CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

08 February 2012

Kita tak perlu menjadi k3 kerana kitalah k3...

Kita tak perlu menjadi k3
kerana kitalah k3...

Kita penyajak yang suka bersajak
kitalah pelawak yang melawak pecahkan perut
kitalah juga penggelak yang ketawa sampai ke telinga
kita juga pencuping yang mendengar
pelisan yang bertutur...
yang pastinya, kita pelajar yang belajar dari pengalaman
untuk mendewasakan usia yang kian tua.

Kawan-kawan jadi peneman, juga lawan
bila tiba masanya kita lawan
fire kick, kungfu fighter, silat
semua kita tunjuk
fire kick yang lompat tak betul pun nak kick juga
kungfu yang tak der lighter pergi cari mancis
yang menyilat pun tersilat kaki sendiri.
time tu, ada je kawan yang temankan kita
ada je kawan yang sokong siap bawa sepanduk untuk kita
ada pula pelanduk yang tanduk sepanduk kita tue
tapi, nasib baik kita terlentok masa tue
takde la kena patuk.

Arahan kita yang arah
kita yang buat
(fotostat, kutip duit, bagi kumpulan, buat video dan semua macamlah 
boleh semput kalau nak sebut semua)
yang penat juga kita.

Bila kawan sakit, kita jadi doktor
bila kawan dah ada couple
kita kata "untungla ada dunia"
bila kawan tersinggung
kita buat video
bila kawan sedih kitalah penghibur
pantang tak nampak kawan datang kelas
kita cari kat bilik
tak jumpa kat bilik, pergi pula kampung dia
kitalah kawan yang mengkawankan kawan
itulah kita
famili k3...

0 comments:

Post a Comment