CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

16 February 2012

BIG sesi 1 2012

Alhamdulillah,
habis pun BIG nnnyyerrr....(longat puan Normah)
yang mana telah agak berjaya
menyatukan kita semua (bukan satu orang, dua orang tetapi 23 orang...perrr)
ditambah Encik Azni satu lagi
menggenapkan angka 24...

Apabila di tanya mengenai refleksi,
Shahlan bin Nurun mengatakan bahawa
BIG berjaya membina keyakinannya untuk bercakap di hadapan khalayak umum
kalau sebelum ini, jangan kata nak berhadapan khalayak ramai
bercakap dalam kelas sendiri pun dah malu...
(pemalu rupanya sahlan ni)

Majoritinya memberi refleksi yang positif terhadap program BIG ni
ada yang berpendapat BIG berjaya memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan
semangat setiakawan
tolong-menolong
hormat-menghormati
dan banyak lagi 
yang pastinya, ia telah membentuk k3 yang betul-betul k3
Allahu akhbar!

Ia juga sebenarnya telah membantu kita untuk menguruskan emosi 
emosi dengan rakan-rakan misalnya
ia juga berjaya memecahkan tembok yang menghalang 
ego daripada tunduk
di sini kita berani untuk menyatakan salah
tidak segan mengeluarkan pendapat
dan reda seandainya pendapat yang diberi tidak diterima
sebab mungkin kita rasa pendapat kita dah betul
tapi pada pandangan orang lain adalah tidak logik 

Diharapkan kita boleh terus bersatu dalam segenap aspek
bertolak-ansur dalam setiap kekurangan
insya Allah,
KITAlah yang kita cari 
untuk mendidik generasi muda masa mendatang
yang bakal mengubah dunia kelak...
kita mahu kita seperti pemuda di zaman Rasulullah yang telah berjaya mengubah dunia,
tipsnya ialah;
sebelum pemuda ini mengubah dunia, mereka ubah dulu masyarakatnya
sebelum mereka ubah masyarakatnya, mereka ubah dulu keluarganya,
sebelum mereka ubah keluarganya, mereka ubah dulu dirinya sendiri
sebelum mereka mengubah dirinya sendiri, mereka mengubah dahulu hatinya...
"sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging, 
jika baik ia, baiklah keseluruhannya
jika buruk ia, buruklah keseluruhannya
iaitu hati"



0 comments:

Post a Comment