1.0 Pengenalan
Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna. Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini. Antaranya, definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama-sama”. Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi dan bidang tugasnya. Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan 1980:164, sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.
2.0 Struktur Binaan Ayat Bahasa Melayu
Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen. Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat.
2.1 Subjek
Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan. Menurut Profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk guru dan pelajar, subjek ialah benda. Istilah lain untuk subjek ialah hal. Subjek juga dikenali sebagai perkara yang diceritakan.
2.1.1 Binaan Subjek
Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama. Profesor Abdullah Hassan mengatakan bahawa unsur-unsur subjek mestilah terdiri dariapda orang, benda atau perkara. Contoh dalam cerpen Di Tengah Keluarga karya Shahnon Ahmad, terdapat beberapa ayat yang subjeknya terdiri daripada orang, benda dan kata kerja. Contohnya ayat pada muka surat 1 : Dia berkepela batu. Subjek dalam ayat ini adalah kata ganti nama diri iaitu merujuk kepada manusia.
2.1.2 Kata Nama
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan. Dalam cerpen Di Tengah Keluarga terdapat banyak ayat yang subjeknya terdiri daripada kata nama. Contohnya ialah ayat pada perenggan 6 muka surat 9 : tak tahulah, Non juga sudah dua bulan tak menulis apa-apa padanya. Subjek ayat ini adalah Non iaitu kata nama khas hidup manusia.
Selain itu, penulis juga kerap menggunakan kata nama am sebagai subjek dalam ayat. Buktinya,
1) Ayah tak mengerti (perenggan 6 halaman 3)
2) Abang tak pulang ke rumah (perenggan 4 halaman 8)
3) Ibu meratap terus (perenggan 3 halaman 7)
Subjek ayat tersebut adalah kata nama am hidup manusia.
2.1.3 Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Sehubungan itu kata ganti nama diri terdiri daripada dua jenis iaitu kata ganti nama diri tanya iaitu perkataan yang merujuk kepada orang atau benda dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu apa, siapa, dan, mana.
Penulis cerpen Di Tengah Keluarga turut menggunakan kata ganti nama tanya sebagai subjek dalam ayat. Contohnya,
1) Dia pangkat besar siapa yang beri? (halaman 2)
2) Kita tak harus menentukan siapakah isteri abang, siapakah menantu ayah. (halaman 4)
3) Siapa suruh dia menikah? (halaman 7)
4) Apakah akan berlaku kalau dibawanya isterinya pulang ke rumah bertemu ayah. (halaman 7)
5) Apa! Dia beli anak Cina? (halaman 12)
Di samping itu, penulis juga kerap menggunakan kata ganti nama diri orang pertama dan orang ketiga dalam binaan subjek ayat. Contoh subjek ayat yang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama ialah :
1) Ini aku tahu. (halaman 5)
2) Anakanda selamat sampai. (halaman 5)
2.1.4 Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama
Kehadiran kata kerja sebagai subjek dalam ayat bukanlah suatu perkara baru. Terdapat sejenis kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Walau bagaimanapun, penulis cerpen Di Tengah Keluarga lebih gemar menggunakan kata nama sebagai subjek ayat. Jelas dan nyata hanya minoriti sahaja subjek ayat yang bukan dari golongan kata nama. Buktinya hanya terdapat satu ayat sahaja yang subjeknya kata kerja pada halaman 14 : dibenamkan hidungnya ke pipi anakku yang masih merah itu.
2.1.5 Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama
Sehubungan itu, dalam bahasa Melayu, kata adjektif juga merupakan salah satu unsur yang dijadikan subjek dalam ayat. Terdapat sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat. Contohnya ialah dalam cerpen Di Tengah Keluarga karya Shahnon Ahmad,
1) marah kerana aku kahwin dengan mem orang putih? (halaman 3)
2) senangkah hatinya dengan isterinya sekarang. (halaman 4)
3) suka duka adalah milik kita. (halaman 4)
4) baik-baiklah jaga dirimu nak. (halaman 5)
Selain itu penulis juga telah menggunakan kata adjektif yang telah menerima imbuhan apitan ke-..-an sebagai subjek ayat. Buktinya pada halaman 5 : kejayaan abang adalah kejayaan mereka juga.
