INSTITUT PERGURUAN IPOH PERAK
31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
ASAL USUL , SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU , ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN DAERAH KEDUDUKANNYA , DAN CIRI-CIRI SERTA FUNGSI BAHASA MELAYU
NAMA : NERUDIN BIN LITON
NO K.P : 910419-12-5105
KUMPULAN/UNIT : PPISMP / UNIT K3
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU 1 ( PM 1311 P4 )
NAMA PENSYARAH : PUAN HABIBAH BINTI MOHD SAMIN
TARIKH SERAHAN : 23 OGOS 2010
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan semuanya”
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penulis: NERUDIN BIN LITON
Tarikh : 23 September 2010
“ ASAL USUL BAHASA MELAYU , SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,
CIRI-CIRI , FUNGSI BAHASA MELAYU DAN
BUNYI-BUNYI TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU “
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
INSTITUT PERGURUAN IPOH
31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
SENARAI KANDUNGAN
Halaman Pengakuan i
Sekapur sireh 1
Pengenalan
- Objektif penulisan 2
- Batasan penulisan
- Kaedah penulisan
Asal-Usul Bahasa Melayu 3
Salasilah dan Rumpun Bahasa Melayu 4
Perkembangan Bahasa Melayu 8
Alat-Alat artikulasi 14
Penghasilan bunyi vokal 20
Ciri-ciri dan fungsi Bahasa Melayu 30
Bibliografi 32
Lampiran 33
SEKAPUR SIREH
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.Lafaz syukur di panjatkan kepada ilahi dengan limpah kurnianya tugasan kerja kursus pendek ini Bahasa Melayu 1 dapat disiapkan dengan jayanya walaupun berbagai dugaan yang dihadapi.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pengajian Bahasa Melayu saya Puan Habibah Binti Mohd Samin kerana telah banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Tanpa bantuan dan dorongan daripada beliau, mungkin kerja kursus pendek ini tidak dapat disiapkan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan guru pelatih yang banyak membantu saya dalam perkongsian ilmu melalui perbincangan bersama secara kolaburasi.
Tidak lupa juga kepada ibu dan adik-beradik saya yang selalu memberi kata-kata semangat dan dorongan yang padu untuk menyiapkan kerja kursus ini. Faktor ini juga juga telah memberikan saya semangat yang kuat untuk menyiapkan tugasan ini walaupun terdapat dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi.
Akhir sekali, ribuan terima kasih saya tujukan kepada sesiapa sahaja yang telah banyak membantu menyiapkan kerja kursus pendek ini.Saya juga berharap agar tugasan ini akan dapat dijadikan sebagai landasan dan panduan untuk saya memahami serta menguasai ilmu pengajian Bahasa Melayu untuk pembelajaran yang akan akan dating. Sekian terima kasih.
1
PENGENALAN
Bahasa Melayu adalah satu bahasa rasmi di Negara kita iaitu Negara Malaysia . Asal usul bahasa melayu telah diselidiki dari dahulu sehingga sekarang untuk panduan pada masa yang akan datang.
Bahasa ialah medium bagi seseorang untuk berhubung dengan seseorang yang lain bagi menyampaikan maklumat atau meluahkan keinginan dan hasrat. Bahasa ialah satu sistem isyarat yang merupakan gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi (hukum tatabahasa) dan mengikut tatabahasa . Di dalam kamus Dewan, makna Bahasa ialah dialek, bicara, ujaran atau omong-omong.
Bahasa juga merupakan penanda aras dan lambang kepada ketamadunan sesebuah bangsa. Semakin tinggi penguasaan bahasanya,maka dapatlah disimpulkan bahawa tamadun bangsa itu merupakan bangsa yang memiliki penguasaan ilmu yang tinggi. Selain itu, bahasa juga merupakan perbezaan manusia dengan haiwan. Bunyi-bunyi bising yang dihasilkan manusia dan tingkah laku membawa maksud yang tertentu dan menganggap otak penutur mempunyai fungsi kreatif. Inilah yang membezakan antara manusia dan haiwan.
Bahasa wujud dengan lahirnya masyarakat yang bertamadun. Hubungan antara bahasa dengan masyarakat begitu erat dan tidak dapat dipisahkan. Semakin banyak penggunanya, maka semakin luaslah bahasa itu. Dengan yang demikian bahasa itu merupakan wahana komunikasi yang digunakan untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa.
