Dia seperti layang-layang yang melayang. Dia pergi ke mana? Mari kita pergi mencarinya. Dia tempat berteduh daripada panas matahari yang membakar. Dia seperti oasis dalam gurun. Dia seperti penawar menenangkan kepada hati yang terluka. Kerana takut kita tinggal dalam perigi, dia menjunam dalam sungai. Dia berenang menentang air pasang. Dia berkelana seorang diri seperti awan. Dia sahabatku. Dia pergi ke mana? Mari kita pergi mencarinya.
Rancho. Ranchhoddas Shamaldas Chanchad. Fikirannya unik sama seperti namanya. Dari muda lagi saya dengar kehidupan adalah satu perlumbaan. Kalau tak berlari pantas, orang akan memijak kita untuk maju ke depan. Untuk lahir pun kita kena berlumba dengan 300 juta sperma.
Pada tahun 1978, saya lahir pada pukul 5.15 pagi dan pada pukul 5.16 pagi, ayah mengatakan, “Anak saya akan menjadi jurutera.” – Farhan Qureshi, Jurutera B. Tech. Takdir saya pun ditentukan. Saya nak jadi apa, sesiapa pun tak tanya.
Raju Rastogi. Ranchoddas Chanchad. “Apa nombor bilik awak?” Tanya seorang budak kepada Farhan. “D26”. “Mari. Saya Manmohan, MM. Susu, telur, roti, cuci kain, gosok kain, mengisi jurnal, menyalin tugasan. Apa saja kerjanya, beritahulah saya. Kadarnya tetap. Tak boleh tawar-menawar”.
Farhan tertarik melihat tiga ekor anjing. Dua ekor di dalam baldi cetek dan seekor lagi ditambat disamping baldi itu. “Tunggu sekejap. Pegang ini” kata Farhan sambil menghulurkan beg galasnya kepada MM dan mengeluarkan kamera digitalnya. “Ini Kilobait, ini Megabait dan ini ibunya, Gigabait. Ambil gambarnya. Keluarga ini tak gigit.”, terang MM kepada Farhan.
“Lihat! Seorang lagi pemuja Tuhan”. Kata MM sejurus masuk ke dalam bilik D26. “Hai, Farhan Qureshi”, “Saya Raju Rastogi”. Huluran tangan Farhan hanya disambut dengan anggukan kepala, kemudian Raju meneruskan aktiviti pemujaan Tuhannya.
“Jangan bimbang. Selepas tinggal di sini selama beberapa hari, dengan sendirinya dia akan hilang kepercayaan kepada Tuhan. Dia akan gantung gambar wanita bogel atas dinding dan katakan…”Ya Tuhan! Pertemukan saya dengannya sekali.”, Kata MM kepada Farhan.
“Hei! Keluar dari sini” marah Raju sambil menunjukkan tangan kanannya ke arah pintu. “Beri saya Rs4. Rs2 satu beg”. “Ambil Rs5. Simpan duit tukarnya”. Kata Farhan sambil menghulurkan Rs5 kepada MM.
“Tuan beri saya tip. Saya juga akan beri awak maklumat, malam ini, pakai seluar dalam yang tak berlubang”. “Mengapa?”, soal Raju setelah MM keluar dari bilik mereka.
Maruah kami menghadapi risiko. Tangan kami memberi tabik, kepala kami tunduk dalam kehambaan apabila kami jumpa Rancho buat kali pertama.
“Tuanku hebat! Terimalah hadiah daripada kami”. Kata semua pelajar junior yang baru mendaftar pada hari itu, sambil melucutkan seluar kemudian menonggengkan punggung menghadap senior. Ketika itu, berjalan seorang junior mencari bilik D26. Dia kehairanan melihat pelbagai gelagat pelajar yang berkumpul di tengah blok kediaman tanpa berpakaian melainkan seluar dalam. “Hadiah baru. Hadiah, hadiah, hadiah. Selamat datang. Tanggalkan seluar dan dapatkan cap. Apa nama awak?”, Tanya seorang senior kemudian merampas kad nama pelajar itu dari tangannya. “Ranchhoddas Shamaldas Chanchad! Dengar semua. Susah betul disebut. Kamu hanya akan ingat nama ini sebelum tahun akhir. Tanggalkan seluar!” kata seorang senior sambil mengambil botol air dari beg galas Rancho.
