IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KUMPULAN PPG MT 2611
October 18, 2011
BAHAGIAN A (10 markah)
Jawab semua soalan di bahagian ini dengan menghitamkan jawapan yang dikehendaki pada ruangan A, B, C atau D di dalam kertas saranan jawapan yang disediakan.
1. Istilah tamadun berasal dari perkataan Arab iaitu
A. Mudun
B. Ma’bad
C. Madyan
D. Maddana
2. Berikut adalah prinsip tamadun Islam kecuali
A Memelihara akal fikiran
B Memelihara maruah dan keturunan
C Memelihara adat resam sesuatu bangsa
D Memelihara harta benda seseorang individu
3. Dalam proses interaksi antara tamadun, sifat keterbukaan sangat penting untuk direalisasikan.
Apakah yang dimaksudkan dengan sidat keterbukaan?
A Dasar tutup pintu
B Menolak idea yang baik
C Menerima idea dari tamadun lain tanpa menggadaikan prinsip
D Menerima idea dan menggadaikan prinsip yang dipegang sebelumnya
4. Selepas kedatangan Islam, orang Melayu berubah kepada aqidah
A Mengesakan Allah swt
B Menyembah berhala yang satu
C Mempercayai semangat roh
D Beriman dengan roh nenek moyang
5. Di antara berikut yang manakah merupakan kesan pengaruh Islam terhadap adat resam orang Melayu?
A Upacara bersanding
B Majlis Khatam Al-Quran
C Adat melenggang perut
D Upacara menolak bala bulan Safar
6. Berikut adalah benar tentang kesan tamadun Cina dalam pemantapan tamadun Malaysia dan dunia kecuali
A Perlombongan dan pertanian komersil berkembang di Tanah Melayu
B Tamadun Cina membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu.
C Kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam
D Diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman antara kerabat diraja, pembesar dan rakyat jelata.
7. Apakah sumbangan tamadun Jepun terhadap tamadun Malaysia?
A Serapan bahasa Jepun dalam Bahasa Melayu dan sebaliknya
B Jepun membenarkan Sultan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
C Jepun membekalkan ubat-ubatan kepada oraqng Melayu untuk kegunaan sendiri.
D Wujud maktab bahasa asing yang mengajar bahasa asing untuk menjaga kelancaran hubungan diplomatik
8. Antara berikut, yang manakah bukan fakta tentang pengaruh hegemoni Barat terhadap masyarakat Malaysia?
A Kesedaran dari segi beragama
B Kesedaran membangunkan diri sendiri
C Terpengaruh dengan jenis dan budaya pemakanan barat
D Penampilan gaya hidup artis-artis Barat yang bertentangan dengan nilai ketimuran
9. Isu-isu kontemporari telah memberi kesan terhadap masyarakat dan Negara Malaysia. Antaranya ialah
A Alam sekitar terpelihara
B Wujud diskriminasi jantina
C Pemindahan ilmu dan teknologi
D Kurang kesedaran membangunkan diri sendiri
10. Kehidupan berkualiti adalah merupakan salah satu daripada prinsip Islam Hadhari. Antara berikut, yang manakah tepat tentang prinsip tersebut?
A Pembangunan insan dan kerohanian
B Pembangunan intelek, jasmani, rohani dan emosi yang seimbang
C Kemajuan kebendaan perlu didasari oleh nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur
D Gabungan kemantapan aqidah, syariah dan akhlak – faham makna aqidah, syariah dan akhlak dengan mendalam
0 comments:
Post a Comment