2
ASAL USUL BAHASA MELAYU
Asal-usul bangsa melayu sehingga kini masih kabur.Dalam menyelidik dan mengetahui asal-usul bahasa melayu ,kunci utama adalah mengenal perjalanan dan perkembangan asal-usul penutur aslinya iaitu orang melayu dari mula sehingga di kembangkan.Namun banyak pendapat yang diberikan oleh para sarjanawan tentang konsep melayu.Menurut buku Bahasa Malaysia kertas 1 dan 2, oleh Nik Safiah Karim dan Nor Lidza Shamsuddin terbitan Oxford Fajar terbitan April 2008. Hal ini disebabkan bukti-bukti langsung tentang istilah melayu pada zaman prasejarah yang masih belum ditemui lagi. Bagi mengkaji asal usul bahasa melayu, bangsa melayu yang merupakan penutur asli bahasa melayu perlu diselidiki. Ini kerana penutur bahasa asli melayu ialah manusia yang melahirkan bahasa tersebut dan menggunakannya dalam kehidupan mereka.
Dari segi akademik, ‘ melayu ‘ merupakan konsep yang meliputi ruang yang luas dan tempoh masa yang panjang akibat daripada keluasan dan bilangan penutur bahasa tersebut. Pada peringkat awal, ‘melayu’ dikaitkan dengan konsep kerajaan. Ini berdasarkan bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bahawa perkataan melayu merujuk kepada kerajaan atau kawasan dan bukan merujuk kepada bangsa.
Penggunaan istilah bahasa melayu pada peringkat awal dapat dikesan sekitar circa 100-150 M. Bagi Ptolemy, beliu telah menggunakan istilah maleukolon dalam karyanya yang berjudul Geographike sintaxis. Dalam sebuah kitab hindu purba pula,iaitu Purana yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500M, telah ditemui istilah Malaya Dvipa. Para pengkaji beranggapan Malaya Dvipa yang dimaksudkan ialah Pulau Sumatera.
Di Malaysia satu ciri khusus telah ditambah telah ditambah untuk menerangkan konsep melayu iaitu agama Islam. Berdasarkan pengertian melayu di atas, istilah melayu akhirnya sebagai nama kolektif merujuk kesatuan bahasa dan bangsa, iaitu bahasa melayu dengan bangsanya bangsa melayu.
3
SALASILAH BAHASA MELAYU
Menurut buku Bahasa Malaysia kertas 1 dan 2, oleh Nik Safiah Karim dan Nor Lidza Shamsuddin terbitan Oxford Fajar terbitan April 2008 bahasa seringkali dikaitkan dengan bangsa. Induk Austronesia ini menturkan bahasa Austronesia dimana bahasa Austronesia adalah induk kepada bahasa Melayu. Bahasa Austronesia yang menjadi induk bahasa melayu akan melahirkan bahasa-bahasa terkemudian yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Hal ini dapat djelaskan melalui rajah salasilah bahasa.
Dalam rajah salasilah bahasa, faktor usia merupakan faktor utama yang digunakan oleh pengkaji bahasa untuk menentukan perkembangan bahasa.berdasarkan faktor usia ini, konsep usia pemeringkatan bahasa di bahagikan kepada filum , rumpun dan keluarga bahasa. Fium adalah kelompok bahasa yang berusia antara 2500-5000 tahun,.sementara keluarga bermaksud kelompok bahasa yang berusia kurang dari 2500 tahun. keluarga bahasa ini dapat dipecahkan kepada beberapa subkeluarga. Skema rajah salasilah bahasa adalah seperti berikut.
Rajah 1.1 : Salasilah bahasa
4
Berdasarkan rajah salasilah bahasa, pembahagian rumpun bahasa Austronesia adalah seperti di bawah.
