CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 April 2011

Berdebat Isu Feminisme ke?

        Membincangkan isu Feminisme cukup menghangatkan kelas. Apakah yang dimaksudkan dengan kritikan kesusasteraan feminisme? Fenimisme umumnya lebih dikenali sebagai perempuan (feminim). Jika dikaji selidik sejarahnya, ia bermula dengan gerakan Feminis di Barat untuk memperjuangkan hak kaum wanita (imansipasi). Pada mulanya, ia menuntut penyamaan taraf atau hak sebagai seorang perempuan untuk sama dengan lelaki. Tapi perkembangan gerakan ini mencapai tahap kedua apabila aspek-aspek politik mula diseru mahu dipimpin juga kaum wanita. Gerakan kedua ini dikatakan lebih radikal.

        Mari kita imbas semula faktor mengapa terbentuknya gerakan ini. Kaum wanita seolah-olah (bukan seolah-olah je, memang terjadi pun...) diperlakukan sebagai hamba bagi umat lelaki. Kononnya wanita itu perlu diam di rumah, bersikap solehah, malah hanya dijadikan sebagai medan penyambung zuriat (pemuas nafsu serakah). Buktinya, pada zaman Jahiliah dahulu, anak perempuan dibunuh hidup-hidup kerana ditakuti bakal mengaibkan keluarga, memandangkan ketika itu, kes zina berleluasa. Namun, hadirnya Islam telah memartabatkan kedudukan spesies wanita. Darjat mereka diangkat tinggi menjulang langit biru, dibias mentari pagi tersebar dek tiupan bayu. Malah, dikatakan juga syurga itu di telapak kaki ibu (WANITA) bagi seorang lelaki. Walau bagaimanapun, seorang wanita itu mestilah mentaati suaminya sedang syurganya pula ditelapak kaki suaminya. (tu dia pak hang... pendek kata, perlu saling menghormati hak antara satu sama lainlah)

        Masalahnya, mengapa wujud gerakan Fiminis ini? (Mari kita uji siapa yang peka).

        Sebenarnya persoalan ini telahpun terjawab dalam perenggan pertama. Gerakan ini lahir untuk mempertahankan kedudukan wanita yang bagai direjam jasad dihiris kulit oleh kaum lelaki (spesisiknya, kes ini bermula di Barat). Jangan ingat MAN (lelaki, bukan Arman) sebagai pemimpin perlu mengamalkan sikap diktator terhadap spesies women. Ahha, should't be like that. Tapi la kan, bila women ni bertindak sebagai Fenimisme, MAN berkata "what do you want?". Hey! what kinds of the question? What can you do, i can too la. (wow! very imansipasi). Masakan pokok boleh bergoyang jika tiada angin yang bertiup. Masakan wujud imansipasi andai lelaki ikhlas menyayangi si isteri, boleh berlaku adil sekiranya sudah tidak setia pada yang satu. (hah, cepat dijawab itu soalan, jangan lama-lama nanti dikebas buaya barangkali)

        Kita kena faham... tiada yang sempurna di dunia ini. Tiada yang kekal dalam soal hati dan perasaan. (Hari ini sayang, esok boleh jadi benci pula. Boleh jadi apa yang kita suka itu, tidak baik untuk kita. Boleh jadi juga apa kita benci sangat itu sebenarnya baik untuk kita. Allah lebih mengetahui sedang kita tidak mengetahui itu) Oleh itu, kejarlah cinta hakiki, kelak kita kaya keuntungan, miskin kerugian. Berbalik kepada susunan cinta yang sepatutnya kita sebagai umat Islam susun berbaris dalam hati. Cinta pertama yang harus dikejar, cinta kepada Allah, kemudian cinta kepada Rasul, barulah cinta kepada manusia. Jika benarlah susunan ini tergantung semat dalam setiap jiwa khalifah di muka bumi ini, nescaya unsur-unsur imansipasi ini pun tidak wujud rasanya. Si isteri pasti tidak berperasaan jika si suami nak kahwin lagi ke, nak belasah dia ke, ataupun nak ceraikan dia. Hal ini demikian kerana, matlamatnya bermusafir di dunia ini adalah untuk mencari reda Allah. Mencari cinta hakiki. Mencintai Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada manusia. Namun, mustahil ini berlaku, kerana manusia diciptakan berfitrah malah dikurniakan nafsu sebagai pengukur iman di dada. (eh, no3... tak semestinya macam tu. Tak percaya, cuba renungkan lirik lagu Ashabul Kahfi; tiada yang mustahil di dunia ini, jika kita beriman dan bertakwa) Wallahu alam.

        Berputar pusing pula kepada isu berbangkit yang dikemukakan oleh anak Encik Linton. "Jika dikatakan lelaki tidak berlaku adil, bagaimana pula dengan adat Perpatih yang di amalkan di Negeri Sembilan?" (Adat Perpatih ialah suatu adat yang menguntungkan pihak perempuan sekiranya berlaku penceraian, semua harta suami akan berpindah milik kepada isteri) Nerudin... awak kena faham... Duitmu duitku, duitku bukan duitmu.  Islam ada menyebut bahawa isteri berhak ke atas harta suaminya, tetapi, suami tidak berhak ke atas harta isterinya. Hal ini demikian kerana, fitrah lelaki itu diciptakan dengan kekuatan yang melebihi umat perempuan. Malah, dikatakan spesies Adam memiliki 9 akal dan 1 nafsu berbanding dengan kaum Hawa yang hanya memiliki 1 akal dan 9 nafsu. Jadi, apa yang ditakutkan MAN, gunakanlah 9 akalmu itu, jangan disimpan buat pekasam, nanti masam dah tak boleh dimakan.

0 comments:

Post a Comment