CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

18 January 2012

6 Tips Berkesan Bagaimana Untuk Mengekalkan Hubungan Baik Dengan Kawan


Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.

Antaranya kawan kita boleh menjadi :
  • tempat kita meluah perasaan
  • teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
  • boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
  • boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
  • boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
  • dan banyak lagi laaa…
Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!
Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.
Cuma persoalannya sekarang ialah ;                                                                                         
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita?
Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.

  • 1. Sebarkanlah salam
Kalau kita jumpa kawan kita, pastikan kita beri salam dulu. Dan bila nak berpisah pun, ucap juga salam kepadanya. Fahami maksud kalimah salam itu. Dan ucapkanlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa kepada Allah supaya Allah sejahterakan sahabat kita tu.
Mengenai salam ni, nabi SAW ada berpesan dalam sabdanya ”
”Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam.” (Hadith riwayat Abu Daud)

  • 2. Kenali perangai kawan kita
Bak kata pepatah Melayu ;
”Tak kenal, maka tak cinta”.
Bermakna kita kena betul-betul mengenali siapa kawan kita. Adakah kita faham perangai kawan-kawan kita? Apa kelemahan mereka? Apa kelebihan mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, kita dengan mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat. Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti mereka.

  • 3. Menjadi pembela kepada kawan kita
Kalau kawan kita kena aniaya, kena kutuk atau kena umpat ker, kita kena la menjadi pembela kepada mereka. Kalau ada orang lain cerita keburukan mereka, jangan la kita mengiakan pula. Kita kena menafikannya dan cover mereka sebaik mungkin. Cerita tentang kebaikan mereka. Kita kena jadi penyokong, pemberi semangat dan menyebelahi kawan kita.

  • 4. Saling memaafkan
Kadang-kadang berlaku pergeseran atau perbalahan @ perselisihan faham antara kita dengan kawan. Itu perkara biasa. Kita kan manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit maa. Yang penting, kita jangan mudah ambil hati. Saling bermaafanlah dengan kawan kita. Kalau dia sakitkan hati kita, maafkanlah dia. Kalau kita pula yang telah melukakan hati dia (samada secara sengaja atau tidak), kita jangan segan untuk minta maaf. Minta maaf dan kira kosong-kosong balik.

  • 5. Setia dalam persahabatan
Jangan khianati persahabatan kita. Contohnya, kalau kawan kita ada kongsi pengalamannya dan minta dirahsiakan. Jangan pula kita jaja cerita tu pada orang lain. Kita kena jaga amanah, jaga rahsia dan tidak mendedahkan keburukan kawan-kawan kita kepada orang lain. Jangan sekali-kali TIKAM BELAKANG kawan kita.

  • 6. Saling mendoakan
Jangan lupa untuk doakan kebaikan untuk kawan-kawan kita. Sebutlah nama mereka dalam doa kita. Doa adalah senjata yang paling ampuh dalam mengekalkan hubungan. Doakan apa saja kebaikan untuk kawan. Berdoalah pada Allah supaya hubungan kita dengan kawan-kawan sentiasa baik, mesra dan berkasih sayang antara sama lain.
info : pakarhowto.com

0 comments:

Post a Comment