Rajah 1.2 : Salasilah Bahasa Austronesia
Berdasarkan skema di atas, didapati bahasa Austronesia berasal daripada filum bahasa Austrik/Austris. Selain bahasa Austronesia, filum Austris/Austrik turu memancarkan rumpun bahasa Cina Tibet . Rumpun bahasa Austronesia pula dibahagikan kepada dua iaitu rumpun Austronesia barat dan rumpun Austronesia timur. Rumpun Austronesia barat melahirkan keluarga bahasa Indonesia, manakala rumpun Austronesia timur melahirkan tiga keluarga bahasa, iaitu keluarga bahasa Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Keluarga bahasa Indonesia dipecahkan kepada dua subkeluarga Indonesia pusat dan subkeluarga Filipina-Farmosa.
5
Sebelum kewujudan bahasa melayu yang digunakan pada masa ini, terdapat empat peringkat bahasa, iaitu bahasa melayu purba, bahasa melayu kuno, bahasa melayu klasik dan bahasa melayu moden. Ini boleh ditunjukkan oleh skema dibawah.
Rajah 1.3 : Skema lurus perkembangan bahasa melayu
Skema ini menunjukkan bahawa bahawa bahawa bahasa melayu telah berkembang langsung daripada bahasa melayu purba sehinggalah bahasa melayu yang digunakan oleh pada masa kini. Walaubagaimanapun , terdapat ahli-ahli bahasa yang menyatakan bahawa selepas bahasa melayu purba, wujud bahasa melayu kuno yang seiring dengan perkembangan bahasa melayu induk. Kewujudan bahasa melayu induk ini disebabkan terdapatnya perbezaan yang amat ketara antara bahaa melayu kuno dengan bahasa melayu klasik dan bahasa melayu moden. Ini boleh dijelaskan dalam skema di sebelah..
6
Rajah 1.4 :Skema bercabang perkembangan Bahasa Melayu
Berdasarkan kedua-dua skema di atas , Bahasa Melayu purba merupakan Bahasa Melayu terawal yang digunakan oleh kelompok manusia yang mendiami kawasan Nusantara untuk berkomunikasi sesama mereka. Kelompok yang
Dikatakan menuturkan Bahasa melayu purba ialah ialah kelompok Melayu Deutro. Walaubagaimanapun tiada sebarang bukti sejarah tentang Bahasa Melayu Purba, tetapi dipercayai kelompok-kelompok manusia yang awal ini telah menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, Bahasa Melayu, purba hanyalah merujuk kepada Bahasa Melayu yang tidak mempunyai sejarah.
7
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu Purba
Menurut buku Bahasa Melayu kertas 1 dan 2 olehAbdullah Hassan dan Ainon Mohd, terbitan Fajar Bakti bahasa tahun 1998, Melayu purba merupakan Bahasa Melayu terawal yang digunakan oleh kelompok manusia yang mendiami kawasan Nusantara untuk berkomunikasi sesama mereka. Kelompok yang dikatakan menuturkan Bahasa Melayu Purba ialah Kelompok Melayu Deutro.
Tiada sebarang bukti sejarah tentang bahasa melayu purba, tetapi dipercayai kelompok-kelompok manusia ini telah menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Namun, bahasa yang digunakan hanyalah dalam bentuk lisan.
Penggunaan aksara dalam tulisan merupakan perkembangan dalam bahasa Melayu purba, tetapi apabila bahasa Melayu menggunakan aksara,bahasa Melayu itu dianggap sebagai bahasa Melayu purba, tetapi bahasa Melayu kuno. Oleh itu, bahasa Melayu purba hanyalah merujuk bahasa Melayu yang tidak mempunyai bukti sejarah.
Bahasa Melayu Kuno
Perkembangan bahasa melayu pada abad ke-7 dipengaruhi oleh budaya yang datang ke nusantara seperti budaya India . Sebenarnya tarikh bermulanya pengaruh India di alam Melayu tidak diketahui dengan tepat. Pengaruh India ini bukan sahaja disebarkan oleh pedagang-pedagang India , tetapi turut disebarkan oleh orang-orang melayu yang pergi berdagang di India .
8
Kesan kemasukan pengaruh India yang paling ketara ialah penggunaan bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa kebudayaan yang terpenting di India . Bahasa Sanskrit bukan sahaja dipinjam untuk menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan bidang kebudayaan, kesenian atau agama, tetapi bahasa itu juga telah dipengaruhi pelbagai cabang kehidupan.
Bahasa Melayu Kuno juga ialah bahasa melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 sehingga abad ke-13 iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam. Pada ketika itu kerajaan yang berkuasa ialah Kerajaan Sriwijaya. Sewaktu pemeritahanya, Bahasa Melayu berkemungkinan menjadi bahasa pengantar kerajaan.