“Awak berdegil?”. Lalu dituang air botol itu ke dalam poket seluar Rancho. Rancho kebinggunggan diperlakukan sedemikian. “Tak baik pakai seluar basah. Tanggalkannya.” Kata senior itu lagi sambil menepuk-nepuk bahu Rancho. “Semuanya baik” kata Rancho meletakkan tangan di dadanya. “Apa awak cakap?”. “Semuanya baik”. Farhan mengerutkan dahinya memandang Raju. ”Apa dia cakap?”. Raju mengendahkan pertanyaan Farhan dan memalingkan semula mukanya ke arah Rancho dan sekumpulan senior itu.
“James Bond, terangkan kepadanya”, arah senior itu kepada Chatur. “Tanggalkan pakaian! Kalau tak, dia akan kencing atas awak”, terang Chatur. Mendengarkan itu, senior tersebut ketawa menampakkan barisan giginya. Dengan pantas, Rancho melarikan diri masuk ke dalam sebuah bilik tidur lalu menguncinya.
“Hei! Keluar dari situ!”, “Keluar!. Kalau tak… kalau tak, saya akan kencing depan pintu awak”. Kedengaran suara nakal senior-senior menggetawakan Rancho. Sekali lagi pintu diketuk. “Saya akan kira sampai 10. Kalau awak tak keluar… saya akan kencing depan pintu awak sepanjang semester ini”, senior itu mula membilang.
Di dalam bilik, Rancho mendapat satu idea untuk mengenakan senior itu. Dicabutnya satu wayar yang terdapat dalam bilik itu, dikepit pula dengan sebatang sudu dihujungnya kemudian digulungkan wayar tersebut dengan sebatang pembaris kayu. Apabila senior tersebut habis membilang, hujung sudu itu dimasukkan dibawah celah pintu. Bagi menepati kata, senior itu betul-betul kencing di hadapan pintu bilik Rancho. Suis dibuka, maka mengalirlah elektrik melalui air kencing senior itu menyebabkan dia menjerit kesakitan lalu jatuh terjelepuk di depan pintu bilik Rancho.
Air masin adalah pengalir elektrik yang baik. Fizik darjah lapan! Kami belajarnya, dia menggunakannya.
Nama pengarah ICE adalah Dr. Viru Sahastrabuddhe.. tapi semua orang memanggilnya Virus, virus komputer.
“Virus datang dengan telur! Pelajar tahun pertama diminta turun. Cepat!”, jerit MM.
Virus merupakan lelaki yang sangat suka bersaing. Dia tak tahan melihat sesiapa mendahuluinya. Untuk menjimatkan masa, dia pasang velkro, bukan butang di kemejanya dan cangkuk pada tali lehernya. Dia melatih fikirannya supaya boleh menulis dengan kedua-dua tangannya sekaligus. Setiap hari, pada pukul dua petang, dia tidur sekejap selama tujuh minit setengah tepat sambil mendengar opera. Govind diberi arahan untuk melakukan semua kerja yang tak produktif seperti cukur dan potong kuku mesti dilakukan dalam masa tujuh minit setengah ini.
“Apa ini?”, soal virus kepada junior. “Sarang”, jawab Chatur. “Sarang apa?”, “Burung terkukur”. “Salah!”, tegas virus.
“Burung terkukur takkan buat sarangnya sendiri. Ia bertelur di sarang burung lain dan apabila telurnya menetas, apa ia buat terlebih dahulu?. Anak burung itu akan menolak keluar sampai terjatuh telur-telur lain. Persaingan berakhir. Hidupnya bermula dengan pembunuhan. Itu adalah alam semula jadi. Bersaing atau mati. Kamu semua seperti burung terkukur”, ucap virus sambil berjalan menepikan pelajar lalu menolak jatuh salah satu kotak yang dipenuhi dengan kertas-kertas.
“Ini adalah ‘telur’ yang kamu tolak keluar untuk sampai ke ICE. Jangan lupa kerana setiap tahun ICE menerima 400,000 permohonan dan hanya 200 orang akan dipilih. Kamu! Mereka? Musnah. Telur yang pecah. Anak saya sendiri memohon selama 3 tahun, tapi ditolak setiap kali. Ingat, hidup adalah satu perlumbaan. Kalau tak berlari pantas, orang akan memijak kita untuk maju ke depan. Biar saya beritahu kamu satu cerita yang sangat menarik. Ini pen angkasawan”, sambil menunjukkan pen yang diambil dari poket bajunya.
