CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

22 April 2012

Contoh Soalan Pengurusan Kokurikulum IPSAH


1. Antara berikut yang manakah bukan tujuan mengadakan sistem fail bagi persatuan / pertubuhan di sekolah?
A Sesuatu rekod mudah dicari.
B Maklumat dan rekod tidak hilang.
C Membolehkan pengetua mengawasi aktiviti persatuan / pertubuhan.
D Menambahkan kecekapan mentadbir dan mengurus persatuan / pertubuhan.


2.   06/08/003 Persatuan Matematik
       06/08/013 Persatuan Sejarah

 Fail-fail di atas diwujudkan berdasarkan system berikut:
 A Tajuk / subtajuk / perkara
 B Perkara / subtajukl / tajuk
 C Subtajuk / tajuk / perkara
 D Tajuk / perkara / subtajuk


 3. Anda menerima surat daripada Bahagian Pendidikan Guru dengan rujukan surat seperti berikut: KP(BPG)9330/7/1992/(28) Angka (28) dalam rujukan fail menandakan

 A Fail ke-28
 B Surat ke-28
 C Jilid ke-28
 D Surat dikeluarkan pada 28hb


 Soalan 4 hingga 6 berdasarkan maklumat berikut:

 A Mesyuarat Agong Tahunan
 B Mesyuarat Agong Tergempar
 C Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
 D Mesyuarat Jawatankuasa Kecil / Biro

 Sesuaikan tujuan mesyuarat berikut dengan jenis mesyuarat yang harus diadakan.

4. Timbul sesuatu isu yang penting dan perlu diselesaikan oleh semua ahli.

5. Merancang aktiviti tahunan persatuan.

6. Memilih ahli jawatankuasa kerja baru dan meluluskan usul-usul


7. Perkara berikut akan dimasukkan sebagai agenda mesyuarat:

 I Hal-hal lain
II Laporan kegiatan
III Ucapan pengerusi
IV Perkara berbangkit
V Mengesahkan minit mesyuarat yang lepas

Susunan agenda yang betul ialah:
A III, II, V, IV, I
B III, IV, I, II, V
C III, V, II, IV, I
D III, V, IV, II, I


8. Merancang program dan perjumpaan akan dilakukan oleh

A Jawatankuasa Kerja
B Jawatankuasa Pelaksana
C Jawatankuasa Pusat
D Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Pelaksana


 9. Apakah tujuan agenda “ Hal-hal lain “ diadakan pada mesyuarat ?

A Memberi peluang ahli belum bercakap untuk bercakap.
B Memberi peluang kepada ahli yang ingin memberi pendapat.
C Memberi peluang ahli mengesahkan mesyuarat.
D Memberi peluang ahli melantik AJK baru.


10. Tandatangan yang dilakukan oleh orang yang menjemput mesyuarat biasanya dilakukan oleh

A Pengetua
B Setiausaha
C Ketua Jabatan
D Sesiapa saja


11. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sebahagian besarnya dilakukan di lauar bilik darjah disebutkan

A kurikulum
B kokurikulum
C pendidikan formal
D pendidikan secara tidak formal


12. Pembelajaran kokurikulum biasanya dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti berikut kecuali

 A badan beruniform
B kelab dan persatuan
C sukan dan permainan
D pembelajaran akademik di bilik darjah


13. Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa

I semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan
II semua murid boleh dididik dan mendidik diri sendiri dan rakan sebaya
III sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluam masyarakat
IV semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan social, jasmani dan rohani

 A I, II dan III sahaja
 B I, II dan IV sahaja
 C I, III dan IV sahaja
 D I, II, III dan IV


14. Aktiviti kokurikulum diharapkan dapat melahirkan murid-murid yang mempunyai sifat-sifat seperti berikut kecuali

A beradap dan bersusila
B bertanggungjawab dan berdikari
C mementingkan diri dan aggresif
D berfikiran tajam, logic dan rasional