Terdapat beberapa bukti dengan terjumpanya empat batu batu bersurat iaitu batu bersurat di Kedukan Bukit Palembang, Talang Tuwo dekat Palembang, Kota Kapur Pulau Bangka dan di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi. Ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar kerajaan.
Bahasa Melayu Kuno juga mempunyai beberapa ciri iaitu sistem tulisan
dan kosa kata. Dari segi tulisan, keempat-empat batu bersurat awal yang dijumpai semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Manakala dari segi kosa kata pula, terdapat kira-kira 283 patah perkataan daripada 50 baris teks yang tertera di atas batu-batu itu. Ini boleh dirujuk daripada perkataan dalam Bahasa Melayu Kuno yang menarik sifatnya. Sebagai contoh, fonem semivokal ‘w’ dalam Bahasa Melayu berubah menjadi ‘b’ secara konsisten dalam Bahasa Melayu Moden.
9
Bahasa Melayu Kuno
|
Bahasa Melayu Moden
|
Wuat
|
Buat
|
Wunuh
|
Bunuh
|
Wanum
|
bangun
|
Watu
|
Batu
|
Wuah
|
Buah
|
Wuluh
|
Buluh
|
Fonem semivokal w dalam Bahasa Melayu Kuno berubah menjadi b secara konsisten
Dangan
|
Dengan
|
Tathapi
|
Tetapi
|
manghidupi
|
Menghidupi
|
marwangun
|
Membangun
|
Lapas
|
Lepas
|
Ketidakwujudan vokal e pepet dalam Bahasa Melayu Kuno
10
Bahasa Melayu Praklasik Dan Klasik
Bahasa Melayu klasik dan praklasik mempunyai dua bahagian atas pertimbangan. Ini boleh difahami bahawa bahasa Melayu praklasik digunakan pada zaman transisi, iaitu pada zaman peralihan daripada pengaruh hindu dan arab. Pada zaman transisi didapati bahawa bahawa bahasa yang diunakan oleh penduduk di Kepulauan Melayu bercampur aduk, iaitu dari segi sistem tulisan dan kosa kata yang digunakan.
Untuk dijadikan bukti, semua bukti pada zaman praklasik ini tercatat pada batu khususnya pada batu nisan. Tulisan-tulisan yang tercatat pada batu nisan menunjukkan beberapa tahap perkembangan bahasa Melayu praklasik. Berdasarkan batu bersurat ini, tahap perkembangan bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat akhir.
Pada peringkat awal bahasa yang digunakan ialah bahasa Arab dan jenis tulisan yang digunakan pula ialah tulisan Arab bentuk kufi. Oleh itu pada tahap awal ini, pengaruh Arab di Kepulauan Melayu menunjukkan bahawa batu bersurat ditulis dengan menggunakan ekabahasa dan ekaaksara.
Pada peringkat pertengahan pula, terdapat kecenderungan menggunakan dwibahasa dan dwiaksara pada batu-batu bersurat Contohnya, batu nisan Raja Al-Ala yang bertarikh 1389 m. Batu nisan ini menggunakan aksara kawi ( bahasa melayu / bahasa melayu kuno ) dan aksara arab.
11
Pada peringkat akhir pula, bahasa melayu praklasik, iaitu pada abad ke-14 dan 15, selain penggunaan dwiaksara dan dwibahasa, terdapat bbatu nisan yang menggunakan dua aksara untuk menuliskan satu bahasa. Contohnya, batu nisan Syeikh Ahmad Majanu bertarikh 1464 M yang ditemui di Sungai Udang , Melaka. Batu nisan ini telah ditulis ini telah ditulis dalam bahasa Melayu Kuno menggunakan aksara Kawi dan Jawi Tua.
Bahasa Melayu klasik pula, mempunyai fungsi yang penting di mana semasa zamannya kerana selain menjadi lingua franca, iaitu bahasa yang digunakan dalam pergaulan seharian dan urusan-urusan rasmi. Bahasa Melayu Klasik juga menjadi salah satu ilmu pengetahuan.