2.2 Predikat
Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Manakala menurut profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, predikat ialah bahagian yang mengandungi ayat yang mengandungi cerita. Cerita itu ialah berkenaan benda, orang ataupun perkara yang disebut dalam subjek. Predikat mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antara fungsi predikat adalah memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda, memberitahu apa yang dilakukan oleh benda, memberitahu sifat-sifat benda, dan memberitahu di mana, ke mana, mengapa, bagaimana, dengan sifat dan bila. Oleh yang demikian, predikat boleh terdiri daripada mana-mana satu jenis daripada empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi.
2.2.1 Binaan Predikat
Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
2.2.2 Predikat Frasa Nama
Predikat Frasa Nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi sebagai subjek dalam sesuatu ayat. Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata nama khas dan kata nama terbitan.
2.2.3 Predikat Frasa Kerja
Frasa kerja yang menjadi predikat dalam boleh terbentuk daripada beberapa unsur seperti unsur kata kerja asal, kata kerja terbitan, kata bantu dan unsur-unsur keterangan. Kata kerja asal terdiri daripada dua jenis iaitu kata kerja asal tidak berimbuhan dan asal berimbuhan. Contohnya dalam cerpen Di Tengah Keluarga, penulis juga menggunakan frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Contoh ayat yang terdapat dalam cerpen ini adalah “kami bersiar-siar di kota”.
2.2.4 (a) Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan
Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja, dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut manakala kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan ialah mandi, masuk, keluar, tidur, hilang, naik dan sebagainya. Contoh kata kerja asal tidak berimbuhan dalam cerpen Di Tengah Keluarga ialah,
1) Sampai mati pun ayah tak akan tunduk. (halaman 1)
2) Kami nak duduk dengan dialah. (halaman 3)
2.2.4 (b) Kata Kerja Asal Berimbuhan
Kata kerja asal berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan imbuhan. Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Contoh kata kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari, bernyanyi, berehat dan banyak lagi. Contoh kata kerja asal berimbuhan sebagai predikat kata kerja dalam cerpen Di Tengah Keluarga ialah,
1) Aku hanya boleh mengangguk. (halaman 3)
2) Ayah pula aku persalahkan. (halaman 4)
3) Belum pernah mereka suami isteri berbalah. (halaman 5)
4) Aku dapati ayah menangis di kala itu. (halaman 5)
5) ……menadah tangan tiap-tiap lepas sembahyang. (halaman 5)
2.2.4 (c) Kata Kerja Terbitan
Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi daripada golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Proses pengimbuhan akan berlaku bagi menerbitkan kata kerja terbitan. Proses ini berlaku apabila kata nama atau kata adjektif tersebut memerlukan imbuhan me-..-kan, me-..-i atau memper-. Contoh perkataan yang terbit daripada proses pengimbuhan ialah menyekolahkan, membuahkan, menghasilkan dan memperluas. Kata kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing dalam ayat memerlukan objek. Setelah meneliti ayat-ayat yang digunakan oleh penulis, didapati ada penggunaan kata kerja terbitan sebagai predikat frasa kerja. Antaranya,
1) Ayah pula aku persalahkan. (halaman 4).
2) Belum pernah mereka suami isteri berbalah. (halaman 5).
3) Mengingatkan segala kekurangan ini aku dengan sekaligus menyebelahi ayah pula. (halaman 7).
4) Surat abang sampai menyatakan dia akan pulang seminggu lagi. (halaman 7).
2.2.4 (d) Kata Bantu
Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan. Contoh kata bantu aspek ialah akan, belum, pernah, sedang, masih dan banyak lagi. Manakala kata bantu ragam ialah merupakan kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Kata bantu jenis ini adalah seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.
Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalah sebelum kata kerja. Sehubungan itu, kata bantu juga boleh hadir secara berderetan iaitu lebih daripada satu dalam sesuatu ayat. Setelah meneliti setiap ayat dalam cerpen Mak Timah, didapati sememangnya banyak penggunaan kata bantu ragam dan aspek dalam predikat frasa kerja. Antara ayat yang mengandungi kata bantu adalah seperti yang berikut :
1) Aku di kala itu sudah dewasa, dan sudah pun pandai berasmara. (halaman 6).