“Di angkasa lepas, pena mata bulat tak boleh digunakan. Selepas menghabiskan berjuta-juta dolar, ahli sains mencipta pen ini. Ia boleh menulis dari mana-mana sudut dan suhu, juga apabila graviti sifar. Pada suatu hari, semasa saya seorang pelajar, pengarah institut kami memanggil saya. Dia katakan ‘Viru Sahastrabuddhe’ Saya jawab, ‘Ya, tuan’. ‘Mari sini’, saya jadi takut. Dia menunjukkan pen ini kepada saya. Dia katakan, ‘ini simbol kecermelangan. Saya berinya kepada awak. Apabila awak jumpa pelajar luar biasa seperti diri awak, beri pen ini kepadanya’. Selama 32 tahun saya menunggu pelajar itu. Tapi tak berjaya. Adakah sesiapa dalam kumpulan ini yang akan ambil pen ini?”. Chaturlah orang pertama yang mengangkat tangannya tinggi-tinggi kemudian diikuti pelajar junior yang lain kecuali Rancho, dia tidak mengangkat tangannya.
“Bagus. Turunkan tangan”, arah virus. Ketika inilah Rancho mula mengangkat tangannya. “Nak tulis di papan kenyataankah? Saya suruh turunkan tangan”, seru Virus kepada Rancho.
“Saya ada satu soalan tuan. Di angkasa lepas, pena mata bulat tak boleh digunakan. Mengapa angkasawan tak menggunakan pensil? Mereka boleh menjimatkan berjuta-juta dolar”, tidak terkata-kata virus untuk menjawab pertanyaan Rancho. “Saya akan beritahu awak kemudian”, hanya itu sahaja jawapan yang mampu diberikan buat masa itu.
“Pada waktu malam, dia beri kejutan elektrik pada kemaluan pelajar tahun akhir dan waktu siang, tunjukkan jari kepada pengarah. Kalau kita terus bersamanya, kita akan mengalami masalah”, adu Raju kepada Farhan.
“Awak betul-betul kenakan Virus. Tuanku hebatlah. Terimalah hadiah ini”, ucap MM kepada Rancho sambil melucutkan seluarnya lalu menonggengkan punggungnya kepada Rancho sebagai tanda kagum. Rancho hanya tersengih melihatkan itu.
“Pergi dari sini, tak pergi sekolah ke?”,soal Raju kepada MM. “Siapa akan bayar yurannya? Bapa awak?”, jawab MM. “Cakap pasal bapa saya!”, Raju sangat sensitif kalau ada yang menyebut pasal bapanya. Raju ingin membelasah MM. Rancho cuba menahannya. “Bertenang”.
Setelah itu, Rancho mendapatkan pula MM lalu berkata, “Untuk pergi ke sekolah, awak tak perlu bayar yuran. Hanya perlukan pakaian seragam”, diselukkan tangannya ke dalam poket seluarnya dan mengeluarkan beberapa helai duit kertas kemudian dihulurkan kepada MM.
“Beli pakaian seragam sekolah yang awak sukai. Lepas itu, pergi duduk dengan senyap dalam kelas. Dengan begitu banyak budak, tiada siapa akan tahu”.
“Kalau saya tertangkap?”... “Kalau tertangkap, tukar pakaian seragam dan sekolah.”
Ada sesuatu mengenainya. Dia mencabar cara dunia di setiap peringkat. Seekor burung bebas duduk dalam sarang Virus. Kami semua robot yang dikawal oleh alat kawalan jauh Profesor. Mungkin hanya dia seorang yang mungkin bukan mesin.
“Apa itu mesin?”, soal pensyarah dalam suatu kuliah. Chatur merupakan orang pertama yang mengangkat tangan. Tetapi pensyarah lebih tertarik untuk menanya Rancho yang sedang asyik tersenyum sumbing seorang diri.
“Mengapa awak senyum?”. “Sebenarnya, sejak kecil saya nak belajar di kolej kejuruteraan. Hari ini, saya berseronok kerana duduk di sini”. “Tak payah berseronok banyak. Apakah definisi mesin?”.
“Tuan, mesin adalah sesuatu yang mengurangkan usaha manusia”. “Tolong menghuraikannya dengan lebih lanjut”, kata pensyarah kurang berpuas hati dengan jawapan Rancho. Kali ini Rancho mulai bangun dari tempat duduknya.