Bahasa Melayu Klasik juga merupakan bahasa melayu yang telah mempunyai aksara tersendiri. Setelah Islam bertapak di Alam Melayu, bahasa Melayu klasik telah digunakan untuk menyampaikan ajaran Islam, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Kedatangan Islam menyebabkan banyak pusat pendidikan agama telah diwujudkan. Antaranya di istana, rumah-rumah ulama, madrasah, pondok dan surau.
Istana telah dijadikan pusat perkembangan ilmu-ilmu Islam. Di sini, para ulama dan pujangga Islam berkumpul dan mengajar ilmu agama Islam kepda pihak istana dan rakyat jelata. Selain menghasilkan karya-karya dalam bentuk penulisan, pujangga-pujangga istana juga menjadi jurubaca dan jurutulis rasmi istana
Bahasa Melayu klasik merupakan bahasa Melayu yang telah mempunyai aksara tersendiri. Masyarakat Melayu pada zaman ini dikatakan telah mengenali huruf kerana masyarakat Melayu pada ketika itu telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan.
12
Bahasa Melayu Moden
Bahasa melayu moden pramerdeka pada peringkat awal dilakukan secara persendirian olehh tokoh-tokoh tertentu seperti Abdullah bin Abdul kadir Munsyi, Raja Ali Haji, Mejar Dato’ Haji Mohd Said dan Za’ba. Usaha-usaha memajukan bahasa Melayu secara berkumpulan hanya bermula pada tahun 1888, iaitu apabila tertubuhnya Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (Pakatan).
Bahasa itu berkembang maju selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat penuturnya. Bagi bahas Melayu mampu mengungkapkan pelbagai konsepyang berkaitan dengan urusan rasmi Negara yang mewakili kehidupan moden pada masa kini.
Bahasa Melayu juga digunakan dengan meluas dalam bidang pentadbiran .Walaupun perancangan bahasa beerti usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke taraf yang lebih banyak. Di Malaysia, badan perancangan bahasa ialah Dewan Bahasa Bahasa. Sebelum penubuhan DBP, usaha meningkatkan taraf bahasa melayu telah pun dilakukan oleh individu tertentu dan melalui persatuan-persatuan.
13
ALAT-ALAT ARTIKULASI
Bahasa Melayu mempunyai sistem-sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
14
Alat Pertuturan dan Fungsinya
Rajah 2.1 Alat artikulasi
1.
|
Bibir atas
|
11.
|
Tengah lidah
|
2.
|
Bibir bawah
|
12.
|
Belakang lidah
|
3.
|
Gigi atas
|
13.
|
Akar lidah
|
4.
|
Gigi bawah
|
14.
|
Epiglotis
|
5.
|
Gusi
|
15.
|
Pita suara
|
6.
|
Lelangit keras
|
16.
|
Rongga tekak
|
7.
|
Lelangit lembut
|
17.
|
Rongga Hidung
|
8.
|
Anak tekak
|
18.
|
Rongga mulut
|
9.
|
Hujung lidah
|
19.
|
Rahang
|
10.
|
Hadapan lidah
|
20.
|
Tenggorok
|
15
Fungsi Alat Pertuturan
Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.
Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.
16
Gusi
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.
Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
17
Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
Rajah 2.2 Gambar pita suara
18
Vokal
Mengikut Yunus Maris (1980), dalam bahasa Melayu baku terdapat enam vokal iaitu [ i ], [ e ], [ a ], [ o ], [ u ] dan [ ə ]. Namun, dalam kebanyakan dialek terdapat dua lagi vokal, iaitu yang melambangkan sebagai [ ε ] dan [ כּ ]. Terdapat empat vokal depan, iaitu [ i ], [ e ], [ ε ] dan [ a ], tiga vokal belakang iaitu [ u ],
[ o ] dan [ כּ ] dan satu vokal tengah, iaitu [ ə ].