15. Berikut merupakan ciri-ciri pertandingan sekali gus kecuali

A bilangan peserta adalah ramai
B peserta berpeluang bertanding kali kedua
C pemenang ditentukan berdasarkan markah tertinggi
D markah adalah berpandukan criteria dan bahagian yang ditetapkan dalam suatu acara


16. Kriteria yang berikut perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual pertandingan kalah mati kecuali

A bilangan peserta sama ada gandaan 8
B bilangan ‘bye’ yang perlu ada
C bilangan peserta sama ada ramai
D jadual pertandingan sama ada bersimetri


17. Dalam pertandingan separuh liga,

A tempat ke-3 dan ke-4 ditentukan dalam pertandingan separuh akhir
B pasukan-pasukan yang bertanding tidak dibahagikan kepada beberapa kumpulan
C pertandingan melibatkan kedua-dua acara iaitu secara liga dan kalah mati
D johan dan naib johan ditentukan mengikut kumpulan jumlah markah terbanyak


18. Satu pertandingan perseorangan badminton yang akan dijalankan secara kalah mati di sebuah sekolah. Bilangan peserta ialah 14 orang. Berapakah bilangan ‘bye’ pada peringkat awal pertandingan ini ?

A 2
B 3
C 5
D 6


19.  Peningkatan disiplin pelajar
       Pengisian masa lapang dengan berfaedah
       Menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional
       Membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan menyeronokan

Kenyataan-kenyataan di atas berhubungkait dengan kokurikulum. Kenyataan-kenyataan ini dikenali sebagai

A strategi kokurikulum
B objektif kokurikulum
C matlamat kokurikulum
 D rasional kokurikulum


20. Berikut adalah nilai-nilai pendidikan yang dapat disemaikan ke dalam diri murid melalaui gerak kerja kokurikulum Pasangan manakah tidak benar ? Nilai Gerak kerja

A Disiplin Kawat kaki
B Bekerjasama Gotong royong
C Bersimpati Permainan
D Berdikari Perkhemahan


21. Gerak kerja kokurikulum adalah kegiatan
 A kebudayaan
B kemasyarakatan
C kepimpinan
D pendidikan


22. Antara persatuan-persatuan yang ditubuhkan di sekolah yang manakah tidak mempunyai persatuan Induk ?

A Pengakap
B Pandu Puteri
C Puteri Islam
D Bola Sepak


23. Persatuan yang ditubuhkan di bawah akta Parlimen ialah

A Persatuan Komputer
B Persatuan Pengguna
C Persatuan Keselamatan Sekolah
D Persatuan Bulan Sabit Merah


24. Antara pernyataan berikut yang manakah bukan fungsi perlembagaan persatuan ?

A Panduan dan pedoman untuk gerakan persatuan berkenaan
B Melicinkan perjalanan sesuatu persatuan
C Menjadi tempat rujukan apabila timbul masalah berkaitan persatuan
D Berfungsi sebagai mahkamah dalam hal menjatuhkan hukuman ke atas ahli-ahli yang melanggar undang-undang persatuan


25. Antara pernyataan berikut yang manakah merupakan definisi kepimpinan yang sesuai ?

A Kepimpinan melibatkan orang lain, iaitu pekerja atau pengikut
B Kepimpinan merangkumi pengagihan kuasa antara pemimpin dan ahli
C Kepimpinan ialah proses penggunaan pelbagai kuasa untuk mempengaruhi ahli
D Kepimpinan ialah proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti ahli untuk pencapaian matlamat


26. Pemimpin menekankan perancangan, penjadualan dan pemprosesan kerja serta pengawalan rapi terhadap mutu kerja Gaya kepimpinan yang ditonjolkan ialah

A Gaya kepimpinan berorientasi tugasan
 B Gaya kepimpinan berorientasi manusia
 C Gaya kepimpinan berorientasi tugasan dan manusia
 D Gaya kepimpinan berorientasi tugasan, kemanusiaan dan kerohanian


27.  Manusia suka bekerja
       Manusia mempunyai potensi
       Manusia mempunyai dorongan tinggi
       Manusia menggunakan kreativiti dan imaginasi

 Andaian-andaian di atas adalah mengenai Teori kepimpinan

 A X
 B Y
 C Z
 D gabungan X, Y dan Z


28. Antara berikut, yang merupakan satu perkara yang perlu diteliti bagi keberkesanan dan kelancaran majlis perasmian pembukaan dan penutup ?