“Apa-apa benda yang menyenangkan kerja manusia atau menjimatkan masa adalah mesin. Rasa panas, tekan butang. Kipas berjalan. Ia sebuah mesin. Kita bercakap berbatu-batu jauhnya kepada kawan-kawan kita. Telefon adalah sebuah mesin. Buat pengiraan berjuta-juta dalam sesaat. Kalkulator sebuah mesin. Sebenarnya kita dikelilingi mesin. Dari mata pen hingga zip seluar, semuanya mesin. Sesaat ke atas. Sesaat ke bawah. Atas, bawah, atas, bawah”, jawab Rancho sambil menarik zip seluarnya ke atas dan ke bawah. Semua pelajar tergelak melihat gelagat Rancho. Pupp! Sebatang kapur putih hinggap di pipi Rancho. “Apakah definisinya?”, marah pensyarah itu.
“Tuan, saya baru beritahunya”, jawab Rancho. “Adakah awak akan menulis semua ini dalam ujian? ‘Ini mesin. Atas, bawah. Atas, bawah’. Bodoh!”, marah pensyarah itu dengan meniru gelagat Rancho sebentar tadi, iaitu menarik zip seluarnya ke atas dan ke bawah, mimik mukanya masih serius. Semua pelajar tergelak melihatkan itu. “Sesiapa lagi?”, dengan itu Chatur mengangkat tangannya. “Ya?, silakan”.
Bangunlah Chatur dengan angkuhnya menjawab, “Tuan, mesin adalah kombinasi bahagian yang disambungkan sehingga pergerakan relatifnya kekang. Dengan cara itu, kuasa dan pergerakan boleh dihantar dan diubahsuai sebagai skru dan nat atau tuil yang diaturkan untuk memusingkan fulkrum atau kapi atas pangsinya dan lain-lain lagi. Terutamanya binaan yang lebih kurang kompleks yang terdiri dari gabungan bahagian bergerak atau elemen mekanikal mudah seperti roda, tuil, sesondol dan lain-lain.”
Bangunlah Chatur dengan angkuhnya menjawab, “Tuan, mesin adalah kombinasi bahagian yang disambungkan sehingga pergerakan relatifnya kekang. Dengan cara itu, kuasa dan pergerakan boleh dihantar dan diubahsuai sebagai skru dan nat atau tuil yang diaturkan untuk memusingkan fulkrum atau kapi atas pangsinya dan lain-lain lagi. Terutamanya binaan yang lebih kurang kompleks yang terdiri dari gabungan bahagian bergerak atau elemen mekanikal mudah seperti roda, tuil, sesondol dan lain-lain.”
“Hebat betul. Sangat bagus. Tolong duduk”, puji pensyarah. “Tapi tuan, saya juga beri jawapan sama, dalam bahasa mudah”, Rancho bersuara. “Kalau awak suka bahasa mudah, masuk kolej seni dan perdagangan”,sindir pensyarah itu.
Rancho masih tidak berpuas hati. “Tapi tuan, kita mesti memahami maksudnya. Apa gunanya menghafal definisi buku secara membabi buta?”… “Awak lebih tahu daripada buku? Ini definisinya dalam buku dan kalau awak nak lulus, awak mesti menulis ini”, tegas pensyarah.
“Tapi buku lain….”. “Keluar!”. Belum sempat Rancho menghabiskan kata-katanya pensyarah itu menghalaunya keluar dari kuliah. “Mengapa tuan?”, soal Rancho. “Dalam bahasa mudah, keluar! Bodoh!”, halau pensyarah itu. Rancho yang kebinggunggan menurut perintah. Belum sempat kakinya melangkah keluar dari pintu bilik kuliah, dia berpatah balik. “Mengapa awak datang balik?”, soal pensyarah. “Saya terlupa sesuatu, tuan”... “Apa?”.
“Peralatan yang merekod, menganalisis, meringkaskan, menyusun, mendebatkan dan menerangkan maklumat yang diilustrasi, tak diilustrasi, kulit tebal, kulit lembut, berkulit, tanpa kulit dengan pengenalan pendahuluan, kandungan, indeks yang dimaksudkan untuk kesedaran, pemahaman, pengayaan, penambahan dan pendidikan otak manusia melalui deria penglihatan. Kadang-kadang sentuhan”. Seluruh isi kuliah terganga mendengar jawapan Rancho, termasuklah pensyarah.
“Apa yang awak cuba katakan?”, tanya pensyarah. “Buku, tuan. Saya terlupa bawa buku saya. Boleh saya ambilnya?”, tibalah giliran Rancho bertanya pula. “Tak boleh cakap dalam bahasa mudahkah?”... “Tadi saya cuba, tapi tuan tak suka”, sekali lagi semua pelajar tergelak hibur menonton pensyarah mereka dikenakan Rancho. Bagaimanapun, Chatur sedikit sebanyak turut terasa dengan cara Rancho itu.