Terdapat empat vokal depan iaitu [ i ], [ e ], [ ε ] dan [ a ], tiga vokal belakang, iaitu [ u ], [ o ] dan [ כּ ] dan satu vokal tengah, iaitu [ ə ]. Contoh perkataan dengan vokal-vokal ini:
1. vokal [ i ] – ikan, bila, gaji
2. vokal [ e ] – bela, boleh, sate
3. vokal [ ε ] – (bagi sesetengah dialek) εlok, tεlor
4. vokal [ a ] – api, pagi, lapar
5. vokal [ u ] – ukur, pusing, dusun
6. vokal [ o ] – orang, boleh
7. vokal [ ə ] – emas, perut, organisme
19
PENGHASILAN BUNYI VOKAL
Vokal Depan Sempit (i)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat.Sebagai contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari
Vokal Depan Separuh Sempit (e)
Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Ini adalah contohnya: kole, tauge, bendi, elok
Vokal Depan Separuh Luas
Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Sebagai Contoh: tauke, gelek, gesek dan gerek.
Vokal Depan Luas ( a)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, dan takat.
20
Vokal Belakang Sempit (u)
Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.Contoh: ubat, ulat, undang, udang dan ulang.
Vokal Separuh Sempit ( o )
Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.Contoh: obor, solo, polo, took dan orang.
Vokal Belakang Separuh Luas
Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.
Vokal Tengah
Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya.Contoh: enam, empat, kenduri dan gerai.
21
DIFTONG
Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong.
a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai
b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau
c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.
Jadual diftong di dalam Bahasa Melayu
| |
Ortografi
|
IPA
|
ai
|
[aɪ̯, ai]
|
au
|
[aʊ̯, au]
|
ua
|
[ua]
|
22
Berikut ialah rajah yang menunjukkan konsonan-konsonan asli dalam bahasa Melayu :
Cara Penghasilan
|
Daerah Artikulasi
| |||||
Dua Bibir
|
Gusi
|
Gusi-Lelangit Keras
|
Lelangit Keras
|
Lelangit Lembut
|
Pita Suara
| |
Letupan
|
p b
|
t d
|
k g
|
ב
| ||
Letusan
|
c j
| |||||
Geseran
|
s
|
H
| ||||
Getaran
|
r
| |||||
Sisian
|
l
| |||||
Sengauan
|
m
|
n
|
N
|
ŋ
| ||
Separuh vokal
|
w
|
y
| ||||
Jadual 2.1 Konsonan asli bahasa Melayu
Terdapat tujuh konsonan letupan, iaitu letupan dua bibir tidak bersuara [ p ] dan bersuara [ b ], letupan gusi tidak bersuara [ t ] dan bersuara [ d ], letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ] dan bersuara [ g ] dan letupan bersuara [ ב ]. Terdapat hanya dua konsonan letusan atau afrikat dalam bahasa Melayu, iaitu letusan lelangit keras tidak bersuara [ c ] dan bersuara [ j ].
Demikian juga terdapat dua bunyi geseran atau frikatif, iaitu geseran gusi tak bersuara [ s ] dan geseran pita suara [ h ]. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran gusi tidak bersuara [ r ] dan sisian gusi bersuara [ l ]. Bunyi konsonan sengau asli pula terdiri daripada sengau dua bibir [ m ], sengau gusi [ n ], sengau gusi-lelangit keras dan sengau lelangit lembut [ ŋ ]. Kesemua bunyi sengau bersuara. Bahasa Melayu mempunyai dua separuh vokal, iaitu separuh vokal dua bibir [ w ] dan separuh vokal lelangit keras [ y ].
23
Konsonan Pinjaman
Daerah Artikulasi
| |||||
Cara Penghasilan
|
Bibir Gigi
|
Gigi
|
Gusi
|
Lelangit Keras
|
Lelangit Lembut
|
Geseran
|
[ f ] [ v ]
|
th dh
|
z
|
sy
|
kh gh
|
Jadual 2.2 Konsonan pinjaman
Daripada jadual di atas, kelihatan bahawa lapan konsonan pinjaman masih digunakan dengan kerapnya dalam bahasa Melayu. Konsonan- konsonan tersebut ialah geseran bibir gigi tidak bersuara dan bersuara, f dan v seperti yang terdapat dalam perkataan faham dan novel. kedua geseran gigi tidak bersuara dan bersuara, th dan dh seperti dalam thamsil dan khadi.ketiga geseran gusi bersuara z seperti dalam ziarah. Keempat geseran gusi-lelangit keras tidak bersuara, sy seperti dalam syarat. Dan yang terakhir geseran gusi-lelangit lembut tidak bersuara dan bersuara kh dan gh seperti dalam khabar dan ghaib.