2) Tetapi di muka ibu, yang ada bersama, sudah ada tanda-tanda takut dan terharu. (halaman 6).
3) Dia tidak memikir panjang tentang akibat-akibat buruk yang akan menimpa seluruh kaum keluarga kami. (halaman 7).
4) Rumah kami tak akan didatangi tetamu lagi. (halaman 8).
5) Dan semua ini adalah kerana kedegilan abang yang semata-mata hendak menjaga kepentingannya. (halaman 8).
6) Hampir-hampir setahun ayah tak pernah menyebut nama abang. (halaman 9).
2.2.4 (e) Unsur-unsur Keterangan
Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja transitif dan tak transitif, boleh menerima frasa keterangan. Dengan frasa keterangan, kata kerja diterangkan dengan lebih lanjut lagi. Frasa keterangan terbentuk daripada frasa sendi nama seperti dengan cepat, di kilang, pada pukul dan sebagainya. Penulis cerpen Di Tengah Keluarga juga banyak menggunakan unsur-unsur keterangan dalam ayat yang predikatnya adalah frasa kerja. Antara ayat tersebut adalah seperti berikut ;
1) Hidup bujang sebagai aku memang merdeka sampai kebulu-bulunya. (halaman 9).
2) Terlintas dalam kepalaku bahawa ayah barangkali sudah menukar haluan ; tak perlu lagi memikirkan siapakah menantunya, bangsa apakah dia, dan sebagainya. (halaman 10).
3) Pendapatannya yang besar itu tentulah tak menyusahkan tanggunggannya. (halaman 10).
4) Mungkin dengan jalan itu dapatlah ayah mencium cucu sebelum betul-betul dimakan tua. (halaman 10).
5) Ayah tentu suka menjalankan perkahwinan itu dengan cara adat-adat Melayu. (halaman 11).
2.2.5 Predikat Frasa Adjektif
Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif, iaitu kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda. Bagi penggunaan kata adjektif selapis, boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh dan sebagainya. Ada juga kata penguat yang boleh hadir sesudah kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan benar. Selain itu, kata adjektif juga boleh hadir bersama-sama kata bandingan seperti lebih dan paling dan juga boleh disertai imbuhan ter- yang membawa maksud “paling”. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, terdapat banyak penggunaan frasa adjektif sebagai predikat dalam ayat. Antaranya adalah seperti ayat yang berikut :
1) Dia seorang yang baik dan jujur. (halaman 12).
2) Kanda beli dengan harga yang paling murah. (halaman 12).
3) Abang memang kejam ; terlalu kejam sekali. (halaman 12).
4) Suasana yang hampir terang itu bertukar menjadi kelam menebal. (halaman 13).
2.2.6 Predikat Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama. Kata sendi nama adalah seperti di, ke, dari, daripada, kepada, untuk, pada, dengan, oleh dan sebagainya. Berikut adalah contoh ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama.
1) Lagi-lagi ayah berselisih faham dengan abang. (halaman 1).
2) …..; lebih rumit dari mendamaikan dua buah benua yang sedang gelut bertempur. (halaman 1).
3) Kalau abang pulang ke kampung ayah keraplah merungut. (halaman 3).
4) Aku masih ingat beberapa tahun dahulu di kala kami sekeluarga turut menghantar abang ke England. (halaman 5).
3.0 Konstituen Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama. Ada pendapat yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama.
3.1 Binaan Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan-perkataan itu. Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang menrupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan-perkataan yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya.
Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya. Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang.
Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + penerang boleh terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama.
Dalam cerpen Di Tengah Keluarga, bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa binaan frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah:
i) Inti + penerang nama jenis.