Profesor tak benarkan Rancho berada di dalam kelas dan dia lebih kerap berada di luar. Kalau dia dikeluarkan dari satu kelas, dia akan masuk ke kelas lain. Dia kata terdapat pengetahuan di merata-rata tempat. Ambilnya di mana saja yang boleh. Dia berbeza daripada kami. Setiap hari, kami bergaduh untuk pergi ke bilik air. Dia akan mandi di mana saja. Dia sangat gemarkan mesin. Dia bawa pemutar skru dalam poketnya. Dia akan buka apa saja mesin yang dilihatnya. Ada yang boleh dipasangnya semula. Ada yang tak boleh. Ada seorang lagi yang sama sepertinya, Joy Lobo.
“Maafkan saya, tuan”, seru Joy Lobo sambil berlari anak mendapatkan Virus. “En. Joy Lobo”, sahut Virus tanpa menghentikan langkahnya. “Tuan, boleh tak beritahu saya tarikh konvokesyen?”… “Mengapa?”… “Sebenarnya ayah nak buat tempahan. Saya jurutera pertama dalam kampung saya, tuan. Semua saudara saya nak datang ke konvokesyen saya”.
“Kalau begitu, tolong telefon bapa awak”, kata Virus seraya menghulurkan telefon bimbitnya kepada Joy Lobo. “Cepat. Jangan bazirkan masa saya”.
“Helo ayah, tuan pengarah nak cakap dengan ayah”. Lantas telefon itu bertukar tangan pula kepada Virus. “En. Lobo, anak awak takkan lulus tahun ini”. Terkejut Joy Lobo bukan kepalang. “Apa berlaku, tuan?”, tanya En. Lobo. “Dia tak menepati tarikh akhir. En. Lobo, ini projek yang realistik. Saya dah beritahunya. Dia buat helikopter yang karut. Cadangan saya adalah jangan buat tempahan kereta api. Maafkan saya”, begitu sahaja Virus mematikan telefonnya.
“Tuan, saya hampir berjaya”, kata Joy Lobo. “Projek awak dah siap? Projek awak dah siap?”… “Tolong lihatnya sekali, tuan”… “Serahkannya dan saya akan mempertimbangkannya”.... “Tuan, beri saya tempoh lanjutan, tuan”… “Mengapa? Mengapa nak beri tempoh lanjutan?”… “Selepas ayah kena strok, saya tak dapat menumpukan perhatian selama dua bulan, tuan”… “Adakah awak berhenti makan minum selama dua bulan?”… “Tak”… “Berhenti mandi?”,.. “Tak”… “Mengapa berhenti belajar?”… “Saya hampir berjaya. Tolong lihatnya sekali, tuan”.
“En. Lobo, anak saya terjatuh kereta api dan meninggal dunia pada tengah hari Ahad. Pada pagi Isnin, saya beri kuliah dalam kolej ini. Jangan sebut benda karut begitu. Saya boleh bersimpati kepada awak, bukan beri tempoh lanjutan”. Selepas itu, Virus terus meninggalkan Joy Lobo yang sudah kehilangan kata-kata. Joy Lobo merenung lama projeknya sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Tanpa disedari, Rancho telah pun menonton peristiwa tadi. Projek itu dikutip semula oleh Rancho.
“Dia buat reka bentuk yang hebat. Kamera wayarles atas helikopter. Ia berguna untuk kemaskini lalu lintas dan keselamatan”, begitulah kata Rancho setelah dia meneliti betul projek Joy Lobo.
“Tapi Virus katakan ini reka bentuk tak praktikal. Ia takkan terbang”, Farhan memberitahu. “Mengapa tak terbang? Kita akan menerbangkannya. Jangan beritahu Joy. Kita akan berinya kejutan. Kita akan terbangkannya di luar tingkapnya dan merakam reaksinya”, kata Rancho kepada rakan sebiliknya.
“kalau kita buat projeknya, siapa akan buat projek kita? Selepas menjumlahkan ujian, peperiksaan lisan, kuiz, terdapat 42 ujian dalam satu semester”, kata Raju pula yang sedari tadi senyap sahaja.
“Awak takut dengan senang. Ambil tangan ini, letak pada hati awak dan katakan, semuanya baik. Semuanya baik”… “Semuanya baik”, Raju turut malafazkan mantera itu. “ini kata-kata bijak baru dari Guru Ranchhoddas”, sambung Farhan.