24
Sistem Fonologi
Jadual fonem konsonan di dalam Bahasa Melayu
| ||||||||||||||||
Bibir
|
Bibir-
gigi |
Gigi
|
Alveolar
|
Pasca-
Alveolar |
Lelangit
|
Velum
|
Uvula
|
Peti suara
| ||||||||
Nasal
|
m /m/
|
n /n/
|
ny /ɲ/
|
ng /ŋ/
| ||||||||||||
p /p/
|
b /b/
|
t /t/
|
d /d/
|
k /k/
|
g /g/
| |||||||||||
C /tʃ/
|
j /dʒ/
| |||||||||||||||
f /f/
|
v /v, ʋ/
|
s /s/
|
z /z/
|
sy /ʃ, ʂ, sj]
|
h /h/
| |||||||||||
r /r/
|
y /j/
|
w /w/
| ||||||||||||||
l /l/
| ||||||||||||||||
Rajah 2.7 (a) menunjukkan jadual fonem konsonan di dalam Bahasa Melayu.:Kombinasi bagi sebutan [ŋg] diwakili sebagai ngg.
Jadual fonem vokal di dalam Bahasa Melayu
| |||
Ketinggian
|
Hadapan
|
Tengah
|
Belakang
|
Tertutup
|
i [i]
|
u [u]
| |
Pertengahan
|
e [e, ɛ]
|
e [ə]
|
o [o, ɔ]
|
Terbuka
|
a [a]
|
a [ɑ]
| |
Rajah 2.7 (b)
Rajah 2.7 (b) menunjukkan jadual fonem vokal di dalam Bahasa Melayu dan Jadual diftong di dalam Bahasa Melayu.
Terdapat 2 sebutan vokal yang diwakili oleh huruf "e", iaitu [e, ɛ] dan [ə].
25
CIRI-CIRI DAN FUNGSI BAHASA MELAYU
Menurut buku Bahasa Melayu kertas 1 & 2, oleh Nik safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin,terbitan Oxford Fajar,cetakan pertama April 2008.
Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara. Pewujudan sesuatu bahasa amat penting kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, iaitu Bangsa Melayu, Cina, dan India di samping kumpulan-kumpulan etnik yang lain seperti kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak . Oleh itu, bahasa kebangsaan amat perlu untuk melambangkan identii yang sama bagi semua kaum yang tinggal di Malaysia .
Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan amat tepat sekali kerana dari segi peratusan penduduk, bangsa Melayu merupakan bangsa yang paling ramai berbanding kaum-kaum lain. Malahan, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca sejak zaman-berzaman lamanya dan dipertuturkan oleh sebilangan besar penduduk di Tanah Melayu termasuk penduduk yang bukan Melayu.
26
Bahasa Rasmi
Bahasa Rasmi Ialah bahasa yang digunakan untuk urusan rasmi negara. Di Malaysia, walaupun bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa Kebangsaan, namun bahasa Inggeris masih digunakan dalam urusan rasmi negara antara tahun 1957 hingga 1969. Hanya selepas tahun 1969 barulah bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi. Bagi menjalankan fungsinya sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu telah digunakan sebagai alat komunikasi dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran, perundangan, pendidikan, perdagangan dan perusahaan.
Bahasa rasmi ini digunakan sebagai wahana dalam urusan-urusan rasmi di peringkat negara. Umumnya antara fungsi bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran adalah sebagai bahasa lisan kakitangan kerajaan pada semua peringkat pentadbiran semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara, sebagai media segala urusan surat-menyurat di dalam dan di antara jabatan kerajaan, digunakan dalam semua rekod kerajaan, sebagai media untuk menulis undang-undang dan peraturan negara dan digunakan dalam semua jenis boring urusan rasmi kerajaan.
27
Bahasa Perpaduan
Garvin dan Mathiot (1968) memberikan tiga fungsi simbolik bahasa baku , iaitu fungsi penyatuan, fungsi pengasingan dan fungsi prestij. Fungsi penyatuan menerangkan bahasa Melayu baku bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama. Ini dapat menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat pertuturan. Dalam fungsi pengasingan, bahasa Melayu baku bertindak sebagai variasi bahasa yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada bahasa yang sama yang dapat melambangkan identiti kebangsaan. Fungsi prestij pula dapat mewujudkan satu bahasa baku yang menimbulkan perasaan atau semangat megah terhadap negara.
