gemapl, pendek dan bongkok, suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.
Autisme
- Cacat mental seumur hidup
- Masalah komunikasi kerana tidak boleh entafsir air muka dan gerak isyarat
- Tabiat stereotaip
- Lebih minatbarang permainandaripada berinteraksi
Pintar cerdas
- Memerlukan sokongan
- Ciri seperti kebolehan mempelajari lebih cepat, keinginan untuk tahu yang lebih, menetapkan matlamat tinggi, mahir member idea,kebolehan memimpin, empati kepada orang lain
Cerebral palsy
- Kesukaran bergerak akibat koordinasi
- Sebab neurologi motor yang berfungsi baik
- Ada kecacatan lain seperti penglihatan, pertuturan dan terencat akal
Epilepsi
- Penyakit sawan
- Masalah neurologi
- Menggeletar
Spina bifida
- Kecacatan tulang belakang
- Lumpuh bahagian bawah
- Boleh diubati dengan pembedahan
Muscular dystrophy
- Merosot kekuatan otot
- Perlu kerusi roda
- Kecerdasan tidak terjejas
Limb deficiencies
- Anggota tidak sempurna
- Kemalangan semasa kelahiran
- Boleh dilatih guna anggota palsu
33. (a) Nyatakan peranan guru dalam membentuk
perkembangan personaliti individu.
- Sensitif dengan potensi murid- memberi galakkan dan dorongan kepada murid-murid untuk menggilap potensi kanak-kanak-galakan dan dorongan mampu membentuk personaliti yang baik
- Menerima hakikat bahawa setiap individu berbeza dan unik-berbeza dariapada segi kognitif, emosi, fizikal, dan personality- memberi bimbingan kepada kanak-kanak untuk lebih mengahadapi cabaran dan dugaaan hidup
- Memahamikeperluan murid mengikut peringkat umur-guru mempunyai pengetahuan tentang ilumu psikologi kanak-kanak
- Membina imej kendiri posifif- guru perlu membantu kanak-kanak membina konsep kendiri yang positif-menjadi diri mereka lebih berdikari dan berkeyakinan tinggi untuk melibatkan diri dalam menjalani kehidupan yang mencabar
(b) Berikan contoh faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan personaliti.
- Faktor kebakaan dihubungkaitan dengan kecerdasaan dan juga bentuk tubuh - wujud pola genetik semasa persenyawaan mempengaruhi perkembangan personaliti individu
- Faktor pengalaman awal individu
- Pengalaman unik pada individu itu sahaja individu akan bertindak secara sendirinya terhadap tekanan sosial yang dihadapinya - penekanan kepentingan pengalaman awal oleh Freud dalam perkembangan personaliti-persekitaran individu seperti budaya, adat resam, nilai dan cara hidup masyarakat, juga mempengaruhi perkembangan personaliti individu
- Latar belakang sekolah- suasana sekolah yang kondusif dari segi fizikal, emosi dan sosioal menyumbang kepada perkembangan personaliti yang bpositif dikalangan kanak-kanak. Sekolah sebagai tempat bimbingan dan pembentukan personaliti individu-guru memainkan peranan dalam pembentukan personaliti kanak-kanak - sekolah turut menyumbang kepada personality individu yang tidak seimbang - aktiviti-aktiviti yang baik mampu mengalakkan pembentukan peribadi kanak-kanak.
- Pengaruh keluarga - banyak mempengaruhi pembentukan personalitI kerana banyak masa dihabiskan bersama keluarga-ibu bapa harus memberI kebebasan untuk bermain sambil memerhati setiap pergerakan anak-anak untuk mengelak kejadian buruk berlaku.
- Peranan media - banyak maklumat dapat disampaikan secara terus kepada kanak-kanak - maklumat tersebuta akan mempengaruhi kanak-kanak- menerangkann implikasi dan motif yang baik dalam menyampaikan maklumat melalui media.
- Pemakanan - digalakkan memakan makanan yang berzat, bersih, dan halal.
- Pengaruh sosialbudaya - tanap didikan agama kanak-kanak mudah terpengaruh dengan gejala negatif; gaya hidup bebas; terikut-ikut dengan zaman moden
34. Terangkan lima tahap
perkembangan yang ditekankan di dalam teori perkembangan psikoseksual Freud
secara ringkas?
35. Apakah konflik yang berlaku pada perkembangan tahap phallic dan
kesannya terhadap personaliti dewasa?
36. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa yang menunjukkan mereka telah
terlekat pada tahap oral dan anal.
37. Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami oleh
kanak-kanak pada tahap Operasi Konkrit.
0 comments:
Post a Comment