“Terdapat seorang pengawal di kampung saya. Semasa mengawal pada waktu malam, dia selalu menjerit, ‘semuanya baik’. Kami pun tidur dengan tenang. Pada suatu malam, berlaku kecurian di kampung, kami mendapat tahu dia tak boleh melihat langsung pada waktu malam. Dia saja menjerit, ‘semuanya baik’ dan kami tidur tanpa rasa bimbang. Pada hari itu, saya memahami satu perkara. Hati kita ini takut dengan senang. Kita mesti menipunya. Tak kira masalah besar apa pun dalam hidup, beritahu hati awak, semuanya baik”. Panjang lebar Rancho menceritakannya.
“Itu akan menyelesaikan masalah?”, sindir Raju.
“Tak, tapi kita akan mendapat keberanian untuk menghadapinya. Ingat mantera ini. Ia sangat diperlukan di sini.”
Saya masih ingat dengan jelas segala nasihat Rancho. Katanya, ‘apabila hidup tak dapat dikawal, gulung bibir kamu, bersiul dan katakan semuanya baik. Ayam tak tahu apa akan berlaku kepada telur. Adakah ia akan menetas atau digoreng dalam kuali?. Tiada sesiapa tahu masa depannya. Terdapat kekeliruan demi kekeliruan, tiada penyelesaiannya. Akhirnya bila dapat penyelesaiannya, tak tahu pula apa soalannya. Kalau hati kamu sentiasa takut kerana perkara remeh-temeh, letakkan tangan atas hati dan menenangkannya. Hati kita bodoh. Nasihatinya dengan kasih sayang. Kambing tak tahu apa akan berlaku kepada nyawanya. Ia akan dihidangkan dengan pencucuk atau dicencang lumat. Apabila hidup tak dapat dikawal, gulung bibir kamu, bersiul dan katakan semuanya baik’, begitulah nasihat Rancho kepada kami. Dia tidak pernah jemu untuk memahamkan kami tentang hakikat hidup di ICE.
“Bawanya ke tingkap Joy”, jerit Rancho gembira sambil mengawal helikopter Joy Lobo. “Joy! Keluarlah”. Dia ingin merakam saat kegembiraan itu. Tapi, malang tak berbau, apa yang terakam hanyalah mayat Joy Lobo yang tergantung di biliknya. Joy Lobo menggantung dirinya! Dia membunuh diri!.
Semasa penggebumian Joy Lobo, Rancho menghampiri Virus seraya berkata, “Ada berita baik, tuan. Polis ataupun bapa Joy tak tahu. Semua orang fikir dia membunuh diri. Laporan bedah siasat menunjukkan kematian disebabkan banyak tekanan pada salur udara, menyebabkannya tercekik. Mereka fikir dia mati kerana tekanan di sini”, sambil menunjuk ke arah lehernya. “Tapi bagaimana dengan tekanan di sini sejak empat tahun lepas?”, kali ini Rancho menunjuk ke arah kepalanya. “Ia tiada laporan itu. Jurutera sangat bijak! Tiada mesin dicipta untuk mengukur tekanan di sini” sekali lagi dia menunjuk ke arah kepalanya. “Kalau mereka buat, tentu mereka tahu dia bukan membunuh diri tapi dibunuh”. Virus hanya mampu menjeling Rancho ketika itu.
Keesokannya, Rancho dipanggil menghadap Virus di pejabat. “Awak menuduh saya kerana Joy membunuh diri?. Kalau seorang pelajar tak boleh tahan tekanan ini, mengapa kami dipersalahkan? Ada banyak tekanan dalam hidup. Adakah awak sentiasa akan menyalahkan orang lain?”, luah Virus tidak berpuas hati dengan kata-kata Rancho semalam.
“Saya bukan menuduh tuan. Sebenarnya, saya mempersalahkan sistem ini. Saya mempunyai beberapa statistik”, kata Rancho dengan berani sambil mengeluarkan keratan kertas dari koceknya.
“India berada di tempat pertama dalam kes membunuh diri. Dalam setiap satu jam setengah, seorang pelajar akan cuba membunuh diri. Lebih banyak pelajar mati dengan membunuh diri daripada penyakit. Ada sesuatu yang tak betul”, terang Rancho cuba memahamkan Virus.
“Saya tak boleh bercakap pasal kolej lain, tapi ini salah sebuah kolej terbaik negara ini. Saya mengendalikan kolej ini selama 32 tahun dan dari kedudukan ke-28, saya bawanya ke nombor pertama”. Kata Virus dengan angkuhnya.
