CETAKAN
- Cetakan ialah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat.
- Permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej yang terbentuk pada blok atau plat tersebut dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain.
- Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang disebut edisi.
- Semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli.
Jenis Cetakan
- Cetakan timbul (Relief) – kolograf, kolaj, lino, potongan kayu.
- Cetakan benam (Intaglio) – turisan (Engraving), gurisan asid (Etching), akuatin
- Cetakan datar (Planografi/Litografi)
- Cetakan stensil (Sarigrafi) – cetakan skrin profilem, cetakan skrin foto
Cetakan Timbul Kaedah Kolograf
- Pelbagai lapis atau sofbod digunakan sebagai blok.
- Pelbagai jenis bahan yang berjalinan seperti tali, kain tenun, span, kadbod dan ranting tumbuhan dirancang, disusun dan digamkan pada permukaan papan lapis.
- Apabila blok telah siap, proses mencetak dimulakan.
- Proses mencetak seperti cetakan kayu dan lino.
Kemasan, Persembahan dan Pemeliharaan
- Karya dicetak dalam beberapa siri yang kemas dan menarik.
- Menulis tanda nama dan tarikh, tajuk, bilangan atau siri cetakan dengan pensel atau karbon.
- Lengkapkan karya dengan lekapan atau pembingkaian, dan memastikan bahagian tepian cetakan tidak terlindung. Ini bertujuan untuk menentukan nilai ketepatan (kejituan) pada cetakan.
- Elakkan hasil cetakan daripada terdedah kepada cahaya agar warnanya tidak luntur.
LUKISAN
- Lukisan ialah sebuah karya daripada garisan tanpa menggunakan warna.
- Lukisan adalah satu seni yang membentuk idea dan objek dengan menggunakan titik, garisan, dan ton pada permukaan yang rata.
- Lukisan juga merupakan proses seseorang pelukis menyampaikan hasrat atau mesejnya dalam bentuk imej visual tanpa menggunakan bahasa.
- Lukisan merupakan media jenis yang kering dan amat mementingkan unsur garisan.
- Lukisan kerja peringkat awal untuk hasilan catan, cetakan, arca dan sebagainya.
Alat, Media Bahan dan Teknik
- Alat, Media dan Bahan
- Pensel
- Pen fel
- Pen teknikal
- Berus halus
- Kertas kartrij
- Kertas gula
- Pemati warna
- Teknik
- Titik
- Garisan
- Lukisan
- Lorekan
- Gosokan
- Gurisan
- Lakaran
Proses Melukis
- Pilih objek yang sesuai dan menarik.
- Tentukn sudut pandangan, ambil kira komposisi, perspektif, ton, bentuk dna pencahayaan yang terlibat.
- Pilih media yang sesuai dengan pilihan kertas.
- Lakar garisan titik lenyap.
- Bahagikan ruang tertentu bagi objek dalam lukisan.
- Lukis lakaran kasar objek-objek.
- Guna teknik yang sesuai untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk, fom dan ruang serta bayangan.
- Perincikan bahagian-bahagian objek yang dijadikan fokus supaya membentuk jalinan dan ton yang lebih berkesan.
Persembahan
- Gubahan daripada media pensel, arang dan pastel perlu menggunakan pemati (fixative).
- Gubahan yang telah siap perlu dikemaskan dengan lengkap dan bingkaian.
LOGO
- Logo adalah singkatan bagi ‘logogram’.
- Logo merupakan tanda atau symbol pengenalan bagi sesuatu pertubuhan, syarikat, kelab atau persatuan.
- Logo adalah satu gubahan ringkas tetapi mempunyai makna yang tertentu.
- Punca idea logo lazimnya berdasarkan benda-benda di alam sekitar seperti huruf, angka, dan bentuk geometri.
Jenis-jenis Logo
- Logo huruf
- Dikenali sebagai ‘logotype’ atau ‘alphagram’ dalam bahasa Inggeris.
- Logo berdasarkan bentuk huruf, samada menggunakan satu atau lebih daripada satu huruf yang digabungkan.
- Ciptaan logo biasanya singkatan (initial) yang mewakili sesuatu pertubuhan.
- Logo representasi
- Dikenali sebagai ‘pictogram’ dalam bahasa Inggeris.
- Berdasarkan rupa objek pada alam sekeliling.
- Bentuk asal dan gambar dipermudahkan melalui olahan garisan, rupa dan warna yang berkesan.
- Corak yang mudah dan jelas dapat menyampaikan mesej tanpa apa-apa penerangan.
- Logo kombinasi huruf dan representasi
- Pilihan yang kian popular.
- Apabila logo huruf atau representasi tidak dapat menyampaikan tujuan menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas, logo ini sangat sesuai digunakan.
- Biasanya dijumpai pada label sesuatu barangan atau syarikat yang membuat barangan.
- Logo simbol
- Digunakan sekiranya mesej atau idea tidak dapat disampaikan melalui logo huruf, logo representasi atau gabungan kedua-duanya.
- Menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakili perkara yang ada kaitan dengannya.
- Rupa symbol dapat menyampaikan mesej yang jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa.
- Logo ini merupakan tanda yang dikenal antarabangsa.
Alat dan Bahan
- Alat
- Pensel
- Pen teknikal
- Pembaris
- Berus
- Set alat geometri
- Pemadam
- Bahan
- Kertas
- Warna poster
- Dakwat
Teknik
- Campuran warna poster dengan air mestilah mengikut nisbah yang sesuai. Warna mesti pekat tetapi cukup basah untuk memudahkan pergerakan berus.
- Pastikan campuran warna cukup untuk mengecat tapak-tapak yang telah ditandakan.
- Jika silap, tutup dengan selapisna warna poster putih yang tidak dicampur dengan air. Pembetulan boleh dibuat apabila warna sudah kering. (Gunakan warna yang pekat)
Proses Membuat Logo
- Kumpul informasi dan kaji mengenai pertubuhan, kelab, atau persatuan yang berkenaan.
- Fahami tema logo.
- Tentukan saiz dan warna logo.
- Pilih bentuk huruf, susunan warna dan reka corak yang bersesuaian dengan tema logo.
- Buat pelbagai sketsa dan perkembangan sambil mengutamakan prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan dna sebagainya dalam proses menggubah.
- Bentuk lakaran sebenar berdasarkan sketsa terbaik.
- Cat logo.
Ciri-ciri Logo yang Baik
- Corak asli, unik dan bermakna.
- Bentuk mudah difahami dan jelas dipandang.
- Mempunyai mesej yang senang diingat.
- Pilihan warna yang sesuai dan berkesan.
- Jika huruf digunakan, huruf asal dapat dikesan.
- Mempunyai kaitan dengan tajuk dan tema
0 comments:
Post a Comment