Frasa Nama Inti Penerang Nama Jenis
Orang Putih
Masyarakat Kampung
Kapal Terbang
Adat Melayu
ii) Inti + penerang milik
Frasa Nama Inti Penerang Milik
Anak Sulung
Surat Abang
Menantu Ayah
Rumah Kami
Kejayaan Abang
Ipar Ku
Padang Kapal terbang
3.1.2 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan Nama
Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama, terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu, kata kerja, kata adjektif, frasa sendi nama dan bilangan ordinal. Dalam cerpen Di Tengah Keluarga, terdapat juga binaan frasa nama inti + penerang bukan nama.
i) Penentu Hadapan
Frasa Nama Penentu Hadapan Inti
Bilangan Penjodoh Bilangan
ii) Penentu belakang
Frasa Nama Inti Penentu Belakang
Masa Sekarang
Dunia Ini
Abang Pun
Perkahwinan Itu
Peristiwa Itu
iii) Inti + penerang kata adjektif
Frasa Nama Inti Penerang Kata Adjektif
Dia Selamat
Aku Suka
Orang Putih
Perempuan Kafir
Manusia Biasa
Adat Lama
Anak Celaka
iv) Inti + penerang frasa sendi nama
Frasa Nama Inti Penerang Sendi Nama
Sendi Nama Frasa Nama
Abang Di Padang
Surat Dari Ayah
Hidup Di Dunia
3.2 Susunan Konstituen Frasa Nama
Dalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahulu dan apa yang kemudian. Peraturan-peraturan ini adalah seperti peraturan Diterangkan–Menerangkan (D-M), kecualian hukum D-M, bilangan dan panggilan, dan penerang. Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Di Tengah Keluarga, didapati penulis sememangnya mengambil kira susunan konstituen frasa nama.
Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam cerpen Di Tengah Keluarga.
Frasa Nama
Diterangkan (inti) Menerangkan (penerang)
Surat Abang
Masyarakat Kampung
Menantu Ayah
4.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Dalam ayat-ayat bahasa Melayu, binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif. Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif.
4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Binaan Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Di Tengah Keluarga adalah seperti berikut :
a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap
i) Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama
Dia Pulang Dari Sandhurst
Muka aku Nak sorok Di mana
Abang Pulang Ke kampung
Kami berdua Bersiar-siar Di kota
ii) Kata nama sebagai pelengkap
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama
Aku Memberitahu Ayah
Dia Menempuh Hidup
Ibu Mendengar Isi surat
Ayah Meriba Budak itu
iii) kata Adjektif sebagai pelengkap
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Adjektif
Ayah Menyampuk Ganas
Dadaku Terasa Lapang
b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerang
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Bantu Aspek Frasa Kerja Kata Kerja Penerang
Ibu Sudah Pasti menangis Tak habis-habis
Aku Masih Ingat ayah meriba Budak itu
Kita Hendak Menyeksa seorang Umat tuhan
Mula-mula kukira Hendakku Diamkan sahaja Berita itu
Abang Harus Kahwin Seorang lagi
4.2 Binaa Frasa Kerja dengan Objek
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya.
a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objek
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat
Ayah Menamatkan Kata-katanya
Ayah Mencium Cucu
Dia Beli Anak Cina
b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objek
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek Tepi
Ayah Rebahkan Seekor kerbau Jantan besar
Ayah Meriba Budak itu Sesudah sahaja dimandikan
4.3 Frasa Kerja dengan Kata Bantu
Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat. Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kerja, manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.
a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Di Tengah Keluarga.
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Bantu Aspek Kata Kerja Pelengkap
Kita hendak Menyeksa seorang Umat tuhan
Dia akan Pulang Seminggu lagi
Dia sedang Berlatih Di Sandhurst
Abang pun sudah Mencapai Pangkat kapten
Ibu sudah Pasti menangis Tak habis-habis
b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Di Tengah Keluarga.
i. susah betul hendak memikirkannya
ii. Kami nak duduk dengan dialah
iii. Bertuahlah ayah dan ibu kalau dapat tinggal bersama abang.
iv. Ayah masih marah padaku?
v. Aku ingin cepat-cepat pulang ke kampung.
vi. belum pernah mereka suami isteri berbalah.
vii. Aku tidak sempat membaca surat itu sampai habis.
4.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen.
Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung pancangan komplemen akan digunakan iaitu “bahawa dan untuk” yang berfungsi menggabungkan dua ayat menjadi satu ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan komplemen.
a) Abang hanya berlagak untuk kepentingan diri dia sendiri.
b) Dia akan berkahwin seorang lain semata-mata untuk ayah.
c) Tapi untuk menyenangkan hati ayah dan ibu, kanda sekarang sudah mendapat seorang anak.
d) Anak itu akan kanda serah pada ayah dan ibu untuk dipelihara.
e) Dia tidak harus dipujuk lagi untuk menyenangkan hati ayah dan ibu.
f) Orang yang seumpama itu tak perlu lagi dijemput untuk berunding sesuatu.
g) Dan memikirkan hati ayah dan ibu perlu disembuh kembali dengan seberapa segera.
4.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
a) Keterangan waktu
i. Ibu sering memberitahuku tentang kedegilan ayah semasa muda dahulu,
ii. Abang menyoal pada suatu ketika waktu kami berdua bersiar-siar di kota dalam keretanya.
b) Keterangan cara
i. Menangislah ibu teresak-esak mendengar kata-kata ayah.
ii. Raut mukanya yang berkerut-kerut menunjukkan kekesalan yang amat sangat.
iii. Ayah pasti suka menjalankan perkahwinan itu dengan cara adat-adat Melayu.
c) Keterangan tujuan
i. Abang hanya berlagak untuk kepentingan diri dia sendiri.
ii. Dia akan berkahwin seorang lain semata-mata untuk ayah.
iii. Tapi untuk menyenangkan hati ayah dan ibu, kanda sekarang sudah mendapat seorang anak.
iv. Anak itu akan kanda serah pada ayah dan ibu untuk dipelihara.
v. Dia tidak harus dipujuk lagi untuk menyenangkan hati ayah dan ibu.
vi. Orang yang seumpama itu tak perlu lagi dijemput untuk berunding sesuatu.
vii. Dan memikirkan hati ayah dan ibu perlu disembuh kembali dengan seberapa segera.
d) Keterangan alat
i. Mengurus rombongan lamaran, menghantar cincin, sirih pinang, kenduri besar, naik pelamin dan baca Quran.
e) Keterangan bagai
i. Aku terlibat dalam angkara ini sebagai orang tengah.
ii. Mengingatkan hal-hal seumpama ini.
iii. Sebagaimana kata abang, ayah tak mengerti.
4.6. Kesimpulan binaan frasa kerja yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.
Secara ringkasnya, binaan frasa kerja yang terdapat didalam cerpen ini adalah binaan frasa kerja dengan objek dan tanpa objek. Sehubungan itu juga, penulis banyak mengaplikasikan kata bantu iaitu frasa kerja dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Selain itu, ayat yang dibina juga telah diperluaskan dengan kata hubung pancangan komplemen dan menerbitkan ayat majmuk yang mengandungi frasa kerja dengan ayat komplemen. Unsur-unsur keterangan juga telah digunakan ialah meliputi keterangan waktu, tempat, alat dan bagai.
5.0 Binaan Frasa Adjektif dalam ayat bahasa Melayu.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakang.
5.1 Binaan Satu Perkataan
Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif. Berikut adalah contoh daripada cerpen Di Tengah Keluarga,
I. Aku suka padanya
II. Aku cinta padanya.
III. Anakanda selamat sampai.
Kata adjektif “suka, cinta dan selamat” merupakan kata adjektif tanpa imbuhan iaitu kata adjektif yang terdiri daripada satu kata dasar.
5.2 Binaan Dua Perkataan
Binaan jensi ini terdiri daripada dua perkataan iaitu sama ada kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama.
a) Binaan kata adjektif + kata adjektif
Binaan ini boleh terdiri daripada tiga jenis iaitu dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna, dua kata adjektif yang maknanya berlawanan dan deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contoh daripada cerpen Di Tengah Keluarga seperti berikut :
i. Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna
• susah payah
• suka duka
• sedu sedan
ii. Binaan kata adjektif + kata nama
Binaan ini merupakan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama terdiri daripada kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerang. Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan dan frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Binaan jenis ini juga tidak terdapat di dalam cerpen Di Tengah Keluarga. Sebaliknya penulis banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja.