“Tuan, apa gunanya menjadi pertama? Tiada sesiapa cakap pasal idea baru dan penciptaan di sini. Mereka hanya cakap pasal markah atau pekerjaan di Amerika Syarikat. Kami tak dapat pengetahuan di sini. Kami hanya diajar cara mendapatkan markah yang baik”.
Kali ini Virus benar-benar marah dengan pernyataan Rancho. “Sekarang awak akan mengajar saya cara mengajar?”… “Tak, saya….”. Virus terus menarik kasar lengan Rancho, melangkah menuju bilik kuliah.
“Vaidyanathan, tolong duduk. Hari ini, di kalangan kita ada pemimpin yang percaya dia boleh ajar lebih baik daripada guru berkelayakan tinggi di sini. Hari ini, Profesor Ranchhoddas Chanchad akan mengajar kita kejuruteraan”. Ditinggalkan Rancho sendirian di tengah kelas.
“Kami tak boleh tunggu sepanjang hari”, sindir Virus. Kali ini Rancho cuba membelek-belek buku di atas mejanya. Kemudian menulis perkataan ‘FARHANITRATE’ dan ‘PRERAJULISATION’ di papan hitam.
“Kamu ada 30 saat untuk mendefinisikan apa yang ditulis atas papan. Kamu boleh gunakan buku, kalau nak. Siapa yang dapat jawapannya akan angkat tangannya. Mari kita lihat siapa dulu dan siapa terakhir. Masa kamu bermula sekarang”. Ucap Rancho dengan ringkas. Pembelajaran hari itu bermula. Maka, semua pelajar pun berlumba-lumbalah membelek segala buku, tak terkecuali Virus sekali.
“Masa dah tamat! Tiada sesiapa dapat jawapannya? Sekarang cuba gulung semula seminit dalam hidup kamu dan fikir. Apabila saya tanya soalan ini, adakah sesiapa fikir saya akan belajar sesuatu yang baru hari ini? Pasti menyeronokkan. Ada tak sesiapa fikir seperti ini? Tuan?. Tak, semua orang berlumba-lumba mengejar kejayaan. Apa gunanya menjadi pertama kalau belajar begini? Adakah pengetahuan kamu akan bertambah? Tidak. Hanya tekanan akan meningkat. Tapi kolej ini bukan periuk tekanan. Kerana takutkan cemeti, singa di sarkas pun akan belajar duduk atas kerusi. Tapi singa begini dipanggil singa terlatih. Bukan berpendidikan baik”
“Rancho! Ini bukan kelas falsafah. Terangkan maksud dua perkataan itu”, Virus mula bersuara.
“Perkataan begini tak wujud, tuan. Itu nama kawan saya. Farhan dan Raju”, jawab Rancho sambil bergerak ke arah papan hitam, kemudian menggariskan nama kawannya dalam perkataan itu.
‘FARHANITRATE’ dan ‘PRERAJULISATION’. Tergelaklah semua pelajar di dalam bilik kuliah itu. “Diam! Karut! Adakah ini caranya mengajar kejuruteraan?”, bingit Virus yang sedang panas dibakar hati berapi.
“Tak, saya bukan mengajar kejuruteraan. tuan lebih pandai daripada saya. Saya hanya mengajar tuan cara mengajar. Saya yakin tuan akan belajarnya satu hari nanti kerana saya takkan meninggalkan pelajar lemah saya. Selamat tinggal tuan”, dengan pantas Rancho melarikan diri selesai sahaja berjaya mengenakan Virus pada hari itu.
Pada peperiksaan akhir, kami bertiga hadir lewat ke bilik peperiksaan.
10.30 pagi.
“Maaf, kami terlambat tuan. Berlaku kecemasan”. “Cepat bemula”.
11.55 pagi.
“Masa dah berakhir”.
“Lima minit lagi, tuan. Kami datang lewat setengah jam. Berlaku kecemasan. Tolonglah”, Rancho meneruskan penulisannya.
Pemeriksa memandang kami seolah-olah kami meminta kedua-dua belah pinggangnya. Kami terus menulis dan dia sibuk menyusun kertas jawapan menurut angka giliran.
12.30 tengah hari.
“Dah siap tuan”. “Awak lambat. Saya tak boleh terima”, jawab pemeriksa dengan sombongnya.
“Tuan kenal siapa kami?”. “Kalau awak anak perdana menteri pun, saya takkan terima kertas jawapan awak”. Kali ini benar-benar mencabar Rancho.