Di Malaysia, ketiga-tiga fungsi tersebut dapat menyatukan penduduk dan memberikan satu identiti bagi masyarakat Malaysia . Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan disalurkan menerusi dasar pelajaran kebangsaan.
28
Bahasa Ilmu
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penghantar dalam bidang pendidikan. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, pada tahun 1981 bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa penghantar di semua peringkat persekolahan, iaitu dari darjah satu sekolah rendah hingga tingkatan enam. Pada tahun 1983 pula, semua kursus tahun pertama di universiti-universiti tempatan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.
Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran di semua sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Melalui penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu, perpaduan dapat di pupuk dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia . Penggunaan bahasa Melayu di peringkat sekolah dan universiti, bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa penyalur ilmu.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mampu mengungkap ilmu-ilmu yang tinggi seperti memperkatakan bidang yang berkaitan dengan sains ekonomi, perundangan, teknologi maklumat, dan bidang-bidang lain yang terdapat dalam dunia moden kini. Ini jelas dilihat menerusi pelbagai laras yang ditulis dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan bidang-bidang tertentu. Setiap laras mempunyai kosa kata tersendiri yang khusus tentang bidang berkenaan.
29
Ciri-Ciri Bahasa Melayu
Bahasa mempunyai sistem dan peraturannya yang tersendiri. Sebagai contoh, dalam bahasa Istana, rakyat jelata yang ingin berbicara dengan Raja dan sultan perlulah mematuhi peraturan bahasa iaitu menggunakan bahasa Istana seperti patik. Bahasa juga menguasai hal-hal bunyi dan urutannya. Bahasa juga mempunyai sistem kata dan urutannya iaitu penggunaan tatabahasa. Selain itu,bahasa mempunyai sistem kata dan bentuknya serta sistem kalimat dan susunannya.
Bahasa juga disebut sebagai sistem lambang kerana setiap pertuturan seseorang itu mempunyai pertalian yang simbolik dengan sesuatu objek atau benda atau peristiwa tertentu. Bahasa adalah lambang bunyi-bunyian.yang dihasilkan oleh mekanisma artikulasi dalam membentuk bunyi-bunyi yang bermakna. Bunyi-bunyi yang dihasilkan mempunyai maksud yang tersirat.
30
Bahasa dianggap sebagai struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya untuk digunakan oleh sesebuah masyarakat sebagai alat perhubungan. Bahasa bersifat arbitrari iaitu bersifat sewenang-wenangnya atau berubah-ubah mengikut keadaan tertentu. Sesuatu kata yang wujud adalah hasil daripada kesepakatan ahli masyarakat bahasanya. . Bagi hubungan antara bunyi bahasa (perkataan) dengan konsep atau benda adalah arbitrari. Bunyi bahasa yang terhasil bergantung kepada penerima masyarakat penutur bahasa itu sendiri dan bunyi ujarannya berbeza-beza . Terdapat pelbagai jenis bahasa atau dialek yang semuanya mempunyai struktur yang berbeza antara satu sama yang lain namun benda atau perkara yang diperkatakan.membawa kepada maksud yang sama.
31
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1998) Bahasa Melayu STPM kertas 1 dan 2.
Fajar Bakti Sdn Bhd. Shah Alam.
Asmah Haji Omar. (1985) Susur Galur Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Ampang, Selanggor.
Indirawati Zahid. (2006) Fonetik dan Fonologi. PTS Professional Publishing Shd
Bhd: Wangsa Melawati, Kuala Lumpur .
Kamarudin Hj. Husin. (1998) Pengajian Melayu 5 dan 6 Kumpulan Budiman Shd
Bhd. Subang Jaya Selangor.
Nik Safiah Karim. (2008) Ace Ahead Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2. Oxford
Fajar Sdn. Bhd: Shah Alam, Selangor.
Nik Safiah Karim. (2003) Tatabahasa Dewan Edisi Pertama. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.
Abdul Rashid Melebek,Amat Jauhari Moain(2006)Sejarah Bahasa Melayu.Kuala
Lumpur.Utuasan Publication









0 comments:
Post a Comment