A Senarai kehadiran tetamu
B Keceriaan tempat majlis
C Kesediaan J/K Sambutan
D Teks pengerusi majlis perasmian pembukaan dan penutup


29. Sekiranya ahli keluarga DiRaja ialah tetamu Kehormat dalam suatu majlis rasmi yang dikendalikan, gelaran kehormatnya ialah

A Yang Mulia
B Yang Amat Mulia
C Yang Amat Berbahagia
D Duli Yang Maha Mulia


30. Tugas Jawatankuasa kecil urusetia merangkumi

A mengadili pertandingan
B mengendalikan surat menyurat
C mengawal perbelanjaan dan pembayaran
D menjelaskan syarat pertandingan


31. Berikut adalah contoh Jawatankuasa kecil pertandingan kecuali 

A hakim
B juri
C perhubungan
D liga


32. Dalam satu pertandingan bola keranjang yang menggunakan system liga, 6 pasukan mengambil bahagian. Berapakah bilangan perlawanan yang perlu diadakan ?

A 15
B 30
C 36
D 72


33. ‘ Menyedia dan menentukan tempat pertandingan sesuai dan mengikut peraturan pertandingan ‘. Yang tersebut di atas merupakan tugas pihak

A Pengerusi
B Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan
C Jawatankuasa Peralatan
D Jawatankuasa Urusetia


34. Berikut adalah langkah keselamatan yang perlu diambil oleh penganjur lawatan kecuali

A pakaian yang sesuai
B penyeliaan yang rapi
C kesihatan tubuh badan
D maklumbalas mengenai tugasan


35. Antara manfaat utama lawatan ialah

I cintakan alam sekitar
II lebih bermakna
III sosialisasi masyarakat dengan pelajar
IV membuat kertas kerja

A I dan II
B I, II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV


36. Antara aktiviti atau tugasan yang sesuai dijalankan oleh peserta dalam perjalanan ke destinasi semasa lawatan ialah

I kemahiran dan latihan
II mempelajari isyarat sulit
III menyiasat batu-batan dan jenis tanah
IV menyiasat flora dan fauna

A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV


37. Baucer pembayaran merupakan dokumen untuk merekodkan

A pengaliran masuk wang tunai atau cek
B jumlah wang yang telah dibayar
C jumlah harta yang dimiliki
D pengaliran keluar wang tunai atau cek


38. Pilih kenyataan yang benar mengenai bidang kuasa Bendahari persatuan

A Berkuasa menyimpan wang tunai persatuan
B Menyedia dan mengemaskini penyata kewangan setiap hari
C Mempunyai kuasa mengeluarkan wang dari bank seorang
D Pembentangan kewangan setiap kali mesyuarat J/K Kerja persatuan


39. Kunci kira-kira persatuan perlu dibentangkan atau disediakan dalam bentuk akaun pada ……….

A 1 Jun
B 31 Mei
C I Januari
D 31 Disember


40. Peraturan pembelian peralatan dan barang-barang oleh persatuan dan organisasi kerajaan adalah tertakluk kepada kehendak-kehendak Arahan Perbendaharaan. Perkara-perkara yang perlu diteliti sebelum membeli barang-barang persatuan ialah

I menentukan kegunaan barang tersebut
II menentukan jumlah barang yang diperlukan
III mengelakkan pembelian barang yang berlebihan
IV menentukan stok habis digunakan dalam tempoh satu tahun
V pembelian tidak boleh melebihi wang tunai yang ada pada persatuan

A I dan II
B I dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

0 comments:

Post a Comment