5.3 Frasa Adjektif dan Penguat.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya sepatah kata adjektif dan boleh juga teridiri daripada kata adjektif yang disertai penguatnya. Berikut adalah hasil analisis daripada cerpen Di Tengah Keluarga:
a) Penguat hadapan
Kata penguat yang hadir sebelum kata adjektif dan berada selepas kata nama atau kata bantu. Contoh ayat ialah;
I. Anaknya yang paling bongsu
II. Kanda beli dengan harga yang paling murah
III. Abang memang kejam; terlalu kejam sekali
5.4 Kata Bantu dalam Frasa Adjektif
I. Dibenamkan hidungnya ke pipi anakku yang masih merah itu.
II. Sedangkan berita perkahwinan abang dahulu pun dia sudah mengamuk.
III. Suasana yang hampir-hampir terang itu bertukar menjadi kelam menebal.
5.5 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif iaitu selepas subjek sebagai predikat, selepas frasa kerja sebagai keterangan dan selepas frasa nama sebagai penerang.
Dalam jadual dibawah adalah hasil analisis susunan frasa adjektif dalam ayat bagi cerpen Di Tengah Keluarga.
a) Frasa Adjektif sebagai Predikat
AYAT
Subjek Predikat
Anakanda Selamat sampai
Aku membaca surat itu Di hadapan ayah kuat-kuat
Muka ayah dan ibu Masih berseri-seri
Ceritanya Memang panjang
Ayah Menyampuk ganas
b) Frasa Adjektif sebagai keterangan
AYAT
Subjek Predikat
Frasa Kerja Ketarangan (Kata Adjektif)
Kanda beli dengan harga Yang paling murah
Mungkin terbayang di matanya seorang cucu yang mongel dan montok
Dikoyakkan surat itu Halus-halus
Dia menikah dengan perempuan Kafir laknat
Bertindak membuta tuli Adalah salah
Sedikit dadaku terasa Lapang
Ayah menangis Begitu kuat
c) Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama
FRASA NAMA
Kata Nama Kata Adjektif
Ibu Sibuk
Anak Cina
Kanak-kanak Nakal
Kerbau jantan besar
5.6 Kesimpulan Binaan Frasa Adjektif yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah
Secara ringkasnya, penulis lebih banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja. Manakala jika dilihat hasil analisis dari aspek susunan frasa adjektif dalam ayat, ketiga-tiga susunan tersebut terdapat dalam cerepn ini. Kesimpulannya frasa adjektif sebagai predikat ialah satu binaan yang boleh diperluaskan dengan menambah beberapa unsur seperti dalam rajah yang berikut:
Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Keterangan + Ayat Komplemen.
6.0 Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Berikut adalah contoh frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Di Tengah Keluarga.
AYAT
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Sendi Nama
Abang pulang Ke Kampung
Muka aku nak sorok Di Mana
Penduduk Di Daerah Kota Kecil
Kerja Di Pecan Besar
Kami berdua bersiar-siar Di Kota
Semua adik-beradik kita Di Kampung
Manusia Di Dunia ini
6.1 Binaan Frasa Sendi Nama dalam ayat bahasa Melayu.
i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya dihadapan suatu frasa nama. Binaan jenis ini terdapat di dalam cerpen Di Tengah Keluarga. Hasil analisis adalah seperti di dalam jadual dibawah:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
Dari abang
Ke Kampung
Di Muka ibu
Di Pahang
Ke Kuala Lumpur
Kepada Seorang Nyonya
ii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah ) + Frasa Nama
Dalam binaan ini, kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului satu unsur kata nama arah. Dalam masa yang sama, frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa nama arah.
FARASA NAMA
Kata Sendi Nama Frasa Nama
Kata Nama Arah Frasa Nama
Di Pahang
Di England
Kepada Seorang Nyonya
Walau bagaimanapun, bilangan binaan jenis ini sedikit di dalam cerpen Di Tengah Keluarga.
iii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah ) + Frasa Nama + Keterangan.
Binaan jenis ini terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan. Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan.
FRASA SENDI NAMA
Kata Sendi Nama Frasa Nama Keterangan
Kata Nama Arah Frasa Nama
Di Kala aku tunjukkan surat itu
Ke Kampung memberitahu ayah dan ibu
Dari Ayah meminta aku pulang sekejap
6.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat.
i) Predikat Frasa Sendi Nama
Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa.