“Adakah tuan tahu nama dan angka giliran kami?”, Tanya Rancho sambil mengutip kertas jawapan daripada Farhan dan Raju. “Tidak. Kamu siapa?”… “Dia tak tahu. Lari!”, jerit Rancho sambil tangannya menyelerakkan kertas jawapan yang disusun pemeriksa itu untuk mengelirukan kertas jawapan mereka lantas menyusun langkah seribu meninggalkan dewan peperiksaan. “Hei! Apa angka giliran awak? Mana kertas jawapan mereka? Aduh!”
Pada hari keputusan akan diumumkan. Semua orang cuba buat perjanjian dengan Tuhan. Polis lalu lintas pun takkan setuju dengan Rs100 pada masa itu. Apatah lagi Tuhan. Hati kami menjadi lemah. Bukan kerana kami mendapat nombor terakhir tapi kerana kami sangkakan kawan kami, Rancho, gagal.
“Mengapa Chatur berteriak?”, tanya Farhan kepada Raju. “Dia dapat nombor kedua”. “Siapa dapat nombor pertama?”. “Rancho”… “Rancho?”.
Kami mengetahui sesuatu pasal kelakuan manusia pada hari itu. Kalau kawan gagal, kita akan sedih tapi kalau kawan dapat nombor pertama, ia lebih menyedihkan. Kami sedih, tapi dua orang lain lebih sedih daripada kami, iaitu Virus dan Chatur.
“Ranchhoddas Chanchad. Baris depan, kanan pengarah. Uday Sinha, baris kedua, tempat duduk ketiga. Pittal, baris kedua, tempat duduk kelima.”, kedengaran bising suara kameraman yang menyusun pelajar mengikut kedudukan peperiksaan semasa acara ambil gambar bersama pengarah. Rancho melambai-lambai tangannya kepada Farhan dan Raju yang ditempatkan di barisan belakang sekali.
“Tuan, adakah perlu duduk mengikut tempat kedudukan?”, bisik Rancho kepada Virus yang duduk bersebelahannya. “Awak ada masalah ke?”… “Saya menghadapi masalah dengan seluruh sistem gred. Seperti sistem kasta. Pelajar gred A raja. Pelajar gred C hamba. Ia tak baik tuan”… “Awak ada idea yang lebih baik?”... “Ya. Keputusan tak patut ditampal di papan kenyataan. Mengapa nak menonjolkan kelemahan dan kecacatan kepada semua orang? Kalau dalam ujian darah, hemoglobinnya kurang, adakah doktor akan beri tonik atau tunjukkan laporan di TV?”.
“Apa yang awak katakan adalah saya perlu pergi ke satu persatu bilik semua pelajar dan bisik keputusan dalam telinga mereka? ‘awak dapat nombor satu, tahniah! Awak dapat nombor dua, uasaha lagi!’… tak masuk akal!”.
“Tak, itu bukan maksud saya tapi sistem gred mewujudkan pemecahan. Saya dapat nombor pertama dan duduk bersama tuan. Kawan-kawan saya dapat nombor akhir dan mereka berdiri di belakang”… “Sekurang-kurangnya mereka mempunyai sudut dalam foto ini. Kalau mereka terus bersama awak, mereka takkan berada dalam foto ini kali berikutnya. Mereka takkan lulus dan tiada syarikat yang akan beri mereka pekerjaan”, kata Virus. “Mereka akan dapat pekerjaan. Pasti ada syarikat yang tak memberi pekerjaan kepada mesin, tapi manusia.”
Hari ini, saya menghormati Rancho lebih banyak lagi. Kami pergi ke kolej hanya untuk mendapatkan ijazah. Kalau tiada ijazah, tiada pekerjaan. Kalau tiada pekerjaan, tiada ayah nak kahwinkan anaknya dengan kami. Bank takkan beri kad kredit, dunia takkan menghormati kami. Tapi dia tak datang kolej untuk ijazah tapi hanya untuk belajar. Dia tak takut jadi akhir atau tamak nombor pertama.
“Pelajar cemerlang, Ranchhoddas Shamaldas Chanchad!”
Saya tangkap gambar semua kenangan ini dan bawanya bersama. Pada hari itu, kami hanya peluk satu sama lain, buat janji kepada satu sama lain untuk menghubungi satu sama lain dan berjumpa sekali setahun. Siapa tahu kami akan melihat Rancho buat kali terakhir.
Guru Ranchhoddas memang betul. Jadilah cemerlang. Kejayaan akan mengejar kita.
0 comments:
Post a Comment