Contoh ayat:
AYAT
Subjek Predikat
Abang pulang Ke kampung
Muka aku nak sorok Di mana
Penduduk Di Daerah Kota Kecil
Kami berdua bersiar-siar Di Kota
Semua adik-beradik kita Di kampung
Manusia Di dunia ini
ii) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
a) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja
1) abang pulang ke kampung .
2) muka aku nak sorok di mana
3) penduduk di daerah Kota Kecil
4) semua adik-beradik kita di kampung
5) manusia di dunia ini
6) kami berdua bersiar-siar di kota
6.3 Kesimpulan Binaan dan Susunan Frasa Sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Di Tengah Keluarga.
Secara ringkasnya, binaan frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen ini majoritinya penulis kerap menggunakan binaan Kata Sendi Nama + Frasa Nama. Manakala binaan yang lain adalah jarang sekali digunakan. Manakala dari aspek kedudukan frasa sendi nama dalam ayat pula, penulis kerap menggunakan frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama sebagai keterangan frasa kerja.
6.4 Unsur Sastera, Budaya dan Seni Melayu
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.
Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri. Berikut adalah contoh unsur sastera yang terdapat dalam cerpen Di Tengah Keluarga;
“Kanda! Maaf kerana lama tak menulis. Dinda bersama ayah dan ibu baik-baik sahaja; demikian harapan kami pada kanda dan kakak. Kanda! Nampaknya ayah tidak lagi marah pada kanda tentang perkahwinan kanda itu. Syukurlah. Dinda sendiri turut rasa gembira. Ayah sendiri memberitahu dinda. Hanya dia dan ibu terlalu kesunyian sekarang. Alangkah lapang dada mereka kalau ada seorang cucu. Kanda! Rupanya ayah ingin melihat cucu sebelum dia meninggal. Ayah bimbang kalau-kalau kakak sekarang tidak akan melahirkan anak. Apakah jadi pada kanda semasa tua nanti kalau seorang anak pun tak ada. Pendapat ayah itu betul juga. Hidup tak beranak itu samalah seperti hidup anak yatim piatu. Kanda! Ayah meminta agar kanda kahwin seorang lagi. Tentu tak menjadi keberatan bagi kanda. Mungkin dengan jalan ini dapatlah kanda seorang anak. Alangkah lapang dada orang tua kita. Tak lama lagi mereka akan mati. Dan sebelum menutup mata biarlah kita meluluskan permintaan mereka.”
Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Berikut adalah contoh unsur budaya yang terdapat dalam cerpen Di Tengah Keluarga;
1) Ayah tentu suka menjalankan perkahwinan itu dengan cara adat-adat Melayu: mengutus rombongan lamaran, menghantar cincin, sirih pinang, kenduri besar, naik pelamin dan baca Quran. (halaman 11)
2) Ayah rebahkan seekor kerbau jantan besar. Ibu sibuk menyediakan serba kelengkapan. Muka ayah dan ibu berseri-seri melihat aku naik pelamin. (halaman 14)
Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa didunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.
Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya, beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan idea tertentu melalui simbol dan bentuk (seperti pokok selasih sebagai kekasih).
Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni; sebagai contoh, adakah seseorang itu boleh menghasilkan seni, sekiranya ia tidak bertujuan sebagai hasil seni? Adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang? Adakah hasil seni dianggap seni hanya apabila ia sempurna?.
Walau bagaimanapun, unsur ini tidak terdapat dalam cerpen Di Tengah Keluarga.
7.0 Rumusan
Berdasarkan hasil analisis cerpen Di Tengah Keluarga, sememangnya struktur ayat terdiri daripada asas iaitu mengandungi subjek dan predikat. Sesebuah ayat boleh di bina dengan menggaplikasikan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Namun demikian setiap frasa ini mempunyai binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya sesuatu ayat boleh diperluaskan dengan unsur frasa-frasa yang boleh diubah peranannya dalam ayat seperti menjadi unsur pelengkap dan keterangan dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen atau frasa sendi nama bagi menerbitkan ayat majmuk komplemen.
0 comments:
Post a Comment